Bab 3

Romance Completed 7766

Bab 3

“Merdeka juga kita akhirnya.” Kata Kamal. Dia kemudiannya memandang sahabatnya Rizki. Senyuman terukir di bibirnya apabila melihat Rizki. Rizki sedari tadi memandang teman sekelas mereka. Qaseh.

Kamal menyiku pinggang Rizki. “Kalau suka cakap suka. Nanti terlepas.” Kata Kamal di telinga Rizki.

Rizki agak terkejut dengan perbuatan Kamal. Mukanya mula berona merah. Malu di katakan sedemikian rupa. Namun tiada kata untuk membidas kata-kata Kamal. Apa yang di katakan oleh Kamal benar. Kalau suka kata suka.

“Bukan sekarang.” Hanya itu yang mampu di ucapkan Rizki.

“Kalau bukan sekarang bila? Bukannya engkau tidak tahu yang Qaseh itu ramai peminat.” Kata Kamal. Tidak berpuas hati dengan pandangan Rizki.

“Kalau jodoh tak ke mana.” Hanya itu yang mampu Rizki katakan. Rizki berlalu apabila melihat sebuah kereta yang di kenalinya sudah tiba di perkarangan sekolah. Pasti ibunya yang datang menjemputnya.

“Aku balik dulu. Jumpa esok.” Ucap Rizki mengakhiri perbualannya dengan Kamal.
~~~
“Qaseh sudah kemas barang? Esok sudah keluar dengan kawan. Lusa kita sudah mahu berangkat.” Tanya Puan Hafizah kepada anaknya.

Qaseh menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan. Suasana menjadi sunyi. Qaseh mencapai telefon bimbitnya. Lagu di pasang.

“Mama tahu Qaseh berat hati mahu berpindah. Tapi ini sudah keputusan papa.” Pujuk Puan Hafizah. Puan Hafizah tahu bahawa Qaseh enggan mengikutnya dan suami berhijrah ke Jepun.

“Qaseh naik atas dulu.” Kata Qaseh sambil mencium tangan Puan Hafizah. Sudah menjadi tabiatnya untuk bersalam dengan kedua-dua orang tuanya sebelum masuk tidur.

Qaseh dengan pantas menaiki tangga. Qaseh masuk ke bilik tidurnya. Pintu di kunci. Tidak mahu di ganggu saat itu. Perlahan-lahan air mata jernihnya mengalir. Sedari tadi cuba menahan air mata daripada gugur di depan mamanya. Tidak mahu mamanya risau. Malam itu, Qaseh tidur bertemankan air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience