59 @ 129

Romance Series 8549

dan akhirnya..

terdapat kotak..
Daniel buka dan..
ketara reaksi tercenggang dia..
dia pandang aku dengan pandangan tak percaya..

"buka lock kereta.."

terdengar bunyi lock kereta terbuka..
terkejut Daniel..
sebab kereta tu belakang dia..
tong sampah kecil tu khas untuk pembalut hadiah tadi..
tak payah lah susah2 nak kemas nanti..
kereta dia..
BMW i8 Coupe'
tu jenis kereta yang aku belikan khas untuk dia..
warna putih..aku harap dia suka..
dalam masa yang singkat..dia dah mendakap aku..

"terima kasih Krystal.."

"sama2 Baby.."

"dah dapat kereta ni..tak nak try drive ke??" (Zal)

"hang mesti nak ikut.."

"of course.."

"awak pergilah try drive kereta ni..dengan Zal.."

"tak kan awak tak nak ikut.."

"tak apa..saya masih ada peluang nanti.."

"alah..ikut lah.."

muka dia dah mula jadi comel..
haisy dia ni..
depan orang pula tu..

"ye lah,ye lah..jangan buat muka comel tu.."

dia dakap aku lagi..lalu menggenggam tangan aku menuju ke kereta..

"Zal..mai lah cepat. "

"ye.."

Rayna ada dengan aunty Daisy dia..
jadi aku tak risau sangat nak tinggal kan Rayna sekejap..

Daniel suka dengan perincian kereta ni..
seronok je dia..
baguslah kalau dia suka..

hari itu berlalu dengan bahagia nya..
meriah nya..
sekarang dah malam..
hah..
lega dapat baring..tiberr rasa rindu pula dengan katil ni..haha..
gilerr..

"hah Dear..kenapa senyum sorang2 tu..jangan angau dekat lelaki lain pula.."

"dia ni..sampai sana awak fikir ye.."

"dah tiba2 senyum sorang diri tu kenapa??"

"saja..sebab rindu katil ni.."

"hrm.."

"dah kenapa pula ni.."

"awak rindu katil ni..sampai saya naik cemburu.."

"haisy awak ni..dengan katil pun cemburu.."

"alah..biarlah..saya tak suka awak rindu lain selain saya..dengan Rayna.. tak pun keluarga kita.."

"alahai Baby..come to MAMA.."

aku mendakap dia sambil berbaring..
dia menyembabkan muka dia didada aku..
terasa hembusan nafas dia..
aku mencium dahi dia lama..
tapi dia..
cium pula bahagian dada aku..

"awak geli lah.."

"ye ke..nak buat lagi.."

terketawa aku menahan geli..

"awak..dah..dah..geli..hahaha.."

akhirnya dia berhenti..
hampir menitis airmata aku menahan geli..
hadoi..

"Dear.."

"hrmm..''

" saya ada plan ni.."

"plan untuk apa??"

"saya plan nak buat birthday party untuk Rayna dekat pantai. ok tak??''

" saya ok je..bagus juga dapat pergi pantai.. sambil sambut birthday Rayna,sambil tu juga rehat2.."

"kan..nanti saya atur..tunggu birthday Rayna je..atau..apa kata kita cuti sana 3 atau 4 hari..nak??"

"nak.."

"nanti saya urus cuti saya..awak pun urus lah juga..tak nak ada kerja urgent masa tu..nanti saya dengan Rayna merajuk.."

"ya..saya akan jadual kan..takkan ada hal urgent..takkan ada panggilan kerja..takkan buang masa pasal kerja.."

"promise??"

"ya..promise..awak.."

"hrmm.."

"pandang saya"

Daniel menurut..
aku pegang kedua dua belah pipi dia..
dan...chupp..
aku kiss dia..
agak lama..
lepas tu cium dahi dia..

"dah..tidur.."

ketawa kecil dia..
dia mengeratkan pelukan..
hah..
tenang je bila dia peluk aku.

~~~~~

"Rayna..kejap..mama nak kemas barang kita ni..duduk diam2.."

"ma.."

"ye kejap..sekejap je lagi..duduk diam2 ye.."

"mama..mama.."

sejak nak masuk umur setahun ni..
Rayna dah pandai berjalan.. cuma kadang2 dia tak boleh kawal pergerakan dia sendiri..sampai terjatuh..
dia dah boleh cakap sikit..
paling kerap dia panggil adalah 'mama' dan 'papa'

"Dear..dah kemas ke??..mana Rayna??"

"dah..Rayna masih dalam katil dia.."

"awak ambil Rayna..saya angkat beg2 ni semua.."

"ya.."

tak sangka kan..
esok Rayna dah setahun hidup..
gembira aku nampak dia membesar depan aku..
walaupun kadang2 aku tak dapat melayan dia kerana dek kerja yang berlambak..
untung dia ada aunty dan uncle yang memahami kerja mama dia ni..

Gracie..
dia dah bersalin..the baby boy..
handsome..
like his father..
hanya mata saja baby tu ikut Gracie..
mungkin kalau ada baby girl..banyak ikut rupa Gracie..
nama anak diorang Hadven..

Rayna ni lain sikit..
kalau pandang sekarang.. nampak macam muka aku..
pandang sekejap lagi..boleh nampak rupa Daniel pula..
hah..
lain kan..

Bell..dia dapat baby boy juga..
Annes..
muda 5 bulan daripada Hadven..

Della masih ada 2 bulan untuk melahirkan anak dia dan Nathan..

sekarang ni aku menuju ke sebuah pantai..
seperti rancangan Daniel dulu..
sesiapa yang boleh ikut..boleh ikut..
lagipun boleh menginap dalam hotel atau homestay..
aku memilih untuk tinggal di homestay..
yang lain dekat hotel..
mana tahu Rayna nak makan apa2..
boleh aku masak terus..
tak lah susah..

"Dear,baby Krys.. kita dah sampai.."

wah..
cantik nya..
jernih je air laut aku nampak dari jauh..

"Dear..jom kita masuk homestay dulu..nanti kita jalan2 dengan yang lain.."

"ok.."

~~~~~

aku tengah duduk dengan sebahagian besar keluarga aku..
hubungan aku dengan keluarga Alden masih tak baik..dengan Alden je aku berhubung..
kami duduk seakan akan berkelah tepi pantai..
nyaman nya..menghirup udara yang segar..dengan alunan ombak yang menenangkan..
Rayna dan Daniel ada disebelah aku..
aku berada di tengah2 antara 2 beranak ni..
Rayna sibuk dengan mainan dia..
Daniel sibuk bercerita dengan adik2..
aku sibuk menikmati suasana petang di pantai ini..
sungguh tenang..
lusa aku nak pergi butik..
nak tahu kenapa??..
sebab...
nanti korang tahu..
huhu..

"mama.."

aku menoleh melihat Rayna..
dia gosok2 mata dia..
ni mesti dah penat main..lepas tu mengantuk..

"mengantuk??"

cepat je dia rebahkan badan dia diriba aku..
penat ni..
aku dodoikan dia..
tak lama lepas tu dia tertidur..
petang itu sangat nyaman..
sepanjang petang berada di pantai..

~~~~~

lagu HAPPY BIRTHDAY dinyanyi kan untuk Rayna..
suka dia bila ada yang tepuk tangan.. sampai dia pun tepuk tangan sekali..
Daniel dukung Rayna..
aku dengan Daniel pegang tangan Rayna untuk memotong kek..
riuh rendah kawasan pantai ni..
nasib baik tak ada yang menjerit..
sebab adik2 aku tu bagi sorakan..

pakaian Rayna sama colour dengan kek dia..warna pink..
kitorang tak beli makanan siap masak..
tapi kami beli makanan mentah untuk dipanggang ataupun dijadikan BBQ..
Rayna ni apa2 pun dia makan..
tak kisah apa..
semua dia ngap..
haha..

"Dear..duduk bawa Rayna..saya ambil makanan.. "

"ok.."

.....

"Baby.."

"ya Dear.."

"esok saya nak keluar awal tau.."

"kerja lah ni kan.."

tadi dia memegang sudu makan..kini diletakan atas pinggan dia..
dia memusingkan badan dia memandang aku..

"tak lah awak..saya nak ambil something.."

"tak payah lah..nanti je..lagipun sini banyak kawasan hutan..bila kita dah balik rumah nanti..takut ada haiwan liar.."

"awak ni..saya nak pergi bandar..bukan masuk hutan..haisy..awak ni.."

"tapi saya risau..saya ikut awak lah.."

"jangan nak mengada.. saya nak pergi sorang."

"mana boleh sorang2.. saya risaukan awak.."

"haisy.. kalau macam tu saya bawa bodyguard.. tapi biar saya pandu kereta awak..macam mana??"

"ye lah..tapi jangan bawa laju sangat.."

"yeah..ok..saya janji tak laju2..nanti saya bawa Mark dengan Dino je lah..ok??"

"ok.."

"mama.."

tertoleh aku ke Rayna..
senyum je dia..
haisy dia ni..
comot betul bila makan..
tahu lah dia ni suka kek..ni mesti sebab dulu Daniel banyak mengidam kek..sebab tu baby suka makan kek..

Rayna..Rayna..
aku lap bibir dan pipi dia yang comot..

"kenapa anak mama comot ni..makan elok2..nanti tak comei.."

"mamam.."
nak makan lagi..

"tak kenyang lagi ke??"

"mamam..mamam.."

"ye lah..tapi cakap sayang mama dulu.."

"mamam..mamam.."

"lapar sangat ke nak makan ni..jangan comot sangat makan tu..jangan gelojoh.."

"mama.."

"Rayna ni..kacau moment papa tau.."

dicubit lembut pipi Rayna..
Daniel ni..
nasib baik tak nangis baby ni..

"ish..ish..ish..my niece..comotnya.."

tiba2 je si John ni muncul..
nasib baik aku tak buka langkah mula pertarungan..
eh..over pula..

"kalau kek..memang macam ni.."

"kak..aku mau ambil dia bah ni sebenarnya.."

"pi ja lah..nanti saya sama Daniel mau jalan2 di pantai..nanti call saya..kalau Rayna cari saya atau Daniel..pi ja di pantai.."

"ok..Rayna my niece..come to your uncle..uncle ada banyak kek tau.."

cepat je Rayna datang pada John..pantang dengar pasal kek..

"Dear..jom lah pergi pantai.."

"jom.."

kami menggenggamkan tangan..
menikmati moment dipetang hari..
sambil tu..ada juga kitorang bergambar sebagai kenang kenangan..

"kak!!"

John..
bawa Rayna sekali..
ni mesti Rayna merengek cari aku atau Daniel..

"kak..dia cari kau sama Daniel..berabis dia panggil mama papa.."

"ya lah..mari sini dia..haisy.. sian baby mama ni..cari mama dengan papa.."

"aku pi dulu.."

"ya.."

aku dah pujuk Rayna..
mengingat pasal aku bergambar tadi..
sekali lagi aku bergambar..tapi kali ni ada Rayna..
pandai dia senyum tengok kamera..
ni ikut papa dia ke ni..
tahu2 je mana kamera tu ada..

~~~~~

"Baby..saya pergi dulu..tak lama pun..lepas dapat apa yang saya nak tu..saya terus pulang..mungkin dalam 30 minit lagi..,saya akan sampai rumah.."

"hati2 tau..jangan jatuh hati dengan lelaki pula.."

"ya awak.."

boleh pula dia fikir aku nak jatuh hati dengan lelaki lain..
macam lah aku nak pergi enjoy..
aku melangkah keluar dari homestay..
aku dah pesan awal2 dekat Mark dan Dino yang aku nak keluar awal..
diorang dah tunggu dalam kereta..
diorang mengekori aku dari belakang..
dalam perjalanan..

aku dah pergi butik..
sebenarnya aku nak ambil tempahan yang aku buat..
dah alang2 butik tu dekat dengan kawasan pantai tu..
tempahan aku tu sebenarnya baju untuk aku,Daniel dan Rayna..
serba putih..
aku dah ambil pakaian aku..
baju Daniel dan Rayna akan dihantar secara pos..
bila aku dan keluarga pulang..mesti baju tu sampai.. saja nak buat macam ni..
lagipun aku dah nak pulang ni..

aku memandu dengan tenang..dengan kelajuan 75 km/j..
ok lah tu..
daripada aku guna kelajuan 120 km/j..hah..tu teruk..

tengah seronok pandu kereta lama Daniel..
hah..
Daniel jarang guna kereta aku hadiah kan..
sebab sayang dengan kereta dia ni..
biasalah..dah lama guna kan..memang sayang nak dibiarkan begitu saja..

ada perlumbaan ke depan aku ni..
sebab ada 2 kereta memandu laju..beriringan..
sampai lorong jalan aku tu dihalang oleh kereta tu..silap lorong orang ni..
aku cuba mengundur...
kereta ni pula,entah apa yang dikejarnya sampai laju sangat..
aku dapat rasakan kereta ni bergolek golek..
tak tahu berapa kali..sebab aku cari jalan nak keluar kereta..
tapi tak dapat pula nak lari..
dan..
aku cedera sana sini..kesan pecahan kaca depan,menyebabkan tangan aku terluka..sakit sangat..
tak lama lepas tu..
aku dah tak sedarkan diri kesan kesakitan yang aku dapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience