BAB 8

Drama Completed 374

Kereta di berhentikan di kawasan perkarangan rumah Suemah Syakila.

“Muni jom turun dulu jumpa mak aku,”

“Sorry Suemah kami kena pergi dulu, Liyana nak masuk kerja jap lagi, takut lambat pulak,”

“Tak apalah kalau macam tu, aku naik dulu, Liyana nanti jangan lupa datang kenduri tau, Muni kau pun datang awal sikit, kau kena jadi pengapit aku, kalau tak datang siap lah kau,”ugut Suemah namun nada suaranya yang lucu membuatkan buah tawa Rahimah pecah.

“Kau nak takutkan aku ke? Tak jadi la cik Suemah sayang, melucukan adalah,”

“Muni!”

“Dah lah tu aku pergi dulu,” tubuh Suemah dipeluknya erat bagai tidak mahu dilepaskan, matanya berkaca menandakan hatinya yang walang.

“Oklah bye,”

Suemah memerhatikan kereta yang semakin jauh dipandangan, hatinya rasa aneh, seolah-olah ucapan selamat tinggal menandakan Rahimah akan terus pergi dari sisinya buat selama-lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience