Rate

Bab 1

Fantasy Series 641

"Ramai pulak orang datang lunch kat sini hari ni. Dah la ramai, parking pun tak ada kosong." Bebel Aisyah.

"Biasa lah tu Aisy, kau tengok lah sekarang memang lunch hour kan." Jawab Natasha.

"Yelah, aku selalu jugak datang lunch Kat sini tapi tak ada la penuh macam ni, penuh parking lot." Jawab Aisyah dgn nada tak puas hati.

"Tapi tak apa lah, sebab aku dah reserved meja makan awal-awal lagi. So, tak ada lah aku hadap muka masam kau sepanjang hari ni." Balas Natasha sambil senyum.

"Ok lah, kau keluar dulu. Aku nak park kereta dulu ok. Nanti kalau Dato' Hashim call, kau just inform kat dia no meja tu." Jawab Aisyah .

"Ok Aisyah ku sayang." Natasha bergurau.

" Geli lah wei. Ok bye." Balas Aisyah.

Aisyah terus menuju ke ruangan meletak kereta bawah tanah dengan tergesa-gesa kerana dia harus bergegas menghadiri mesyuarat dengan Dato' Hashim.

Tetapi, ketika Aisyah hendak memasuki ke ruangan parking kereta, ada sebuah kereta meluncur laju ke arah ruangan parking di sebelahnya. Kereta itu dipandu oleh seorang lelaki. Seorang lelaki yang dia kenal, mungkin.

"Eh, macam kenal je mamat tu. Hurmm, tapi siapa ek." Aisyah mula berfikir.

"Kang aku tegur kang takut silap orang. Eh, tapi kalau aku tak tegur, aku rasa macam nak tegur." Aisyah berdialog sendiri sambil membetulkan parking keretanya.

"Uishh, aku dah lambat nak meeting ni. Disebabkan ramai orang lah ni, terpaksa la aku parking jauh dari lif." Bebel Aisyah sambil mengambil briefcase dari tempat duduk belakang.

Ketika Aisyah berlari-lari anak ke tempat lif, dia terlanggar seorang lelaki yang berpakaian korporat, berkaca mata hitam, Dan membawa briefcase sama sepertinya.

"Oh, maafkan saya encik. Saya tak sengaja sebab saya nak cepat." Mohon Aisyah.

" Hurm, kalau ye pun nak cepat, mata tu pandang-pandang lah sikit ke kiri ke kanan. Nasib baik awak terlanggar saya. Kalau kereta yang langgar awak, tak ke arwah awak hari ni." Lelaki tu membalas dengan sindiran.

" Uishh, kasarnya bahasa encik. Ye lah nasib baik la saya terlanggar encik. Kalau saya terlanggar hati encik tadi, sekali dengan encik arwah. Sama-sama lah kita arwah bersama." Aisyah membidas kata-kata sindiran lelaki itu.

Masing-masing diam dan menatap sesama sendiri.

"Ok lah encik, saya dah lambat. saya betul-betul minta maaf ye sebab terlanggar encik. Tapi muka encik ni macam familiar lah. Saya kenal encik ke, atau encik orang-orang yang selalu muncul kat tv ek?" Tanya Aisyah.

"Hurmm..awak rasa awak kenal saya tak?" Balas lelaki itu.

" Entah lah, saya tak pasti lah. Ok lah encik, saya dah lambat sangat ni. Maafkan saya ye, ok bye." Aisyah menjawab.

"Ok, saya maafkan. Next time jumpa lagi." Balas lelaki itu.

"Opss.. Saya berharap sangat Kita tak kan jumpa lagi selepas ni. Thanks ye." Aisyah membalas balik dengan mata gediknya itu.

Aisyah berlalu pergi dan bergegas ke pintu lif setelah membalas kata-kata lelaki tersebut.

"Uish, nasib baik comel." Syahriel berdialog sendirian sambil memandang pemergian Aisyah.

Setelah sampai di restoran tersebut, Aisyah terus berlegar-legar mencari meja yang telah ditempah oleh kawannya, Natasha .

"Aishh, mana pulak meja yang Tasha reserved tu?" Rungut Aisyah.

"Encik, maafkan saya. Boleh saya tahu Kat mana ye meja yang bernombor 25. Kawan saya ada reserved meja tu untuk meeting kami hari ni." Tanya Aisyah kepada salah seorang pelayan disitu.

"Oh, meja ni ada kat hujung sebelah kanan sana cik. Mari saya tunjukkan." Jawab pelayan tadi sambil menunjukkan arah meja tersebut kepada Aisyah.

"Ok cik, nanti sampai kat hujung sana cik belok ke kanan ye." Jelas pelayan itu.

"Ok, terima kasih ye Encik Razif." Balas Aisyah sambil matanya melihat nametag pelayan tersebut.

"Tiada masalah, cik." Jawab pelayan itu kembali sambil tersenyum.

Setelah itu, Aisyah berlalu pergi menuju ke meja yang dimaksudkan tadi.

"Oit, Sya. Lamanya kau nak sampai ke sini. Puas aku tunggu kau tau." Bebel Natasha kepada Aisyah.

Aisyah hanya merungut penat disebabkan jarak tempat letak kereta sangat jauh dengan restoran untuk makan tengah hari mereka.

"Cepat duduk kat sini, aku nak order makanan ni. Kau nak makan apa?" Tanya Natasha kepada Aisyah.

"Kau order apa-apa je lah untuk aku tapi yang pasti no seafoods ok." Balas Aisyah.

"Ok lah, aku order kan kau nasi tomyam ye." Jawab Natasha.

"Boleh jugak. Eh Tasha, mana Dato' Hashim ni." Tanya Aisyah.

"Belum sampai lagi, nanti lambat pulak meeting kita. Aku rushing sikit petang ni, lepas aje meeting ni aku nak ke hospital pulak." Jelas Aisyah.

"Dato' Hashim call aku tadi. Dia cakap dia tak jadi datang sebab ada hal sikit, urgent katanya. Tapi dia hantarkan wakil untuk meeting tengah hari ni." Jelas Natasha.

"Oh, macam tu pulak. Takpelah, janji ada wakil dia yang datang. Jangan pulak wakil dia tak jadi datang, aku mengamuk la." Bebel Aisyah.

"Iyelah Cik Aisyah oii. Penat aku dengar kau membebel dari tadi." jawab Natasha sambil bermain-main dengan telefonnya.

"Hurmm, yelah kau je yang penat. Abis, aku ni berkejar-kejar sebab nak sampai kat sini. Dah la hujung sekali kau pilih." Sindir Aisyah sambil tersengih-sengih.

"Ala, kesiannya Kat kawan aku sorang ni. Penat ek, nah minum dulu air ni." Jawab Natasha sambil menghulurkan air kepada Aisyah.

" Ye, terima kasih lah." Balas Aisyah.

Aisyah minum minuman tersebut sambil matanya melilau-lilau melihat orang ramai sedang menikmati makanan tengah hari mereka.

Namun, Aisyah tersedak kerana matanya terpaku pada salah seorang lelaki yang lalu lalang di hadapan restoran tersebut. Lelaki itu seperti bertanya sesuatu kepada pelayan di sana.

"Oit, Aisyah kau dah kenapa diam aje dari tadi. kau penat sangat ke sampai Tak nak bercakap dengan aku?" Tanya Natasha.

Aisyah hanya diam sambil memerhatikan lagi lelaki itu. Ya, lelaki itu ialah lelaki yang dia terlanggar sewaktu di tempat letak kereta sebentar tadi.

"Aisyah, kau dengar Tak apa yang aku tanya ni?" Natasha bertanya lagi namun tiada balasan daripada Aisyah.

Aisyah semakin fokus pada lelaki tersebut kerana lelaki itu semakin menghampiri ke arah meja mereka. Lelaki itu mengukir senyuman yang indah tatkala ternampak wajah Aisyah.

"Uishh, betul ke apa yang aku nampak ni Tasha?" Tanya Aisyah kepada Natasha.

"Apa yang kau nampak Cik Aisyah oii?" Tasha kembali bertanya.

"Lelaki tu, dia senyum kat aku ke?" Aisyah terkedu.

"Wow, manis wei senyuman dia. Berkenan pulak aku." Jawab Natasha.

"Wei Tasha, dia datang ke arah sini la. Macam mana ni? Dia nak apa lagi wei?" Tanya Aisyah.

"Kau kenal ke mamat tu, Aisyah?" Natasha pula bertanya kepada Aisyah.

"Aku terlanggar dia kat parking kereta tadi sebab ak rushing nak ke sini la. Wei, dia datang Cari aku ke sebab Tak puas hati aku terlanggar dia tadi?" Tanya Aisyah kepada Natasha.

"Mana lah aku tahu. Aisyah, mamat tu datang ke arah Kita la. Apa Kita nak buat ni?" Natasha kembali bertanya.

"Ok, just pretend to be cool. Jangan lah mamat ni nak Cari gaduh dengan aku pulak. Alamak, serabut lah aku rasa?" Bebel Aisyah sambil memandang sahabatnya itu.

"Assalamualaikum, selamat tengah hari. Saya Syahriel, wakil kepada Dato' Hashim untuk meeting Kita pada hari ni. Saya rasa Dato' Hashim ada inform u guys yang beliau tak dapat hadir meeting hari ni, kan?" Syahriel menyapa dan memperkenalkan dirinya kepada Aisyah Dan Natasha.

"Waalaikumsalam." Jawab Aisyah Dan Natasha bersama-sama.

"Oh, Encik Syahriel ni lah ye wakil kepada Dato' Hashim?" Tanya Natasha untuk kepastian.

"Ye, saya wakil kepada beliau." Jawab Syahriel.

"Oh, silakan duduk Encik Syahriel." Pelawa Natasha.

"Ok, perkenalkan saya Natasha dan ini rakan sekerja saya, Aisyah. Kami dari syarikat yang sama iaitu Syarikat Ainasyara Holdings." Natasha memulakan ucapan perkenalan antara mereka.

"Oh, jadi nama awak Aisyah ye?" Tanya Syahriel kepada Aisyah.

"Ye, saya Aisyah. Salam perkenalan ye." Balas Aisyah.

Natasha hanya diam memerhatikan tingkah laku antara Aisyah dan Syariel.

"Korang berdua pernah jumpa ke?" Tanya Tasha.

"Ye, kami baru aje jumpa hari ni dan Tak sangka meeting ni adalah perjumpaan Kali kedua kami. Betul Tak, Cik Aisyah?" Syahriel menjawab pertanyaan Natasha.

Aisyah kelihatan sedang gelisah di tempat duduknya

"Tasha, Encik Syahriel ni la yang aku terlanggar tadi masa Kat parking tu. Aku terlanggar dia sebab rushing nak ke sini.

"Oh, ye ke? Tak sangka pulak orang yang dilanggar Aisyah ni wakil kepada Dato' Hashim?" Balas Natasha sambil tersenyum.

Syahriel hanya mampu tersenyum sahaja manakala Aisyah masih gelisah di tempat duduknya. Dia tidak mengharapkan perjumpaan kali kedua dengan Syariel selepas kejadian di ruangan tempat meletak kereta tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience