Series
1725
**Saya tahu perasaan itu, lebih dari apa yang awak sangkakan.**
Aku teringatkan ayat terakhir Indra padaku. Pertemuan kami yang terakhir, sebelum dia tiba-tiba menghilang.
Kata-kata itu, apa maksudnya?
Adakah dia juga menyukai seseorang dalam diam, seperti aku?
Aku memandang ke luar tingkap bas; yang sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah.Minggu ini juga Indra tidak hadir ke sekolah. Jika esok dia masih tidak hadir, genaplah dua minggu kami tidak bertemu.
Hati aku terasa berat.
Aku ingin tahu ke mana dia, mengapa dia menghilang. Beribu soalan aku ingin tanyakan, tetapi aku tiada keberanian itu. Keberanian untuk terang-terang menerima perasaan aku yang rindukan dia, yang risaukan dia, yang terlalu sukakan dia.
Lalu, aku memilih untuk diamkan diri. Berpura-pura tidak peduli, sedangkan semua di kelas mula tertanya-tanya. Mungkinkah dia tidak akan lagi muncul di depanku, untuk selama-lamanya?
Bas berhenti di hentian ku.
Aku yang duduk di tempat paling belakang, bergegas turun.
Sedang aku menuruni tangga, entah bagaimana driver bas tertekan pedal minyak, menyebabkan bas tergerak ke depan sedikit dan aku, hampir terjatuh. Selamat aku berjaya berpaut pada pintu bas, kalau tak, mungkin aku dah tersembam mencium jalan tar.
" Awak tak apa-apa?" tegur satu suara serak basah yang bergetar lunak.
Aku dapat rasakan degupan jantung ku berdegup kencang sebaik mendengarnya.
" Dik, kamu tak apa-apa ke? Maaf dik! " kata driver bas pula, menyedari kesalahannya.
Aku angguk perlahan lalu turun dari bas.
Di hujung tangga bas, Indra sedang berdiri menantiku.
Dan bagai kan mimpi, cahaya mentari mencuri keluar dari balik awan, menyinari tubuhnya, menyerlahkan dia yang bak prince charming dalam khayalan. Raut wajahnya yang cukup manis mencuri hatiku, mengunci pandangan mataku padanya. Terpesona.
Vroomm~
Bunyi enjin bas yang berlalu mengejutkan aku. Lantas aku alihkan renunganku, sempat menyedari ada terselit senyum di bibir Indra yang melihat reaksiku.
" Betul ke awak tak apa-apa tadi? Saya nampak awak cam nak tergolek tadi ." tanya Indra.
" Kenapa awak dah lama tak ke sekolah?" tanyaku pula tanpa menjawab soalannya.
Soalan aku ini lagi penting. Dia dah menghilang dua minggu kot!
Indra senyum.
"Untuk beri awak masa,masa untuk melupakan perasaan awak terhadap saya. Tell me, did you forget me?' ujarnya.
Aku tersentap.
Indra, dia mempermainkan perasaanku lagi.
Dua minggu ini, hati aku gundah bagai orang sakit. Rindu bagai pungguk.
Malah setiap saat, 24/7 memikirkan dia,
Sakitnya hati ini, apabila menyukai disulami pula dengan rasa rindu dan kerisauan, ia satu penyeksaan batin.
Sumpah, aku tidak pernah rasa seperti ini.
Tetapi, Indra dia tidak kisah. Ini game baginya.
AH, mengapa aku begitu bodoh masih menyukainya.
Mengapa hati aku ni tak mahu berhenti mencintainya?
" Awak memang teruk." kataku berat mengungkapnya.
Aku berpaling mahu meninggalkan dia, tetapi tanganku ditariknya. Dia tidak mahu lepaskanku, walaupun aku cuba merentap untuk pergi. Malah semakin kuat pegangan tangannya. Saat aku memandangnya, dia mengusap air mataku yang rupanya bergenang tanpa aku sedar.
" Does it hurt, loving me?' tanya nya lembut.
Aku berkerut tidak mengerti.
Indra terus memelukku. Mukaku tersembam di dadanya. Terasa pelukannya begitu erat. Malah, aku dapat rasakan jarinya membelai kepalaku penuh kasih. Perlahan-lahan aku dengar degupan di dadanya.
Dup dap dap...
Selaju degupan hatiku.
Dan entah kenapa, aku rasa segala beban hilang, segala rasa di hati yang terseksa jadi tenang, bagaikan... selesa.
" Awak usik saya ke ni?" tanyaku.
" Nope.. don't need anymore."
Aku rasa pelik. Don't need anymore?
Indra melepaskan dakapannya.
" Saya tahu awak sukakan saya sejak di pertemuan pertama lagi. Tapi untuk lebih pasti, saya usik dan tease perasaan awak itu..untuk.."
Indra mencapai tanganku, mengenggamnya kemas dalam tangannya.
" Untuk pastikan perasaan itu milik saya untuk selamanya." sambungnya.
" huh?"
Dia tersengih dan dalam senyum yang manis, dan renungan mata yang telus ke anak mataku.
"because I love you... too."
Dia mencium dahiku.
Share this novel