"Aku bencikan kau, Ian Firdaus!" amuk Kaisara. Dia memukul kuat dada bakal suaminya itu berulang kali. Air matanya mengalir deras. Kecewa. Sakit. Hatinya bagaikan remuk apabila melihat lelaki itu bersama perempuan lain.
"Sayang please... Abang tak buat apa-apa." tangan Kaisara digenggam erat. "Tolong... Tolong dengar apa yang abang nak bagitahu ni. Jangan ikutkan emosi sangat. Sumpah! Abang memang tak ada apa-apa hubungan dengan perempuan ni. Abang dengan dia cuma..."
"Tak ada hubungan apa-apa? Habis tadi? Apa yang Kaisara nampak? Abang ingat Kaisara buta? Tak nampak yang abang dengan dia berpeluk bagai. Sampai hati abang buat Kaisara macam ni? Mana janji abang? Janji yang abang hanya setia dengan Kaisara. Mana?!" amuk dia. Tubuh badan Ian ditolak sehingga terundur setapak ke belakang.
"Ya Allah, sayang! Please... Abang memang tak ada apa-apa dengan dia. Abang hanya cintakan Kaisara. Sumpah! Sayang satu-satunya perempuan yang paling abang cinta. Abang..."
"Sudahlah abang. Kaisara penat. Penat nak dengar semua alasan abang. Kaisara nak... Kita putuskan hubungan kita. Batalkan semua majlis pertunangan kita. Kaisara nak sanggup nak terima lelaki penipu macam abang." ujarnya. Dia perlu pergi dari sini. Hatinya bertambah sakit apabila melihat muka lelaki itu.
Tujuh tahun. Tujuh tahun hubungan mereka terjalin. Hubungan bermula daripada sebuah persahabatan sehingga bertukar status tunang. Hari dimana Ian melamar dia bermain dalam fikiran. Gembira. Ya, saat itu amat bermakna dalam hidup Kaisara. Namun... Hari ini. Musnah!
"Kaisara! Please... Jangan buat abang macam ni. Abang cintakan Kaisara. I love you, Kaisara! Tolong lah..." pujuk Ian. Dia mencengkam pergelangan tangan Kaisara. Menahan Kaisara pergi.
"Lepaslah!" Kaisara cuba meronta untuk melepaskan cengakaman Ian.
"Tak! Abang tak akan lepaskan sayang selagi sayang tak dengar semua apa yang abang ingin bagitahu. Tolong lah... Bagi abang peluang untuk ceritakan apa yang terjadi."
"Ceritakan apa lagi? Saya sudah nampak semuanya. Dan awak... Tak perlu nak putar belit cerita. Saya tetap akan putuskan pertunangan kita."
"Tak! Awak tetap tak boleh putuskan pertunangan kita. Saya cintakan awak! Hanya awak!"
"Awak dah gila, Ian! Awak sendiri yang curang dengan saya. Dan awak... Tak nak putuskan pertunangan kita. Awak ingat saya apa? Anak patung yang awak boleh dipermainkan."
"Yes! Memang aku dah gila! Aku gilakan kau, Kaisara Afifa! Sumpah! Saya tak curang dengan awak. Saya..."
Pap!
Pipi Ian terasa sakit. Dia memegangnya dengan lembut. Diam.
"Awak apa?! Apa? Habis tu perempuan tu apa? Anak patung juga? Sudahlah Ian. Saya tetap akan putuskan pertunangan kita!" amuk Kaisara. Dia terus berlari anak.
Ian terus berlari mengejar Kaisara dari arah belakang. Dia menjerit memanggil nama Kaisara berulang kali. Tak... Tak... Dia masih perlu jelaskan semuanya kepada Kaisara. Semua ini salah faham!
Kaisara teruskan larian. Langkah kaki dia dipercepatkan apabila melihat kelibat Ian dari arah belakang. Tiba-tiba... Ya Allah!
Piiiiinnn!
Bunyi dentuman kuat mengejutkan Ian. Larian dia terus terhenti. Dadanya berombak laju. Mata dia berlinangan. Dia menutup mulutnya. Tidak percaya dengan apa yang ia nampak sebentar tadi.
"Kaisarah Afifa!"
Aku berlari dengan pantas. Nafasku naik turun. Air mata berlinangan. Mengalir deras di pipiku. Panggilan telefon yang diterima daripada ibunya sebentar tadi bermain dalam fikiran.
"Adik kemalangan."
Tidak sangka itu yang terjadi kepada Kaisara. Baru pagi tadi, dia melihat adiknya gembira. Bergelak sakan bersama keluarga. Sekarang...
"Mama!" jeritku sebaik sahaja melihat kelibat mama di hadapan pintu bilik ICU. "Adik... Macam mana?" tanyaku. Mengintai pintu bilik ICU. Mencari kelibat Kaisara, adik kesayanganku.
Puan Qasih hanya mampu menggeleng lemah. Dia menangis semahunya.
"D... Doktor kata adik kritikal. Hanya lima puluh peratus sahaja untuk bertahan hidup."
Deg.
Aku ternganga. Terkedu dengan apa yang didengar. Tak mungkin! Ya Allah, dugaan apakah ini? Kenapa harus Kaisara?
Bruk!
Pintu dibuka dari arah dalam. Aku terus berlari anak menuju ke arah doktor yang merawat Kaisara. Ingin mengetahui keadaan semasa Kaisara. Ya Allah, engkau sembuhkanlah adikku ini.
"Doktor... Macam mana keadaan adik saya? Dia tak apa-apa kan?"
Doktor yang bernama Aiman itu hanya diam menatap diriku. "Maafkan saya... Kami sudah sedaya upaya untuk selamatkan dia. Tapi... Allah lebih sayangkan adik cik." ujarnya yang menunduk kepala memandang lantai hospital.
Aku terus berlari menuju ke pintu. Bahu doktor lelaki itu dilanggar oleh aku buatkan dia terundur ke belakang. Aku menggeleng. Semua ini mimpi kan? Tak mungkin. Tak mungkin Kaisara pergi tinggalkan aku.
Melihat aku berlari masuk ke dalam buatkan mama cuba untuk mengejar aku dari arah belakang. Mungkin cuba untuk tenangkan aku.
Aku meraung melihat Kaisara terbaring lemah dengan kain putih yang menutup seluruh tubuh badannya. Ya Allah!
"Tak mungkin! Kaisara! Please buka mata. Jangan cuba nak tipu kakak. Kakak tahu Kaisara cuba nak kenakan kakak kan? Buka mata please..."
Aku menampar pipi Kaisara lembut.
"Kaisara! Kakak tak suka dengan apa yang Kaisar mainkan ni. Buka mata sekarang! Jangan cuba nak takutkan kakak boleh tak?" amuk aku.
"Qaisara..." panggil mama. Dia menarik tubuh badan aku menjauhi daripada Kaisara. "Mengucap sayang. Jangan macam ni. Relakan kepergiaan adik."
"Tak! Qaisara tahu adik masih lagi hidup. Macam tahu adik cuba nak kenakan kakak. Mama tahu kan yang adik suka sangat tengok kakak dia menangis macam ni."
"Qaisara..." mama memeluk aku dengan erat. Kepala aku yang bertutup dengan tudung diusap lembut.
"Adik! Bangunlah. Jangan buat kakak macam ni. Kakak tak suka! Please... Buka mata. Jangan tinggalkan kakak. Kakak masih perlukan adik. Kakak..."
Entah kenapa kepala aku terasa berat. Akhirnya aku rebah jua. Pengsan dan tak sedarkan diri disebelah jenazah adikku.
"Qaisara!" jerit mama yang menahan tubuh badan aku.
Share this novel