Bab 4

Romance Completed 7766

Bab 4

Keesokkan harinya, seperti yang di janjikan, Qaseh dan teman sekelasnya berkumpul di pusat membeli belah. Pelbagai aktiviti yang mereka lakukan. Menonton wayang, main boling, karoake, membeli belah dan makan. Sempat juga mereka bergambar tanda kenangan. Sepanjang hari itu, Qaseh tidak lekang dengan senyuman.

Rizki sedari tadi melihat Qaseh. Dapat di rasakan bahawa senyuman di wajah Qaseh hanya di buat-buat. Rizki menghampiri Hana. Ingin bertanya perihal Qaseh.

“Qaseh ada masalah ke?”

“Kenapa awak tanya?” Hana pelik dengan kelakuan Rizki. Tidak pernah jejaka tampan di depannya bertanya padanya perihal Qaseh. Hana dapat merasakan bahawa Rizki menyukai sahabatnya. Mana tidaknya kalau mata Rizki tidak lepas daripada memandang Qaseh.

“Tidak apalah.” Jawapan yang diberikan oleh Rizki membuatkan Hana bingun. Hana merapati Qaseh. Hana melihat wajah Qaseh yang tidak lekok dari senyuman.

Setelah memerhati tingkah laku Qaseh, Hana dapat merasakan sesuatu. Mungkin inilah yang dirasakan oleh Rizki tadi. Qaseh ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.

“Qaseh, awak ada sesuatu yang mahu beritahu saya?” tanya Hana. Mungkin Qaseh akan lebih terbuka untuk berkongsi cerita.

Qaseh kelu dengan pertanyaan Hana. Seperti Hana dapat membaca isi hatinya. Namun dia sudah bertekad untuk merahsiakan perkara ini.

“Beritahu apa?” tanya Qaseh kembali. Cuba berdalih daripada menjawab pertanyaan Hana.

Hana hampa dengan jawapan Qaseh. Hana menggeleng kepalanya tanda berputus asa.
~~~

“Assalamualaikum.” Rizki memberi salam.

“Waalaikumsalam.” Jawab Puan Intan, ibu Rizki.

“Seronok keluar?” tanya Puan Intan.

“Seronok.” Jawab Rizki ceria seraya mengangguk.

“Kamu tahu, Puan Hafizah dengan anak dia mahu berhijrah ke Jepun. Esok mereka akan berangkat ke lapangan terbang. Ikut suaminya yang bekerja di Jepun. Rasanya dekat setahun juga suaminya sudah bekerja di Jepun. Agaknya tunggu anak habis SPM baru mahu berpindah.” Kata Puan Intan panjang lebar.

Rizki terdiam apabila ibunya berkata sedemikian. Qaseh akan berhijrah ke Jepun? Esok? Kenapa aku tidak pernah dengar? Qaseh tidak ada cakap apa-apa pun. Hana!

Rizki bergegas masuk ke dalam biliknya. Puan Intan berasa aneh dengan perubahan riak di wajah anaknya itu. Senyuman terukir di bibir. Faham apa yang berada di dalam hati anaknya.

Telefon di keluarkan. Nombor Hana di cari lalu di telefon. Rizki mundar-mandir di dalam biliknya. Hatinya berdebar. Jantungnya berdegup kencang. Mengharapkan apa yang di dengarnya tadi hanyalah khabar angin.

“Assalamualaikum.” Hana menjawab panggilan Rizki. Kebetulan dia baru sahaja sampai di rumah.

“Waalaikumsalam. Qaseh…” akibat khabar yang di sampaikan ibunya begitu mengejutkan, Rizki tidak tahu bagaimana untuk memberitahu Hana. Apatah lagi Hana merupakan sahabat Qaseh.

“Kenapa dengan Qaseh?” Hana cuba berlagak tenang. Debaran di hati semakin pantas.

“Qaseh, esok…” Rizki mula berasa berat hati untuk menghabiskan ayatnya. Rizki memejam mata. Nafas di tarik sedalam-dalamnya. Apabila hati sudah mula tenang Rizki menyambung ayatnya.

“Esok Qaseh akan berhijrah ke Jepun. Penerbangan dia esok.”

Pak!

“Hello, Hana? Hana awak okay ke?” tanya Rizki dalam talian.

Telefon bimbit Hana terlepas dari genggamannya. Jatuh di atas lantai. Air mata deras mengalir tanpa di pinta. Berita ini sangat mengejutkan. Hana jatuh terduduk. Bahu Hana terhenjut-henjut. Tangisannya semakin kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience