Bab 8

Romance Completed 7766

Bab 8

Inilah anugerah Allah yang tidak akan Qaseh lupakan sampai bila-bila. Sahabat dunia dan akhirat. Qaseh seterusnya mencapai kotak yang di berikan oleh Rizki. Di daam kotak itu terdapat patung beruang, sepucuk surat dan sekuntum bunga ros putih. Di leher patung beruang terdapat rantai perak berbentuk hati. Qaseh mengangkat patung beruang itu. Di bawahnya terdapat kotak muzik.

Qaseh membuka. Alunan lagu Canon in d Major di mainkan. Itu merupakan lagu kegemarannya. Mata Qaseh tertangkap sebentuk cincin perak yang bersorak bunga. Qaseh tersenyum. Tidak sangka Rizki akan melakukan sedemikian rupa.

Seterusnya, surat di capai. Di surat itu tertulis ayat yang membuatkan Qaseh tersenyum bahagia. Ayatnya hampir sama dengan ayat yang terdapat di helaian terakhir album.

I will always love you.

Puan Hafizah memandang Qaseh dengan gembira. Tenang hatinya melihat Qaseh sudah bersemangat kembali.

Qaseh menyimpan semua hadiah yang diterimanya. Kenangan bersama akan mereka yang bergelar sahabat tidak kan lupus di dalam ingatannya.

10 tahun kemudian.

“Cantiknya awak. Sejak balik semakin cantik awak ya.”

“Mana ada. Biasa-biasa saja.”

“Pengatin lelaki sudah sampai.” Kata seorang wanita tua, Puan Hafizah.

Degupan jantungnnya semakin kencang. Dari bilik ini dapat di dengar lafaz akad yang di ucapkan.

“Aku terima nikahnya Nur Qaseh Imani binti Ahmad Khairul dengan mas kahwinnya senaskah al-Quran.”

“Sah.”

Qaseh mengucap syukur kepada Tuhan kerana pada hari ini dia selamat bergelar isteri kepada insan yang di cintainya.

“Jemput pengatin lelaki menyarungkan cincin.”

Pengatin lelaki bangun dan menghampiri Qaseh. Pengatin lelaki duduk di hadapan Qaseh. Cincin perak yang bertakhta sebutir permata di sarungkan di jari manis Qaseh. Qaseh mencium tangan lelaki yang kini bergelar suaminya.

“Terima kasih sebab sudi tunggu. Macam yang saya cakap, i will always love you.” Ucap Rizki. Kemudian dahi Qaseh di cium penuh kasih.

“Terima kasih juga sebab setia dengan perasaan awak. Terima kasih juga sebab awak tunaikan janji.” Kata Qaseh sambil tersenyum manis.

Qaseh kini bahagia dengan kehidupannya. Segala yang terjadi 10 tahun yang lalu banyak hikmahnya. Pelbagai cabaran yang di harungi dalam masa 10 tahun. Alhamdulillah kepada Allah kerana memberikan kebahagiaan yang tidak terhingga kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience