Rate

Bab 2

Fantasy Series 641

Setelah bertungkus lumus membincangkan tentang syarikat masing-masing, Natasha bangun dari tempat duduknya lalu meminta izin untuk ke tandas.

" Sorry semuanya, saya perlu ke toilet sekejap. Encik Syahriel borak-borak aje lah dulu dengan Aisyah ye." Natasha bangun Dan meminta izin untuk ke tandas.

" Ok, tiada masalah. Silakan, Cik Natasha." Balas Syahriel.

Lalu, Natasha berlalu pergi ke tandas dan Aisyah hanya memerhatikan tingkah laku Syahriel yang berada di hadapannya Ketika itu.

" Apa yang Cik Aisyah pandang?" Tanya Syahriel.

" Saya tahu lah saya handsome, tapi tak perlu lah pandang saya sampai macam tu sekali. Segan pulak saya rasa." Sambung Syahriel sambil memandang sekeliling restoran tersebut.

" Hurm, harap maklum ye Encik Syahriel. Saya bukan nak sangat pandang Encik Syahriel. Sebenarnya saya terfikir yang muka encik ni macam familiar sangat. Saya macam pernah nampak la Encik Syahriel sebelum ni, tapi tak sure kat mana." Jawab Aisyah.

" Oh, maybe pelanduk dua serupa kot." Balas Syahriel sambil tersenyum manis.

" Oh iya, Encik Syahriel blh tak tolong lah jangan senyum macam tu. Saya bukannya apa, semua customer kedai ni pandang bila Encik Syahriel tersenyum." Sambung Aisyah sambil menghabiskan minumannya.

" Kenapa? Sebab senyuman saya terlalu manis ke? Atau awak jealous sebab semua orang pandang saya?" Syahriel mengusik Aisyah tanpa sebab.

Aisyah hanya mendiamkan diri tanpa membalas persoalan Syahriel tadi.

"Oh iya, berapa umur Cik Aisyah ye?" Tanya Syahriel.

" Maaf ye Encik Syahriel, umur itu rahsia." Jawab Aisyah sambil memandang tepat ke dalam mata Syahriel.

" Alah, itu pun nak berahsia dengan saya. Ok, tak apelah. Umur saya 28 tahun, so adakah Cik Aisyah muda or tua dari saya?" Syahriel bertanya lagi kepada Aisyah.

" Hurm, saya muda dari Encik Syahriel but jangan tanya berapa tahun saya muda dari Encik Syahriel." Balas Aisyah.

Syahriel hanya mampu tersenyum mendengar jawapan daripada Aisyah. Bagi Syahriel, Aisyah sangat manis pada pandangannya tapi sedikit kasar perwatakannya.

Aisyah dan Syahriel masing-masing mendiamkan diri sambil memerhatikan Natasha yang sudah kembali dari tandas seketika tadi.

" Ok lah semua, saya rasa sampai di sini sahaja meeting kita pada hari ini. Saya berharap semuanya akan berjalan lancar dan Inshaallah kita akan berjumpa lagi for the next time." Natasha mengakhiri mesyuarat mereka yang diadakan pada hari tersebut.

" Ok lah Cik Natasha dan Cik Aisyah, terima jugak saya ucapkan kerana sudi bekerjasama dengan saya sepanjang meeting kita pada hari ini. Saya jugak harap kita akan berjumpa lagi untuk meeting seterusnya. Saya minta diri dulu ye, terima kasih banyak-banyak." Syahriel membalas kata-kata Natasha dan bangun untuk beredar dari restoran tersebut.

" Baiklah, Encik Syahriel hati-hati drive nanti dan kirim salam utk Dato' Hashim ye." Balas Natasha sementara Aisyah masih diam ditempat duduknya.

" Inshaallah, Saya balik dahulu ye." Balas Syahriel sekali lagi.

Aisyah hanya diam mendengar perbualan antara Natasha dan Syahriel dan hanya memerhatikan Syahriel yang beredar dari restoran tersebut.

" Eh Cik Aisyah oii, sudah-sudah lah tu asyik pandang si Syahriel tu. Jom kita balik, kau cakap tadi nak pergi ke hospital lepas habis meeting Kan?" Tanya Natasha.

" Yelah, lupa pulak. Lepas hantar kau ke office, aku terus ke hospital tau." Balas Aisyah.

" Ok, thanks." Jawab Natasha.

Dua orang sahabat itu pun terus beredar dari restoran tersebut.

Setelah menghantar Natasha pulang ke pejabat, Aisyah terus menuju ke hospital kerana dia mempunyai janjitemu dengan doktor di sana.

Ketika menuju ke hospital, Aisyah asyik berfikir tentang lelaki tersebut iaitu Syahriel. Baginya, Syahriel seperti seorang lelaki yang dia pernah kenal dan sangat familiar perwatakannya.

Setelah sampai di hospital, Aisyah terus meletakkan keretanya di ruangan meletak kenderaan dan terus berjumpa dengan doktornya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience