2

Romance Series 1725

" Zie, kenalkan ini anak saudara makcik."

Dia menoleh. Seorang budak lelaki sebayaku, 17 tahun. Tinggi langsing orangnya. Baju tshirt yang disarungnya terletak cantik sesuai dengan susuk tubuh yang berdada bidang ini. Bagai model catwalk, fikirku.

Dia perlahan-lahan mendekati ku dan aku menyedari yang dia mempunyai wajah yang sangat kacak dan menarik. Alis matanya yang tebal membuatkan renungan matanya, kelihatan dalam dan tajam memukau. Bibir tipis itu tersenyum memikat.

" Selamat berkenalan. Saya Indra." Suara serak basah itu seakan berlagu lembut.

Dia menghulur tangan.

Aku tidak sambut. Tergamam.

" Kenapa Ziezie?" tanya acik Rohana, menyedari aku yang 'kaku' di depan Indera.

" Err.. takde apa-apa."

Tersentak, aku dengan cepat-cepat bersalaman dengan Indera. Macam ala high five sahaja.

Memang, aku kelam kabut!

Mana tidaknya, sejak tadi, jantung aku berdegup laju, bagai hendak direntap keluar sahaja.

Aku mencuri pandang pada Indra.

Bibirnya meleret dalam sembunyi, bagai sinis dan seolah-olah..

" Interesting." ujar Indra tiba-tiba. Anak mata kami terus bertemu.

Di depan semua orang, dia merapatkan wajahnya dengan wajahku. Terlalu rapat hinggakan aku dapat dengar nafas dan bau kolonnya yang wangi.

" Indra!" panggil acik Rohana, terkejut melihat kelakuan yang tidak manis ini.

Dia hampir-hampir ingatkan kami berdua akan bercumbu. Aku pun fikir begitu.

Tetapi, Indra berganjak dari ku.

Namun, anak matanya merenungku tajam.

Dan bagai membaca fikiran ku, dia senyum bersahaja dan berlalu pergi.

" Maaf yer Ziezie, apa yang Indra buat tadi tu, tak sopan. Makcik betul-betul minta maaf. Dia memang kasar skit,"

" Indra! Apa tadi tu? Indra!" panggil acik Rohana mengekori Indra.

Sebaik mereka berdua keluar dari rumahku, lutut aku terasa lemah longlai. Aku berpaut pada kerusi untuk mengimbangi diriku yang hampir jatuh.

Duk DUk DUk...

....DUk duk duk..

.Duk duk..

dup dap..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience