Rate

BAB 2

Romance Series 2114

Petah Sofea membentangkan pelan pembangunan di hadapan pelanggan terbesarnya.

Dato' Karim pun mendengar dengan teliti.Dia seperti puas hati dengan pembentangan yang dibuat oleh Sofea.

"Saya harap pembentangan saya dapat difaham oleh Dato' dan rakan sekerja yang lain."Sofea berharap yang dia tidak memberi kebosanan kepada mereka.

"Bagus.Saya suka dengan pelan ini.Saya harap projek ini akan dipermudahkan olehNya.Okay,Sofea.Saya proceed dengan pelan pembangunan ni.Saya harap semuanya berjalan dengan lancar."kata Dato' Karim.

Sofea tersenyum riang.Senang hati Sofea bila mendengar berita baik yang disampaikan oleh Dato' Karim.

"Terima kasih,Dato'.Saya pun harap semuanya baik-baik sahaja.Terima kasih banyak-banyak,Dato'."
Sofea tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada Dato' Karim.

Selepas Dato' Karim berlalu pergi dari syarikat Sofea,Sofea berasa gembira sangat.
Sofea mengajak semua pekerjanya makan malam bersama sempena kejayaan yang telah dia capai.

Projek besar yang selama ini Sofea usahakan,akhirnya membuahkan hasil.

"Syukur alhamdulillah.Rezeki saya Farida.Ini semua pun disebabkan hasil kerja kau orang juga.Terima kasih sangat-sangat."Sofea berkongsi kegembiraannya dengan rakan sekerjanya.

"Alhamdulillah,bos.Ini rezeki bos daripada Allah.Mana tau lepas ni,kami semua di naikkan gaji pula."gurau Farida.

Sofea tergelak.
Geli hati dengan perangai Farida yang suka membuat kelakar dengan semua pekerja di pejabat.

Usai makan malam,semua pekerja beransur pulang.Sofea sudah janji untuk belanja pekerja-pekerjanya.

Sofea menuju ke kaunter untuk membayar bil makanan.Sofea melihat ada seorang lelaki yang sibuk sedang membuat sesuatu kerja di kaunter.
Sofea hairan.

"Cik,saya nak bayar untuk meja 38."
Sofea sudah mengeluarkan beg dompetnya di dalam beg tangannya.

"Cik,semua sekali RM300."

Sofea sibuk memgeluarkan duitnya di dompet.
"Assalamualaikum.Makan besar nampak?"tegur seorang lelaki.

Sofea mengangkat kepalanya.
Memandang lelaki yang sibuk di hadapan kaunter tadi.

"Waalaikumussalam.Saya makan dengan pekerja-pekerja saya tadi."jawab Sofea.

Sofea memandang lelaki itu sambil mengerutkan dahinya.Memerhatikan lelaki itu dengan teliti.
"Hmm...kita ada jumpa dekat mana-mana ke?Sebab muka awak macam familiar lah."tanya Sofea.

Lelaki itu tergelak.
"Haih..takkan lah tak kenal muka handsome macam ni.Sudah tiga minggu kita tak jumpa."jejaka itu tersengih.

Sofea cuba mengimbas kembalitiga minggu yang lalu.
Siapa ya?Bila masa aku ada client muka handsome macam ni?'bisik hati Sofea.

Sofea menarik nafasnya panjang.
Terkejut.

"AWAK!!"
"Awak buat apa dekat sini?"tanya Sofea masih dalam keadaan terkejut.
Khalid tergelak.

"Saya tengah repair basikal dekat sini.Sambil-sambil tu saya melilau tengok jodoh.Rupanya jodoh tu dah ada depan mata saya ni."sindir Khalid.

Geram pula Sofea bila disindir begitu.
Kau ni pun satu.Tanya soalan bodoh tu kenapa?'bisik hati Sofea.

"Saya sebenarnya pengusaha kepada restoran ni merangkap chef kepada restoran ini."terang Khalid.

Sofea agak terkejut.
Patutlah pakai kereta Honda Civic.Chef rupanya.
"Saya minta maaf sangat-sangat pasal tempoh hari.Saya tak sengaja."

Sofea tidak boleh lupa peristiwa tiga minggu lepas.Teruknya kereta itu kena disebabkan dia.

Khalid tergelak.
"Nasib baik awak ingat lagi.Kalau tak,saya sendiri akan cari awak."sindir Khalid.

Sofea tersenyum kelat.Rasa ada batu besar menghempap kepalanya.
Malu.

"Okay.Sekarang ni saya free sangat-sangat nak ganti balik kereta awak yang kemek tu.Awak masih ada lagi nombor telefon saya kan?"Sofea bersuara.

Khalid tergelak lagi.
"Kenapa awak gelak?Awak janganlah nak perli saya ke apa.Saya nak tunaikan janji saya ni."Sofea pelik dengan perangai Khalid yang dari tadi tergelak.

"Cik Sofea,kita ni dah nak masuk tiga minggu kita tak jumpa.Macam-macam benda boleh jadi."Khalid tergelak lagi.

Sofea seperti bingung.
"Saya tak faham.Apa yang awak cakap ni?"tanya Sofea.

"Kita pergi duduk sana dululah.Tak elok ada orang dengar perbualan kita ni."Khalid mengajak Sofea untuk duduk dahulu.

Sofea baru perasan yang mereka masih lagi di hadapan kaunter.
Mesti dah banyak yang mereka dengar.

"Okay.Cerita sekarang."Sofea tidak sabar-sabar untuk dengar penjelasan Khalid.
Khalid tersenyum.

"Sofea,awak simpan jelah janji awak yang awak nak ganti balik kemek kereta saya tu.Saya dah buat dah."jelas Khalid.

Hampir jatuh rahang Sofea bila mendengar kata-kata Khalid.
"Awak biar betul?Kan saya dah janji dah nak ganti kereta awak tu."

Khalid suka melihat gelagat Sofea yang agak gelabah itu.
"Apa kata awak bayar ganti rugi saya tu dengan benda lain?"

"Hah?!Ganti dengan benda lain?"berkerut dahi Sofea.
Khalid menggangguk.

"Yup.And that is..."panjang harakat Khalid .
Sofea sudah tertunggu-tunggu.

"Belanja saya tengok wayang."Khalid sudah bersandar sambil menyilang tangannya.

Sofea terdiam.
Gila ke apa dia ni?'bisik hati Sofea.
Sofea memandang Khalid.Seperti Khalid ada taktiknya yang tersendiri.

"Okay. Saya belanja awak.Bila?"Sofea dengan relanya setuju.

"Sekarang. "jawab Khalid.
Sofea pandang Khalid. Meneliti setiap perinci wajah Khalid.

Kulit hitam manis,berlesung pipit dan berkumis sedikit.Menampilkan wajahnya yang sangat kacak.Rambutnya tersisir rapi.

Sofea hanya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience