Rate

Bab 4

Romance Series 2114

Sofea sibuk membetulkan tudung bawal warna maroon di depan cermin.Entah kenapa susah pulak nak alter tudung bawal hari ni.

Bunyi pula lagu BTS Fake Love.
"Siapa pulak lah yang call aku pagi-pagi ni?Aku dahlah tengah serabut dengan tudung aku ni."Sofea pun mengambil Iphone nya.

"Siapa ni?Nombor tak kenal call aku.Scammer ke?"

Sofea cuba mengingat kembali jika dia ada bagi nombor phone dia dekat sesiapa.Tapi tak ingat.

"Biarlah.Tudung aku lagi penting.Dah lah lambat ni."Sofea kembali betulkan tudungnya.Selepas 10 minit,akhirnya tudungnya cantik jugak.


********************

"Cik Sofea, ada orang nak jumpa cik."Sofea agak terkejut.

"Bila masa saya ada appointment dengan someone?Rasanya takde kan?"jam 3 petang baru ada orang nak datang dan setahu Sofea Fimi sudah membacakan jadual Sofea pada hari itu.

"Yes.Memang takde tapi orang ni sangatlah stubborn orangnya.Geram I."gaya Fimi yang geram tu buatkan Sofea geli hati.

"Takpelah.Awak suruh je dia masuk."

Fimi menjeling manja dekat Sofea.Lagilah Sofea tergelak.

"Hey,you!Cik Sofea suruh you masuk!"jerit Fimi lembut.

Terbuntang mata Sofea bila Fimi selamba saja panggil 'someone' yang nak jumpa Sofea.
Dah kalau perangai macam tu,macam tulah gayanya.'bisik hati Sofea sambil mengelengkan kepalanya.Fimi dengan lentiknya.

"Assalaualaikum.Hai.Sampai hati awak tak angkat call saya.Banyak kali saya call awak."

Terkejut Sofea bila Khalid tiba-tiba datang ke pejabatnya.

"Khalid?Bila masa saya ada bagi nombor phone saya dekat awak?Tak ingat pula saya ada bagi nombor saya dekat awak."

Khalid tergelak.
"Comel betullah awak bila awak buat muka blur."

Gelak dah kenapa?Dah memang aku tak ingat.'bisik hati Sofea.

"Awak ingat time awak langgar kereta saya dan awak ada cakap awak nak ganti kereta saya tapi haram..."sindir Khalid.

Sofea memandang seperti ingin mengingatkan sesuatu.

"Ouhh...sorry saya terlupa.Lepas saya dah save nombor awak saya terlupa nak save nombor awak."

Rancak mereka berdua bersembang sampaikan Sofea lupa tentang kerjanya.

"Awak.Saya ingat nak bawa ikut saya."Khalid takut-takut ingin bercakap.

Sofea berkerut.
"Pergi mana?"tanya Sofea.

"Saya...saya...nak bawa awak jumpa family saya dekat kampung."jawab Khalid.Khalid memandang tepat mata Sofea.

Sofea gugup.
"Awak merepek apa ni?Kita baru kenal berapa hari,awak dah nak bawa saya jumpa family awak?"tanya Sofea.

"Kenapa?Sofea.Bila saya dengan awak,saya rasa selesa sangat.Saya nak kenal dengan awak lebih rapat lagi."

Sofea terdiam.Sejujurnya,Sofea pun selesa dengan Khalid.

"Awak boleh kenal-kenal dengan family saya.Kenal-kenal dengan saya juga.Manalah tau tiba-tiba boleh jadi menantu pulak.Haha!"gelak Khalid.

Sofea tersengih menyindir.
"Heheh...banyaklah awak.Jangan nak merepek."

"Saya tak merepek dan saya serious.Esok saya akan ambil awak dekat rumah awak.Please,Sofea.Sekali ni je."Khalid memandang tepat mata Sofea lagi sekali.

Sofea terdiam.
Comelnya laki ni.Jadi laki akukan best.Eh!Apa yang kau mengarut ni?'Sofea mengelamun.

"Okaylah.Saya ikut awak.Tapi saya tak boleh lama-lama tinggal dekat situ.Sebab saya ada berlambak lagi kerja dekat sini."Sofea tersenyum.

Khalid gembira bila Sofea setuju untuk ikut Khalid.
"Thank you,awak."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience