12 @ 51

Romance Series 8549

hari ni aku kerja..
gelang aku,aku simpan..
aku sengaja tak nak pakai..
aku letak tempat khas aku..

aku ada meeting dengan Bell hari ni..
hehe..
dia menerusi kerjaya bapa dia..
sama macam aku..

~~~~~

"Via.."

"ye.."

"lepas ni awak buat apa??..lagipun meeting kita dah habis kan"

"saya tak buat apa2, dan saya tak ada meeting lagi.."

"kalau kita jalan2,nak tak??..lagipun bila dah kerja ni,kita jarang lepak..kita boleh bawa Tony dengan Daniel ke"

"hrmm..biar saya check sesuatu dulu.."

"ump..ok"

aku menuju meja kerja Az..
aku memang meeting dalam bilik meeting..
tapi aku ajak Bell borak dalam bilik office aku..

"Az..esok aku ada berapa appointment esok??"

"2 je bos"

"ok..sambung buat kerja.."

"baik bos"

aku kembali ke Bell..

"ok Bell..tapi saya call Daniel dulu.."

"ok..call lah Daniel.."

aku menyambung talian dengan Daniel..
lambat gak dia jawab..
sibuk ke..

"Hello Krystal.. kenapa ni??"

"awak masih kerja ke??"

"tak lah..nak pulang dah ni..hari ni awal sikit balik..kenapa??"

"jom keluar, dengan Bell dan Tony"

"errm..ok..bila??"

"sekarang.."

"ok,saya datang terus office awak.."

"ok"

'tut..tut..tut..'

"Daniel ok..dia dah balik."

"good..saya pula dah whatsapp Tony..dia pun ok.."

"so..kita nak pergi mana??"

"apa kata kita pergi funfair.."

"ada ke??"

"ada,saya ada nampak dalam FB..orang kata seronok.. esok last buka..''

" oh..ok juga tu..saya dah lama tak pergi funfair.."

"saya pun..dulu asyik belajar je.."

"sama.."

'tokk..tokk..tokk..'

ada orang masuk..
amboi..
cepatnya sampai..

"hai girls.."

"amboi..macam awak panggil perempuan2 awak pula ae"

"mana ada.."

"cepat sampai.."

"aku meeting dengan client, dekat2 sini je..tu yang cepat sampai.. so..Daniel mana??"

"dia OTW"

"oh"

Tony..
dia sama macam aku dengan Bell..
bapa dia suruh urus kan company keluarga..

tak lama lepas tu Daniel sampai..

"hah..dah sampai pun suami kau Via.."

"hai.."

"hai.." (Bella & Tony)

"so..kita nak lepak mana??"(Tony)

"Bell kata kita pergi...funfair.."

"funfair..good place" (Daniel)

"nice..boleh kita gerak sekarang??" (Tony)

"naik kerta sendiri or macam mana??" (Bell)

"lebih baik kereta sendiri.."

"ok.."
serentak diorang bertiga..

sebelum aku menuju funfair yang Bell dah bagi tahu kat mana..
aku cakap2 dengan Nathan..
walaupun nak ber'happy' ni..
kena jaga keselamatan juga..

jadi aku suruh Nathan dengan orang2 lain pakai baju kasual je..
lagipun bukannya aku kerja..
nak enjoy kan..
sekali sekala je ni aku ber'enjoy'..
bukan macam aunty Tina tu..

~~~~~
sesampai aku di tapak funfair..
besar kawasan dia..
banyak orang..
budak kecil gembira bermain..
aku rasa aku orang pertama sampai antara kitorang 4..
aku kan kalau nak memandu tak sah,kalau tak laju..
aku berdiri depan pintu masuk..
aku tak pakai hoodie..
pakaian yang aku selalu pakai kalau aku kena pakai hoodie..
skinny jeans dan shirt kosong ..
shirt biru aku pakai hari ni..sama warna dengan seluar..
kasut kasual je..
rambut biar terurai..tapi masih nampak kemas..

argh..
teriak kecil...
ni Daniel punya pasal..
dia peluk aku dari belakang secara tiba2..
dah lah aku bercerita dengan korang..

"maaf..."
sengih je dia..

Tony dengan Bell tengok je..
diorang ni baru tunang..
entah bila lah nak kahwin..

aku dengan 3 orang tu pergi masuk rumah hantu..
tempat pertama yang perlu dimasuki..
sebenarnya..
hantu kat situ tak menakutkan..
cuma bila dia datang secara mengejut buatkan orang takut..

best gilerr.. walaupun tak menakutkan..
kitorang bukan takut..tapi ketawa.. ada ke patut patung hantu yang muncul depan Bell tu kena sepak dengan Bell..
tu lucu..
nasib baik lah patung tu kukuh..
lawak babe..

lepas tu..
aku ternampak ada kedai gula2 kapas..
sedap je aku nampak..
aku bawa lah diorang pergi sana..
aku pilih yang saiz besar..
lagipun Daniel makan sekali dengan aku..
Bell dengan Tony pun sama..
boleh lah buat scene suap menyuap..

destinasi kitorang selanjutnya ialah..
menembak barang..
kalau kena sampai 5 kali..akan dapat 1 hadiah..pilih sendiri tau..

Daniel main untuk aku,dan Tony main untuk Bell..
kena 5 kali..
aku pilih 1 patung ni..teddy bear pegang bentuk hati dengan tulisan 'love'
Bell pilih keychain lambang cinta..aiseh Man..haha..

sekarang aku cabar Bell..
tembak barang..
well done kepada aku dan Bell sebab berjaya..huhu...

aku dengan Bell suruh Daniel dengan Tony ambil hadiah diorang..
hehe..

Tony ambil keychain yang sama dengan Bell..
Daniel pula ambil keychain yang ada kilauan..bentuk hati..

"kenapa awak pilih ni.."

"sebab..ni menunjukkan hadiah yang saya dapat hasil dari awak..kan benda ni ada krystal,jadi mengingat kan saya pada awak.."

cair aku dengar tu..
aisy...

~~~~~
banyak lagi tempat2 yang kitorang pergi..
seronok betul..
aku dengan 3 yang lain dah penat..
jadi decide balik rumah..
banyak juga benda yang aku beli..
ada lah juga belanja para pengawal aku masa tu..
seronok gilerr dapat rehat sambil enjoy..
dah lama tak macam ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience