Rate

Bab 3

Fantasy Series 641

Hujung minggu menjelang dan inilah masanya untuk Aisyah keluar ke pasaraya untuk membeli barangan rumah dan barangan keperluannya.

Di awal pagi Aisyah mula melakukan rutinnya dengan memandu kereta menuju ke pasaraya yang berdekatan dengan rumahnya.

Setelah sampai disana, Aisyah terus tergesa-gesa memasuki pasaraya tersebut kerana dia melihat orang ramai mula berpusu-pusu membeli barangan keperluan disana.

" Hurmm, barang apa ek yang tak ada kat rumah?" Aisyah berdialog sendirian sambil memikirkan barangan keperluan yang perlu dibeli olehnya.

"Ok, aku nak beli barangan dapur basah dulu then barulah aku cari jajan." Aisyah bermonolog lagi.

Sewaktu sedang memilih barang-barang keperluan rumahnya, ada seorang makcik sengaja mendekati Aisyah untuk bertanya sesuatu.

" Assalamualaikum, dik. Maaflah kalau makcik mengganggu." Tegur seorang makcik kepada Aisyah.

" Waalaikumsalam, ye makcik. Tak mengganggu pun tapi kenapa ye?" Tanya Aisyah.

" Makcik nak tanya, adik tahu tak kat mana food court? Dari tadi makcik cari tapi tak jumpa lagi." Tanya makcik tersebut.

" Oh, makcik cari food court. Jom lah saya bawakkan makcik ke sana, lagipun kebetulan saya nak ke sana jugak. Makcik ke sini sorang-sorang aje ke, mana anak makcik?" Tanya Aisyah.

" Makcik datang dengan anak lelaki makcik, tapi anak makcik tu pergi berjumpa kawannya sekejap dekat kedai hujung sana." Jawab makcik itu sambil menunjuk ke arah deretan kedai jam tangan.

" Anak makcik suruh makcik tunggu kat sini tapi makcik tak larat nak tunggu lama-lama. So, apa kata adik bawak makcik ke food court aje. Kita tunggu anak lelaki makcik kat sana ajelah." Makcik tersebut membalas pertanyaan Aisyah.

" Oklah kalau macam tu, kita tunggu anak makcik kat food court. Nanti makcik jangan lupa pulak call anak makcik, bagitahu dia kita kat sana." Balas Aisyah sambil membawa makcik tersebut ke kedai makan yang terdapat di pasaraya tersebut.

" Baiklah, nanti makcik call anak makcik." Jawab makcik tersebut.

Setelah sampai di kedai makan, Aisyah dan makcik tersebut terus membuat pesanan makanan sementara menunggu anak lelaki makcik itu ke sana.

Mereka mula makan makanan yang telah dipesan tadi sambil berbual mesra.

Namun, perbualan di antara Aisyah dan makcik tadi terganggu oleh kehadiran seorang lelaki yang datang menghampiri meja makan mereka.

" Ibu, rupa-rupanya kat sini ibu makan ye. Ariel ingatkan ibu makan kat kedai hujung sana." Tegur Syahriel setelah melihat ibunya sedang enak menjamu selera di kedai makan tersebut.

" Apalah Ariel ni, kan ibu dah call dan cakap tadi ibu kat kedai sup tomyam ni." Balas ibu Syahriel sambil tersenyum.

Aisyah yang sedang menjamu selera itu, terkebil-kebil melihat Syahriel datang dan menegur makcik yang baru sahaja dikenalinya sebentar tadi.

Aisyah tidak menjangka bahawa makcik itu adalah ibu kepada Syahriel iaitu lelaki yang pernah menghadiri mesyuarat bersama-sama dengannya tempoh hari.

" Eh, ibu lupa pulak nak kenalkan kamu dengan kawan baru ibu ni." kata ibu Syahriel.

" Syahriel, kenalkan ini Aisyah dan dia kawan baru ibu. Aisyah, ini Syahriel anak lelaki makcik yang makcik cakapkan tadi." sambung ibu Syahriel.

" Hai, saya Syahriel dan tak sangka boleh terserempak dengan awak lagi sekali ye Cik Aisyah." Syahriel memulakan bicara.

" Hai jugak, hurm yelah tak sangka pulak boleh jumpa Encik Syahriel kat sini." Balas Aisyah sambil senyum terpaksa.

" Eh, kamu berdua ni pernah jumpa ke sebelum ni? Kamu dah kenal Aisyah ni ye Ariel?" Tanya ibu Syahriel.

" Ye, kami pernah jumpa sebab Ariel menjadi wakil Dato' Hashim untuk attend meeting kat restoran hari tu. Meeting tu antara syarikat Dato' Hashim dan syarikat Cik Aisyah." Jelas Syahriel kepada ibunya sambil memerhatikan wajah Aisyah yang tertunduk dari tadi.

" Oh, manalah ibu tahu yang kamu berdua pernah jumpa dan kenal." Balas ibu Syahriel.

" Eh, jom lah kita duduk dan makan. Nah Ariel, tengok menu ni dan order cepat-cepat. Nanti ramai orang, lambat pulak kamu boleh makan." Kata ibu Ariel.

" Yelah ibu, Ariel order sekarang." Jawab Syahriel sambil memilih makanan yang terdapat dalam menu tersebut.

Aisyah semakin gelisah di tempat duduknya kerana ini adalah kali ketiga pertemuannya dengan Syahriel.

Ibu Syahriel dari tadi memerhatikan tingkahlaku Aisyah yang gelisah di tempat duduknya pun bertanya.

" Kenapa Aisyah? Makcik tengok Aisyah macam tak senang duduk aje dari tadi? Tak sedap ke makanan yang Aisyah order tu?" tanay ibu Syahriel.

" Eh, tak adalah makcik. Makanan ni ok aje cuma saya lupa pulak saya tak boleh makan seafood tapi tomyam saya ni ada udang Dan sotong." Jawab Aisyah untuk menutup gelisahnya itu.

Tapi, kebetulan makanan yang dipesannya itu mempunyai udang dan sotong sedangkan Aisyah sangat alah kepada makanan laut tersebut.

Pesanan makanan Syahriel telah sampai ketika ibunya berbual-bual dengan Aisyah.

Syahriel yang mendengar perbualan tersebut lalu berkata.

" Oh, Cik Aisyah allergic seafood ke? So, macam mana nak makan tu. Apa kata Cik Aisyah order saje yang baru." Syahriel menasihati Aisyah untuk memesan makanan baru.

" Tak apalah, lagipun membazir pulak makanan ni sebab banyak lagi kan." Jawab Aisyah sambil mengaduk-aduk sup tomyam itu.

" Ok, kalau macam tu apa kata Cik Aisyah ambik makanan saya dan saya ambik makanan Cik Aisyah. Jangan risau, saya punya makanan tak ada seafood." Jelas Syahriel.

" Eh, tak payah. Saya habiskan saya punya aje. Lagipun itukan makanan Encik Syahriel, kenapa nak tukar-tukar pulak. Encik Syahriel makan ajelah makanan yang encik order tu." Balas Aisyah.

Syahriel hanya mampu tersenyum dan mula menjamah makanan yang dipesannya tadi.

Ibu Syahriel hanya diam dan tersenyum sambil memerhatikan mereka berdua sambil menjamu selera di kedai tersebut.

" Aisyah, boleh tak makcik nak minta nombor telefon Aisyah? Yela, manalah tahu kalau anytime Aisyah free boleh lah makcik ajak Aisyah keluar." Pinta ibu Syahriel.

" Eh, hurmm. Alamak segan pulak saya nak kasi nombor telefon. Tapi oklah, Inshaallah kalau saya free ye makcik." Balas Aisyah sambil tersenyum.

" Makcik bukan apa Aisyah, makcik boring jugak duduk aje kat rumah tu. Anak menantu dan suami makcik semuanya busy tahu tak, walaupun weekend, diaorang asyik sibuk memanjang. Alang-alang dah kenal Aisyah ni, manalah tahu bila-bila Aisyah free, bolehlah datang minum-minum kat rumah makcik." Bicara ibu Syahriel lagi sambil memberikan nombor telefonnya kepada Aisyah.

" Oh yeke makcik. Sibuk sangat family makcik, sampaikan tak ada masa untuk makcik. Inshaallah ye, makcik." Balas Aisyah sambil menaip nombor telefonnya di telefon ibu Syahriel.

Setelah selesai menjamu selera dan berbual-bual, Aisyah meminta izin untuk pulang ke rumah terlebih dahulu kerana ada perkara yang perlu dia lakukan di rumahnya.

Aisyah memandu kereta pulang ke rumahnya setelah selesai membeli barang keperluan rumah di pasaraya tersebut. Namun, telefon Aisyah berdering-dering menandakan ada panggilan masuk ketika dia hendak keluar dari keretanya.

" Assalamualaikum, helo.. Siapa ye?" Tanya Aisyah.

" Waalaikumsalam, helo Aisyah.. Ni makcik Sharifah, yang kita jumpa tadi." Jawab Puan Sharifah iaitu ibu kepada Syahriel.

" Iye, makcik .. Oh ingatkan siapa tadi." Balas Aisyah bersahaja.

" Oklah. Makcik saje je call Aisyah just nak pastikan betul ke nombor yang Aisyah kasi tadi." Bicara Puan Sharifah lagi.

"Haha, eh makcik tak kan la saya nak tipu makcik pulak. Mestilah saya kasi nombor telefon yang betul." Jawab Aisyah lagi.

" Oklah..makcik tutup dulu ye. Aisyah dah sampai rumah ke? Pergi lah rehat-rehat dulu ye.. Assalamualaikum." Balas Puan Sharifah sebagai penutup bicara.

" Iye dah sampai kat rumah. Oklah makcik, waalaikumsalam." Balas Aisyah.

Setelah itu Aisyah terus memunggah masuk ke dalam rumah barang-barang yang telah dibelinya sebentar tadi.

Kerana terlalu penat membeli barang keperluan dan menyusun semua barang tersebut ditempatnya, Aisyah terus ke biliknya dan berbaring di atas katil miliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience