BAB 2

Mystery & Detective Completed 9371

Asyira bersandar di pintu dengan nafas turun naik. Dia memegang dada yang berombak ganas. Entah dari mana datangnya angin itu. Mula-mula ketukan di pintu, kemudian muncul pula angin yang muncul tiba-tiba. Ada apa sebenarnya? Hatinya berteka-teki.

Baru sahaja dia membuka langkah menuju ke sofa, ketukan di pintu kembali kedengaran. Bulu romanya tegak. Seram sejuk dirasainya. Nak buka ke tak? Dia serba salah. Dia menuju semula ke pintu. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

Kalau orang, mesti bagi salam atau bersuara. Takkan orang bisu yang datang malam-malam ni? Dia berfikir sejenak ketika hendak membuka kunci pintu.

“Asy…” Kedengaran suara seseorang memanggil namanya di luar rumah.

“Macam suara Kak Zira!” Asyira terkejut. Dia pantas membuka pintu.

Betul! Memang Kak Zira. Asyira terperanjat melihat Kak Zira berdiri di depan pintu rumahnya sambil berpeluk tubuh seolah-olah kesejukan. Badan Kak Zira sedikit menggigil. Wajahnya sedikit menunduk dan dilindungi rambut yang panjang mengurai. Tetapi dia kenal itu Kak Zira.

“Apa dah jadi ni, Kak Zira? Kenapa Kak Zira datang sini? Semua orang kan berkumpul kat rumah Ayah Chik sekarang?” Asyira pantas menyoal sambil memegang bahu Kak Zira. Eh! Baju Kak Zira basah! Asyira melihat pakaian Kak Zira. Basah lencun tetapi tiada setitik pun air menitis ke lantai.

“Asy… tolong Kak Zira…” Kak Zira bersuara lirih seperti sedang menangis.

“Dahlah, jom kita masuk dalam dulu. Kak Zira tukar baju kat bilik Asy. Nanti Asy bagi baju salin kat Kak Zira.” Ujar Asyira. Dia memimpin tangan Kak Zira masuk ke dalam rumah. Tangannya sejuk dan menggigil.

Sementara menunggu Kak Zira menukar pakaian, Asyira menuju ke dapur. Dia membancuh secawan milo panas untuk Kak Zira. Sambil itu otaknya ligat berfikir bagaimana Kak Zira boleh sampai ke rumahnya yang berlainan negeri ini? Tak nampak pun kereta atau teksi yang dinaiki Kak Zira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience