BAB 1

Mystery & Detective Completed 9371

Matanya yang bundar sudah mulai kemerah-merahan akibat digosok berulang kali. Matanya letih dan mengantuk tetapi masih degil untuk terpejam.

Dia mencapai remote control lalu mencari siaran yang menarik untuk ditonton. Bosan betul tiada sesiapa di rumah malam ini untuk menemaninya. Kepekatan malam di luar sana tanpa sebarang bunyi cengkerik ataupun katak bersahut-sahutan menambahkan hening sunyi malam itu.

Petang tadi semua ahli keluarga Asyira berangkat ke rumah Ayah Chik di Marang, Terengganu kerana kenduri kahwin Kak Zira akan berlangsung dua hari lagi.

Dia tidak dapat ikut serta memandangkan perlawanan bola jaring akan diadakan pada keesokan hari. Rasa bersalah juga sebab dia sangat rapat dengan Kak Zira dan sudah berjanji untuk jadi pengapit di hari bahagia Kak Zira.

Tuk! Tuk! Tuk!!

Ketukan di pintu bertalu-talu kedengaran. Asyira menoleh ke pintu. Hisy! Siapa lagi yang berkunjung ke rumah orang lewat-lewat malam macam ni? Hatinya membebel. Dengan malas, Asyira bangun menuju ke pintu.

Tombol pintu dipulas. Pintu dikuak sedikit. Sepi. Asyira menjenguk ke luar rumah. Tiada sesiapa pun. Dadanya sedikit berdebar. Terasa sesuatu yang mempermainkannya.

Kucing kot… Asyira menyedapkan hati. Dia mengundur beberapa tapak ke belakang untuk menutup pintu. Tiba-tiba angin kuat menerobos masuk, menerpa wajah dan rambutnya. Jantungnya berdegup laju. Dengan pantas tangannya menghempas pintu lalu mengunci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience