BAB 7: PENCULIKAN

Fantasy Completed 494

Fahziq yang hatinya sedang menangung rasa bersalah yang teramat sangat. Membunuh warga desa sebelah, membuatkan keluarga moimi huru-hara dan tindakan yang paling bodoh dia lakukan adalah membuat moimi menangis.

Kenapa ini semua berlaku? Ibu..... ayah..... kenapa?

Fahziq yang tadi berlari Kedalam hutan kini duduk dibawah sebatang pokok tua. Batang pokok ini sangat besar, daunnya juga lebar hal ini membuat cahaya bulan tidak boleh mengenai bahagia bawah pokok.

Bahagian bawah pokok sangat gelap dan sejuk seperti hatinya, sekarang dipenuhi rasa sakit yang begitu perit, tidak ada luka didalam hatinya cuma ada rasa bersalah dan ketakutan akan dosa yang telah dia lakukan semakin lama semakin kuat kesakitan itu ada dihatinya bagaikan hatinya mahu meletup kerana kesakitan ini.

ARRRHHHH.............. TOLONG......

Suara jeritan meminta tolong yang datang dari arah belakang fahziq membuatnya terkejut.

jeritan? adakah seseorang telah diserang oleh binatang buas?

Moimi pernah memberitahu fahziq bahawa terdapat binatang-binatang buas yang berkeliaran didalam hutan. Perkara ini membuat fahziq yang masih berumur 5 tahun takut tapi.

Setelah mendengar satu lagi jeritan kuat yang datang dari arah belakangnya secara tiba-tiba tubuhnya terbangun dan mencari arah suara tersebut.
WARRHHHHHHHHhhhhhhhh.........

Kenapa ni ada seseorang yang perlukan bantuan, kenapa aku takut untuk membantu? dasar bodoh.

Dimana kamu tolong beritahu aku!!! Oy!!!! beritahu aku!!!!

setelah berlari dan mencari sumber dari jeritan tadi fahziq cuba memanggil orang yang meminta tolong tadi.Tapi setelah beberapa percubaan untuk memanggil orang itu gagal, fahziq merasakan ada sesuatu yang buruk telah berlaku kepada orang itu.

Apa aku terlambat?mungkin dia diserang oleh harimau atau serigala, sepatunya aku Kembali ke kampung.

Dengan merasa bersalah kerana tidak memperdulikan suara minta tolong yang pertama dan malah memutuskan untuk datang membantu selepas jeritan, dan merasa cemas sesuatu yang menyerang orang yang meminta tolong itu malah menyerang dirinya dia lari sekuat tenaga kembali ke kampung.

PURFF....

Aduh arhh apa yang..... siapa Kalian.. ap... ya...

fahziq menyedari dia kakinya tersadung oleh dahan pokok yang seharusnya tiada semasa dia berlari untuk mencar orang yang meminta tolong itu. Tapi semasa dia tersungkuh dengan pantas ada yang menarik dirinya dan memegang tubuhnya dengan kuat.

Melihat kakinya tersadung oleh dengan dahan yang diketakkan oleh seseorang dari tiga orang yang memakai baju jaket hitam yang bertulis ICONIA dibelah tepi jaket, sambil diacukan pistol ke lehernya oleh lelaki tersebut membuatkan fahziq tidak dapat menghabiskan persoalannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience