"Aku akan pastikan dia menderita dengan apa yang dia telah lakukan terhadap kau, Kaisara. Itu janji aku" - Qaisara Afifa. Kehilangan adik kandung yang tersayang telah membuatkan dia berdendam pada satu nama. Ian Firdaus! "Aku terima nikahnya Qaisara Afifa binti Qhabir, dengan mas kahwin sebanyak lima ratus ringgit." - Ian Firdaus. Gila. Memang dia gila. Kerana dendam yang belum terbalas, dia sanggup berkahwin dengan bakal suami adiknya. Dia akan pastikan lelaki itu terseksa sedikit demi sedikit. "I love you, Qaisara Afifa." - Ian Firdaus. Namun... Semuanya berubah. Hari demi hari, Qaisara mula jatuh cinta dengan segala ketulusan Ian. Dia perlu kembali ke realiti bahawa lelaki itu tidak layak mendapat cintanya. "Aku bencikan kau, Ian Firdaus! Kerana kau... Kaisara pergi!" - Qaisara Afifa.
Update 06 December 2024