BAB 1

Romance Series 2775

Aku merenung ke arah kubur Kaisara. Batu nisan diusap dengan penuh lembut. Air mata menitik. Membasahi wajahku yang pucat. "Adik jahat. Sampai hati adik tinggalkan kakak." aku menangis semahunya.

"Qaisara... Jom kita balik sekarang." ajak Puan Qasih yang mengusap bahu aku dengan lembut.

Aku mengangguk lemah. Hatiku terasa berat hati untuk meninggalkan tapak perkuburan arwah Kaisara. Namun... Aku tetap gagahkan diri untuk melangkah pergi. Aku reda dengan segala ketentuan Allah.

"Kakak pergi dulu." ujarku dalam hati. Aku mengusap sisa air mata. "Jika kakak free nanti... Kakak akan melawat adik lagi." aku tersenyum kecil.

"Kaisara Afifa!"

Kedua-dua belah kelompak mata aku terbuka luas. Aku terus mengubah posisi tidur. Daripada baring kepada duduk. Aku menarik nafas panjang. "Astaghfirullahalazim." meraup mukaku dengan kedua belah tangan.

Sudah lima tahun berlalu, kepergian Kaisara mengubah seluruh hidupku. Setiap hari, masa dan saat... Bayangan Kaisara menghantui diriku. Tutup sahaja mata... Ia akan muncul di dalam fikiran. Pelbagai cara aku lakukan untuk hilangkan semua ini. Berjumpa pakar psikologi dan mengambil ubat tidur sehingga melebihi dos. Namun... Semua itu tidak berjaya.

"Maafkan abang, Kaisara. Disebabkan abang... Kaisara pergi." Aku menangis semahunya. Air mata menitik sehingga membasahi wajahku. Kalau aku tidak mengambil keputusan untuk keluar dengan Dayana... Semua itu tidak akan berlaku.

Puas menangis sehingga kepalaku terasa pening dan sakit akhirnya aku kembali berbaring. Aku menutup kedua belah mata dengan perlahan. Cuba untuk tidur dengan tenang. Harap-harap malam ini aku mampu tidur tanpa ubat.

"I miss you, Kaisara Afifa." ujarku dengan suara yang lemah. "I miss you so much." Perlahan aku dibuai mimpi.

"Omg! Aku dah terlambat!" ujarku yang terus melompat turun dari katil. Tuala yang bergantung di almari diambil. Aku berlari anak menuju ke arah bilik air. Damn! Solat fardhu Subuh pun aku terlepas. Semua ni salah kau, jam! Kenapa hari ni juga kau nak buat hal? Sudah lah aku ada meeting hari ni.

Selesai sahaja mandi, aku terus memakai baju kemeja berwarna putih. Tali tie diikat dengan begitu cepat sehingga tidak terlihat kemas. Baju kot berwarna hitam digapai lalu disarung ke tubuh badanku. Jam tangan diambil. Aku terus berlari keluar dari bilik tidur.

Aku menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Tersilap langkah... Boleh tergolek aku nanti! Tak pasal-pasal kena tahan di hospital disebabkan kecuaian diri sendiri.

"Ian... Kenapa berlari ni? Nanti terjatuh macam mana? Mari makan sekarang."

"Mummy... Kenapa tak kejut Ian bangun? Ian dah lambat hari ni." ujarku geram. Memang bukan salah mummy tapi... Ini semua salah jam! Kalau dia berbunyi tak ada aku terlambat macam ni. Sarapan pun tak sempat nak makan. Nampaknya terpaksa juga aku makan di pejabat.

"Amboi... Salah mummy pula. Kamu tu? Tak pandai nak kunci jam ke? Takkan dah besar panjang macam ni masih nak mummy kejutkan."

Aku mencebik.

"Ian pergi dulu. Dah lambat ni." aku bersalaman dengan mummy.

"Sarapan?"

"Tak apa lah. Ian sarapan dekat pejabat je lah. Nanti lambat masuk meeting pula."

"Hm... Yalah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience