BAB 3

Romantic Comedy Series 1686

AKU perhati cek di tangan. Cek yang mak uda bagi semalam. Tak fikir panjang, terus aku telefon kawan yang selalu menguruskan pembelian haiwan dari luar negara. Alhamdulillah, urusan aku selesai.

Tiba-tiba Ezra telefon aku.

"You ni tak reti-reti ke nak datang ambil I? Tengok sekarang dah pukul berapa? Latihan I pun dah lama selesai. Dah 10 minit, tahu tak!" tengking Ezra.

Aku jauhkan telefon dari telinga. Mujur tak pecah gegendang telinga aku. "Hei anak dara. Suara tu tolong perlahan sikit."

"Kalau I cakap perlahan, you faham bahasa ke? Macam tak je. Entah-entah telinga tersumbat."

Aduh... Mulut budak ni boleh tahan sungguh ye. Umur baru 18, anak gadis pula. Tak boleh ke cakap elok-elok? Mak bapak punyalah bagus bercakap dengan orang. Dapat kat anak, 24 jam suara macam petir. Aku rasa budak Ezra ni terkena sumpahan la. Sumpahan harimau. Garang macam rimau perangai.

"10 minit je pun. Kecoh betul. Rileks ar..."

"Hoi! I tak suka tunggu orang lama-lama, faham tak? Cepat datang ambil I sekarang!"

"Yelah, yelah..." Aku matikan talian dan terus bangun meninggalkan kerusi. Dia ingat aku ni kuli batak dia ke nak arah-arah sesuka hati?

Tiba di muka pintu office, aku bertembung dengan Ivy.

"Awak nak pergi mana tergesa-gesa ni?" tanya Ivy.

"Nak pergi ambil sepupu." Aku cepat-cepat keluar. Ivy dah sedia maklum dengan kedatangan Ezra. Dia pun dah tahu aku akan bercuti seminggu mulai esok.

"Awak..." Suara Ivy memanggil di belakang.

Aku menoleh. Melihat wajah Ivy, aku rasa bersalah pula. Aku tak luah lagi perasaan kat dia. Tapi, aku dah rapat semacam dengan dia sejak sehari dua ni. Tak elok rasanya aku buat seorang perempuan tertunggu-tunggu.

Cuma tulah... Masa untuk berterus terang belum sesuai lagi. Semuanya gara-gara mak uda yang terlalu cepat menghantar Ezra ke rumah. 24 jam aku kena pantau budak tu. Malam tadi pun ada percubaan Ezra untuk keluar. Alasannya nak ambil angin. Tapi aku dan mak tak percaya. Mesti dia dah berjanji dengan kawan-kawan nak pergi lepak.

Aku mengeluh sebab rasa letih dengan kedatangan Ezra. Tapi nak buat macam mana. Duit 30 ribu aku dah ambil dari mak uda. Urusan pembelian kucing hutan pun dah selesai. Takkan aku nak pulangkan balik duit tu pada dia? Mana aku nak cekau?

"Ivy... kita cakap nanti, boleh?"

"Urm. Take care," pesan Ivy sebelum berlalu.

Melihat dari air muka Ivy, aku tahu dia berjauh hati. Mungkin juga dia merajuk. Tapi, ini bukan masanya untuk aku pujuk dia. Aku kena cepat ambil Ezra. Kalau tidak, makin bisinglah mulut mak cik bawang tu.

Aku melangkah ke kereta. Hari ni adalah hari terakhir aku bekerja sebelum terpaksa bercuti panjang demi menjalankan tugas sebagai bodyguard sepupu sendiri.

Aku tiba di tempat di mana Ezra berada. Di hadapan pintu pagar pusat sukan, aku dah nampak kelibat mak cik mulut bising tu. Aku bunyikan hon tapi dia buat bodoh. Eh budak ni... Tadi dia juga yang gesa suruh aku ambil cepat. Ini aku dah sampai, dia buat donno je ek...

Aku tanggalkan tali pinggang dan keluar dari kenderaan. "Kenapa tak nak masuk kereta?" Aku pandang Ezra.

"You datang lambat macam kura-kura cacat!"

Aku tepuk kepala sendiri. Kura-kura cacat dipanggilnya aku. "Dah kalau tahu lambat, cepatlah masuk." Geram aku balas kata-kata Ezra.

"Huh! Tolong bawa beg I!" Ezra hulurkan beg.

"Hello, mak cik. Tugas aku untuk hantar dan ambil kau aje. Bukan tukang angkat beg, faham tak? Setakat beg kecik macam tu, takkanlah tak boleh bawa sendiri? Bukannya bagasi!" Separuh sabarku dah hilang.

"Kalau you tak nak ambil beg I, sorry lah I nak balik dengan you. Baik I tidur rumah kawan," kata Ezra selamba.

Bila dia cakap macam tu, terpaksalah aku mengalah dan turunkan ego. Laju aku melangkah ke arah Ezra dan terus ambil beg dari tangannya.

"You ni tak boleh ambil beg elok-elok ke? Kasar betul. Kalau beg tu rosak, I mengadu kat mama. Tengoklah..."

"Ingat aku takut kau nak mengadu?" Aku buka pintu kereta dan terus duduk di tempat pemandu.

Ezra hempas pintu kereta. Kasar dia menarik tali pinggang keledar.

"Hah, kalau pintu kereta aku roboh, tali pinggang keledar tu putus, aku mengadu kat mak aku. Kau tengoklah..." Aku ajuk cara Ezra. Tak ada maknanya aku nak mengadu betul-betul kat mak. Anak lelaki mesti kuat.

"Huh!" Ezra peluk tubuh dan pandang ke luar tingkap kereta.

Aku tersenyum dengan gelagat Ezra. Dah tak ada modal la tu nak lawan bergaduh.

Dalam perjalanan, aku sengaja ajak Ezra berbual dengan topik yang agak sensitif. Saja aku nak balas dendam sebab dia dah kaitkan aku dengan soal teruna. "Kau main gimnastik tu, tak takut hilang dara ke? Terlompat sana, terjatuh sini, melayang ke udara, jatuh tertonggeng. Kalau hilang dara, tak ada siapa nak kahwin dengan kau." Hampir-hampir aku tersembur air liur dengan soalan maut tu. Memang sengaja aku cari gaduh dengan Ezra ke apa?

"Hilang dara bukan satu masalah besar bagi I. Biasalah ahli sukan. You tak perlu sibuklah. Buat aje tugas you hantar I setiap pagi dan jemput I balik. Kalau you lambat lagi esok, I mengadu kat papa."

Aku mencebik. Tadi nak mengadu kat mama dia, sekarang nak mengadu kat papa dia pulak. Taik kucing betul budak ni.

"Tak payah nak ber 'i' 'you' sangatlah. Aku ni abang sepupu kau. Panggil aku Hero."

Ezra menjeling. Dia buat muka nak muntah. "Hero? Euuwww... please la... tak ada ciri-ciri hero langsung. Muka macam pemerah jus epal, perasan je nak suruh I panggil Hero."

Aku geleng kepala. Hairan juga apabila sesekali aku fikir apa punca Ezra benci sangat dengan aku. Muka hensem macam ni dikatanya macam pemerah jus epal? "Apesal kau marah sangat dengan aku ni?"

"Macam mana I tak marah? Ke hulu ke hilir you ikut I, serabut tahu tak?"

"Kau fikir aku nak sangat jaga kau? Kalau bukan sebab mak uda, kau pergi sendiri jelah kat tempat pertandingan tu. Tak ada faedah aku nak layan. Buang masa."

"Heee... you ni memang saja kan, nak buat I sakit hati? Stop kereta sekarang!"

"Stop kereta? Eh, kau dah gila ke? Tadi kau jugak beria-ia nak balik cepat."

"Stoplah!" tengking Ezra betul-betul kat tepi telinga aku.

Mahu tak mahu, terpaksalah aku berhentikan kereta di bahu jalan. Tiba-tiba Ezra ambil beg dan keluar dari kenderaan. Aku panik dan terus sekat laluan dia.

"Ezra, kau nak pergi mana?"

"Jangan kesahlah I nak pergi mana sekalipun. Jaga I ni kan, buang masa you. So, lebih baik I pergi rumah kawan. Tidur kat sana lagi bagus daripada bermalam kat rumah you yang 24 jam asyik nak kontrol I!"

Aku cekak pinggang dan cuba bersabar dengan kerenah Ezra. Dia masih budak dan fikirannya belum matang. Aku sebagai orang yang lebih dewasa, kenalah mengalah. "Okey. Aku minta maaf. Aku tak bermaksud nak cakap macam tu. Jom balik. Tak payahlah tidur rumah kawan." Sengaja aku perlahankan suara sebab nak buat hatinya sejuk sikit.

Ezra diam. Lama dia terkunci mulut. Dia tunduk aje. Langsung tak pandang muka aku. Perlahan-lahan aku ambil beg dari tangannya. "Jom naik kereta."

Ezra langsung tak berganjak. Dia tetap berdiri kaku. Aku curi-curi tengok muka dia dan aku nampak ada air mata yang jatuh ke pipinya.

"Ez..."

Dia tetap diam dan membisu. Hanya esakannya yang halus kedengaran.

"Ez..." Aku goncang bahunya perlahan. Tiba-tiba dia peluk aku. Giliran aku pula terkaku dengan tindakan Ezra.

"Hero..."

Pertama kali dalam sejarah Ezra panggil nama aku. "Kau nangis sebab aku marah ke?"

Ezra geleng kepala.

"Habis tu, kenapa kau nangis?"

"Hero..."

"Ya."

"Penting ke kalau seorang perempuan tu ada dara ke tak?" tanya Ezra dengan soalan yang tak pernah aku jangka akan keluar dari mulutnya.

"Kenapa kau tanya aku soalan macam ni?"

"Please, jawab... I nak tahu. Penting ke?"

"Manalah aku tahu..." Aku longgarkan pelukan Ezra. Tak boleh peluk lama-lama. Bahaya. Dahlah kat tepi jalan. Aduhai...

"You tahu tak... I kena tinggal... Boyfriend I ragu-ragu sama ada I masih ada dara ke tak. Lepas tu, dia nak test. Kalau I masih ada dara, dia nak teruskan hubungan. Kalau sebaliknya, dia terpaksa minta putus," adu Ezra

Aku terkedu mendengar luahan Ezra. Masih ada lagi ke zaman sekarang lelaki pentingkan dara? Apa yang aku cakap pada Ezra tadi cuma gurauan saja. Aku tak bermaksud apa-apa pun. Alih-alih, Ezra mengadu pula pasal boyfriend dia dengan topik yang sama. "Boyfriend kau umur berapa?"

"Sama umur dengan you."

"Dah tu, kau setuju nak serah tubuh kat dia?"

"Sebab I tak setujulah dia tinggalkan I..."

Lorrr... Putus cinta rupanya budak ni. Patutlah angin semacam. "Boyfriend kau tu bodoh, tahu tak? Aku yang sama umur dengan dia, tak ada pun nak pentingkan orang perempuan masih ada dara ke tak. Apa yang aku cakap kat kau tadi, aku tak ada niat apa-apa. Saja nak cari gaduh dengan kau."

"Memang dia bodoh. Dia bukan je bodoh, tapi dia beruk, orang utan, monyet, mawas, cimpanzi!" marah Ezra.

Aku tergelak.

Ezra tumbuk dada aku. "Jangan ketawalah. I serius, tau. Itulah gelaran yang paling sesuai untuk lelaki macam dia."

"Okey, okey... aku tak gelak. Erm... apa yang boleh aku buat untuk kau happy semula?"

"I nak tengok wayang. Boleh you temankan?"

"Bila?"

"Hari ni."

Aduh... Aku dah rancang nak bawa Ivy keluar malam nanti. Aku nak luahkan perasaan kat amoi tu. Macam mana ni? Dahlah Ezra tengah sedih. Dia pun nampaknya dah okey dengan aku.

"Esok boleh tak?"

"Tak nak. Mesti hari ni jugak..." Ezra dah mencebik. Tunggu masa je air matanya akan turun kali kedua. Perangai suka mendesak juga budak ni.

"Esoklah... aku janji esok, okey?" Aku cuba ajak Ezra bertolak ansur. Harap-harap dia setuju.

"Promise?"

"Ya, promise." Aku angkat sebelah tangan.

Balik rumah, aku terus WhatsApp Ivy. Perkara ni tak boleh ditunggu-tunggu lagi. Aku mesti cepat.

'Malam ni saya nak ajak awak keluar. Pukul 8 malam awak siap tau.'

'Okey. Saya tunggu depan rumah.'

Aku urut dada. Lega apabila Ivy setuju keluar dengan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience