BAB 3

Mystery & Detective Completed 491

Dia tersenyum sinis melihat penduduk kampung itu kerana penduduk
kampung disitu langsung tak mengenali siapa dia sebenarnya.. ini kerana
wajah budak itu telah berubah seratus peratus kerana tumbesarannya.
Suatu hari budak ini mengadakan sidang tergempar di dewan kampung itu,
ramai yang menghadiri mesyurat itu. “Assalammualaikum.. saya Atan! Saya
adalah budak kampung yang kamu hina selama 15 tahun dahulu, saya adalah
budak kampung miskin yang pernah tinggal di hujung kampung kamu ini!

Saya adalah budak yang kamu semua halau keluarga saya keluar dari
kampung ini, saya kini datang kembali ke kampung ini untuk menagih
dendam saya terhadap kamu semua, saya akan menghalau kamu semua keluar
dari kampung ini sebagaimana kamu telah menghalau kami sekeluarga dahulu
keluar dari kampung ini!! “ . Jelas budak itu dengan penuh dendam.
Tiba-tiba semua penduduk kampung terdiam ,terkelu,terkesima melihat dan
mendengar ucapan budak itu. Dewan menjadi sunyi seketika.

Mereka tertanya-tanya bagaimana budak itu boleh mencapai tahap
sebegini rupa. “ saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua
penduduk kampung ini kerana telah membuatkan saya berazam menjadi orang
yang Berjaya!, dan kini saya telah mendapat kedudukan ini.”, jelas budak
itu dengan penuh rasa bangga dan bongkak! Kini semua penduduk kampung
itu berasa bersalah dan akur untuk keluar dari kampung itu.

Setelah sidang selesai, bermulalah khabar angin tersebar lagi..
mereka semua mengosongkan rumah masing-masing dan melihat rumah mereka
di robohkan satu persatu.. mengalir air mata mereka melihat rumah mereka
dirobohkan. Mereka akur, mereka insaf, mereka sudah tak terdaya untuk
menentang. Budak itu tergelak sinis melihat semua gelagat penduduk
kampung itu yang sudah tidak terdaya untuk menentang dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience