BAB 11

Drama Completed 374

Telah hampir sebulan majlis perkahwinannya selesai, namun kelibat Rahimah masih tidak kelihatan, hatinya sangat risaukan Rahimah , manalah agaknya Rahimah menghilangkan diri. Suara orang memberi salam mengembalikan dia dari lamunan yang panjang.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam, Liyana jemputlah masuk, Awak datang seorang saja, mana Muni? Dah dekat sebulan lebih dia tak hubungi saya, dia okey ke?”soal Suemah bertubi-tubi namun hanya senyuman kelat yang menghiasi wajah Liyana, dihulurkan surat yang diamanahkan kepadanya.

Sahabatku Suemah ,

Pada saat warkah tulisanku sampai ke tanganmu maknanya aku telah pergi meninggalkan dunia ini, sebenarnya aku menghidap HIV positive hasil pemberian ayah tiriku yang baik hati, bukan aku tidak mahu berkongsi khabar ini denganmu namun, aku tahu saat kau tahu mengenai diriku, kau akan berkorban apa saja untuk diriku, namun aku tidak mahu itu terjadi, ingat tak dulu masa kita kecil, kita pernah janji akan bersama-sama sampai habis nyawa dikandung badan? Maafkan Aku sebab terpaksa memungkiri janji tersebut, penyakit ini amat digeruni oleh semua pihak, malah mungkin jika sesiapa tahu akan khabar ini, kau akan dicerca, itu yang mahu aku elakkan.

Maaf sekali lagi sebab menghilangkan diri tanpa sebab, cuma satu aku pinta janganlah ditangisi pemergianku ini, tidak tenang roh aku andai itu berlaku, andai ada masa sedekahkan al-Fatihah buat sahabatmu ini.

Mula dari dalam buaian,
sampai ke akhir nyawa,
biar apa kejadian,
kami tetap bersama,
FRIENDS FOREVER AND EVER

love,
Rahimah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience