BAB 25: KESALAHAN NOIMI

Fantasy Completed 494

Tidak disangka-sangka api yang tadi muncul dari tangan naga merah adalah sebuah pedang sebelah tangan.

Bilahnya merah darah seperti bersedia untuk mambawa kematian kemana sahaja, bahagian bawahnya pula terdapat sayap naga berwarna emas yang menghiasi kedua belah sisi pedang itu.

Noimi yang melihat perkara ini terkejut dan terpaku, begitu juga dengan kushidah.

Naga merah mengambil pedang itu dan mencuba menghayunkan kearah raksasa itu tadi.

Tapi tidak berjaya akibat tulang yang muncul dari bawah tanah itu.

Menyedari gegaran tanah kuat berada tepat dibawah kakinya, naga merah mehentakkan pedang yang sekarang diselimuti api membara ke tanah.

Tanah dikawasan itu terus tertimbus ke bawah, pokok-pokok yang berada dikawasan itu tercabut keluar dari tanah bersama akar-akarnya.

Berjaya menghalang tusukan dari tulang itu lagi, naga merah itu mengalirkan sebuah magma menglilit pedang tersebut.

Bersedia untuk menghayunkan pedangnya lagi naga merah mencuba untuk bangun. Tapi yang mencuba untuk berdiri dengan kakinya jatuh akibat kecederaan yang dialaminya.

Kaki dan perut yang terobek, bahu yang koyak, tangan kanan yang hampir terputus dan usus yang melimpah keluar, hal ini membuat naga merah susah untuk berdiri ditambah noimi yang berada di tangan kirinya jadi dia tidak boleh bergerak sebarangan.

Raksasa yang melihat meraung seperti serigala yang memanggil kumpulannya.

WARGHHHHHHHH...........

Mengetahui apa yang akan dilakukan oleh raksasa itu naga merah mengalirkan api merah darah ke pedangnya dan menembaskan arah rahang raksasa itu.

Walau tidak mengenai rahang raksasa itu, tebasan yang dilakukan naga merah mengeluarkan garisan api yang tepat mengenai rahang raksasa itu.

Gerakkan seperti memotong angin itu sangat membuat kushidah dan noimi mengagumi kekuatan yang dimiliki fahziq.

Hmm...... jadi, itu lah sebab bahawa,, nasib “dunia” ini berada ditangan kau ”.......... fahziq.

Kehilangan rahangnya raksasa itu mengeluarkan sejenis tulang seperti sesungut sotong yang berbilah pedang dari belakangnya.

Raksasa itu cuba meghayunkannya ke arah naga merah. Tapi berjaya ditangkis oleh naga merah.

Satu dentuman kuat dihasilkan dari tangkisan tersebut.

DURRMMMMMMMM.........

Dengan bunyinya saja kita boleh mengetahui kekuatan yang digunakan dari raksasa itu.

Pedang yang tadi berada ditangan naga merah terjatuh ke tanah bersama tangan tidak berlengan yang masih memegang pedang tersebut.

Selepas tangkisan itu,, membuat tangan naga merah yang hampir terputus jatuh ke tanah.

Naga merah mengambil pedang itu dengan mulutnya dan mengubah bilah pedang itu menjadi api yang menjalar yang panjang sehingga menusuk tepat ke arah hati raksasa tadi.

Tusukan itu membuat bahagian rangka perlahan terbakar dan menjadi abu.

Rangka raksasa itu terus menjadi abu dan menjatuhkan semua organ dalamannya. Bahagian jantung, hati, usus semuanya jatuh ketanah dan perlahan bertukar menjadi abu.

Naga merah yang melihat hal ini juga turut perlahan menjadi abu, perlahan melepaskan noimi yang berada di tangan kirinya pedang tadi juga turut menghilang.

Bangkai naga merah yang terus menjadi abu akhirnya menjatuhkan fahziq yang berada didalam bahagia perut naga itu.

Noimi yang baru keluar dari tangan kiri naga itu, melihat kushidah yang segera mengangkut fahziq dan terus berlari ke arah kampung.

Bingung dengan tindakan suaminya, dia melihat fahziq yang berada didalam perlukan kushidah kehilangan tangan kanannya,

Perut yang terobek menjatuhkan usus keluar dari perutnya, kaki dan bahunya yang terobek semasa Pertarungan tadi tidak kembali seperti semula.

Menyedari ini adalah kesalahannya noimi segera menyusul suaminya sambil memanggil nama budak itu,

FAHZIQ!!!!

Sambil menangis, dan merasakan perasaan sakit seperti ingin membuat hati nya pecah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience