Rate

Bab 1

Romance Series 2114

Sofea sibuk menyiapkan kerjanya yang berlambak di atas meja.
Sejak dua menjak ini,syarikat Sofea banyak mendapat projek dari syarikat yang besar namanya.

Ramai majikan syarikat lain datang ke Sofea untuk mendapatkan pelan pembangunan Sofea.

Hasil kerja Sofea yang teliti dan kemas cukup memuaskan hati ramai majikan.

"Bos,dah pukul berapa dah ni?Sudah-sudah lah tu dulu.Sambung lain kali je.Ataupun bos bawa jelah balik rumah bos."tegur Fimi salah seorang pekerjanya.

Sofea memandang Fimi yang sedikit patah itu.Rasa kelakar pun ada bila Fimi buat macam tangan patah itu.

"Betul jugak tu.Saya pun dah penat ni.Kerja berlambak-lambak.Pening saya."leter Sofea sambil memicit-micit kepalanya.

Sofea mengemaskan barangnya lalu mengambil beg tangannya.
"Jom!"Sofea mengajak Fimi sambil menutup lampu biliknya.

Sofea rasa penat sekali dengan kerjanya.Nak buat macam mana,itu adalah minatnya terhadap arkitek.

Matanya terasa berat sekali.Sofea sudah hampir menutupkan matanya.Jam tangan Sofea menunjukkan jam 9:30 p.m.
Masa yang sangat sesuai untuk Sofea tidur.

Tiba-tiba Sofea rasa seperti dia sudah terlanggar kereta seseorang di hadapan semasa berhenti di lampu isyarat.

Sofea tersedar.
Mana taknya,matanya terkelip-kelip semasa dia memandu.

"Alamak!Aku langgar kereta siapa pula ni?Matilah aku."Sofea sudah cemas.

Sofea lihat seseorang sudah keluar dari keretanya.
Lelaki.

"Habislah aku.Lagi masak bila lelaki pula yang aku langgar ni."

Lelaki itu sudah mendekati kereta Sofea.Dia mengetuk tingkap kereta Sofea.
"Keluar."

Dengan bersuara kasar,lagilah Sofea gerun.
Sofea akur.

"Maaf cik.Saya tak sengaja.Saya terlelap tadi."beritahu Sofea terketar-ketar.
Lelaki itu terkejut.

"Kau terlelap?Kau gila ke apa?Nasib kau berhenti dekat lampu isyarat ni.Kalau berhenti dekat tengah jalan,tak mati kau."kasar teguran lelaki itu.

"Ya,saya tahu.Saya salah.Saya penat sangat tadi."sengih Sofea.
Lelaki itu masih lagi tidak puas hati.

"Nak tidur,tidur dekat rumah.Bukan dekat jalan.Ini sekarang kau nak buat macam mana dengan kereta aku ni?"lelaki itu menunjukkan keretanya yang sudah calar dan kemek.

Sofea terkejut.
Teruknya.'bisik hati Sofea.
Sofea teragak-agak.Kereta Honda Civic tu.

"Okay.Saya ganti balik awak punya calar ni dan kemek ni.Saya janji."Sofea mengangkat sumpah.

Lelaki itu memandang Sofea.
Sofea pelik dengan pandangan lelaki itu.
Aih?Tak percaya ke?'bisik hati Sofea.

Lelaki tadi mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Ini nombor telefon aku.Sekarang ni pun dah lewat.Tak elok perempuan lama-lama tengah malam ni.Esok pastikan kau ganti balik ni."

Sofea memandang lelaki itu.
"Hmm...esok saya tak boleh.Saya ada hal.Lain kali,boleh."

Lelaki itu membuat muka pelik.
"Habis tu,kau nak buat bila?"tanya lelaki itu.

"Saya akan call awak bila saya dah free.Buat masa ni saya tak boleh nak settlekan hal ni.Sorry sangat-sangat."Sofea memberikan sebab.

Lelaki itu seperti berfikir.
"Okay.By the way,aku Khalid.Apa-apa,roger aku." lelaki itu menghulurkan tangannya.

Sofea hanya memandang dan menunduk sedikit kepalanya.
"Saya Sofea.Saya akan bagitahu awak."

Khalid menarik semula tangannya.Dia seperti teringat kembali mahram dia dan perempuan itu.

"Okaylah kalau macam tu.Kita gerak lah.Buat apa diri lama-lama dekat tengah jalan ni.Bye."Khalid mula masuk ke perut kereta.
Begitu juga Sofea.

"Nampaknya duit aku melabur dekat kereta lagi."Sofea mengeluh panjang.
Ini masuk kali kedua Sofea perlu membayar ganti rugi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience