15

Romance Series 1725

" Zie! Tolong mak hantar kuih ni ke rumah acik Rohana."

Permintaan mak itu bagi aku terlalu berat. Rumah acik Rohana? Indra ada di situ kan? Aku pandang jam di dinding, pukul 8.30 malam.

Teringatkan ajakannya ke rumah, aku rasa serba salah. Apa maksud dia date? Ini cara dia main-mainkan aku lagi kan? Tau sangatlah~

Kalau aku pergi, maksudnya aku dipermainkan oleh dia lah!

Aku tak boleh pergi! Tak boleh kalah dengan permainan perasaan ini!

" Zie!" panggil mak lagi.

Dengan berat hati aku ke dapur, mengambil Tupperware berisi kuih-muih. Mak aku ni kalau terlebih rajin selalu masak banyak-banyak, last-last terlebih diberikan pada jiran-jiran.

" Takyah bagi lah mak, Ziezie boleh habis makan semuanya." kataku memberi alasan dengan harapan tidak mahu ke rumah acik Rohana.

Mak angkat kening sebelah, merenungku tajam.

" Semua ni? Banyak kan ni? Kamu kan diet?"

" dah tak diet dah."

" Yerker..."

" yer...."

" Hmm.. camtu.. tak payah lah hantar kuih ni semua."

Aku senyum. Success!

" Tapi minta kamu beri ini pada acik Rohana." kata mak sambil menghulurkan satu botol pil ubat.

" Dia tertinggal tadi petang, malam nak makan ubat, baru dia teringat. Acik Rohana call suruh hantarkan. Kamu pulangkan ini cepat yer."

Seriously?!!

Terpaksa jugalah ni pergi rumah acik Rohana?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience