BAB 4

Drama Completed 374

Rahimah tersentak kecil apabila pintu ke biliknya dikuak oleh jururawat yang membawa ubat dan suntikan yang harus diterimanya bagi penahan sakit yang dialami. Virus maut yang amat digeruni oleh semua orang telah mula menunjukkan kesan ke atas tubuhnya.Tubuhnya semakin susut, sudah dicuba pelbagai kaedah yang diketahui melalui pembacaan dan pencarian maklumat namun tidak memberi kesan terhadap tubuhnya, sebutlah kaedah rawatan apa yang tak pernah dicubanya, tradisional, moden, perubatan cina? Semuanya hanya sia-sia belaka.

“Nurse, saya nak jumpa dengan Dr Nurliyana,”

“Maaf cik, Dr Nuliyana tak masuk kerja lagi, pukul 11 pagi nanti baru dia masuk kerja,”jawab jururawat itu lalu melangkah keluar dari bilik itu. Rahimah melihat jam didinding, baru pukul 9.15 pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience