BAB 6

Mystery & Detective Completed 9371

Asyira menoleh ke belakang. Tak ada! Ruang dapur kosong! Asyira berlari menuju ke meja makan. Dilihatnya air milo panas masih berasap di dalam cawan. Masih penuh secawan! Ya Allah… jangan-jangan itu… Dia pantas beristighfar.

Telefon bimbit dicapai. Satu panggilan tak dijawab daripada ayah. Asyira teringatkan sesuatu. “Maaf, ya. Kak Zira yang silap call Asy. Nak call kawan tadi.” . Nampaknya Kak Zira sengaja tidak mahu dia menjawab panggilan itu kerana mahu memberitahunya kisah sebenar.

“Abang Mat! Jom kita pergi sekarang. Asy tahu siapa bunuh Kak Zira!” Asyira mencapai tudung lalu berlari keluar.

“Hah?” Abang Mat kehairanan.

“Dahlah, jom, jom!” Asyira pantas masuk ke dalam kereta.

Sebelum kereta bergerak pergi, Asyira menangkap satu susuk tubuh berdiri di tepi pokok kekabu berhampiran rumahnya. Kak Zira tersenyum sambil melambai ke arahnya. Lambaian itu seolah-olah lambaian selamat berjaya. Asyira menggigil lantas memejam mata. Dia membaca beberapa surah yang sering diamalkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience