BAB 2

Mystery & Detective Completed 491

Nama kampung itu telah tertanam di dalam hatinya dan membuatkannya
membuak-buak ingin melihat penduduk kampung yang menghinanya selama ini
merana. Budak itu memang pandai dalam segala urusan kini budak itu
menceburi pelbagai bidang hartanah dan perniagaan. Kini budak itu
melancarkan dendamnya terhadap kampung tersebut dengan membeli sebidang
tanah yang cukup luas di kampung tersebut atas alasan pembanggunan.

Budak itu tahu tanah yang penduduk kampung itu duduki bukanlah
tanah mereka.. kini satu kampung heboh mengatakan ada syarikat luar yang
ingin membeli tanah di kampung tersebut. Khabar angin ini mula tersebar
ke seluruh penjuru kampung tersebut. Mereka berjumpa ketua mereka dan
berbincang tentang hal ini.

Namun ketua mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka tahu
tanah ini bukan milik mereka. “macam mana ni ketua kampung, dah bertahun
kami duduk di sini mengapa kami diarah pindah pula?” jerit salah seorang
penduduk kampung itu kepada ketuanya. “maaf, saya tak mampu untuk
berbuat apa-apa kerana saya tiada kuasa untuk menentang mereka.” Jelas
ketua penduduk kampung itu.

Budak itu berhasrat itu melihat penduduk kampung itu merana dengan
alasan untuk melawat tapak pembangunan. Sampai di kampung tersebut budak
itu melihat pelbagai demontrasi jalanan membantah pembangunan di kawasan
itu. Budak itu cuba endahkan perasaan orang kampung itu. “rasakan
bagaimana aku rasa selama ini, rasakan bagaimana keluarga aku merana
selama ini, rasakan kehinaan yang telah kamu lakukan terhadap keluargaan
aku dahulu, rasakann!!” kata-kata dendam membuak-buak di hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience