Bab 3

Short Story Series 2426

“WEH, meja penuhlah, Faz. Kita nak makan dekat mana? Bukan ke waktu persekolahan dah habis tapi kenapa ramai pula orang?” soal Baheera kebingungan.

Pelik.

Selalunya bila waktu petang, tak ramai yang akan makan di kantin. Waktu sesi persekolahan dah tamat kan? Mestilah balik rumah makan apa yang emak masak. Tapi bila dilihat kuantiti pelajar yang sedang santai menghirup kuah mee kuah yang di masak oleh makcik kantin, timbul rasa ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya.

Lancang mulut Fazrina bertanya.

“Weh, korang semua yang tengah makan. Aku nak tanya. Ada event apa yang ramai sangat menyemak dekat kantin ni? Bukan ke korang rasa makan sampah ke selama ni? Ni kenapa pula telan?” tanya Fazrina sambil menghentakkan kakinya biar semua memandangnya. Menarik perhatian lah katakan.

Selama ini, semua pelajar golongan anak Dato' dan Tan Sri jarang menjejakkan kaki di kantin. Walaupun sekolah menengah itu sekolah swasta dan bukan calang-calang orang yang mampu menuntut ilmu di situ, kantin sekolah itu tidak menarik perhatian mereka. Mereka merasakan kantin sekolah itu 'low standard'.

Fazrina dengan bahasa kasarnya tidak dapat dipisahkan.

“Apa kau ni? Cakap banyak pula. Orang belanja kut. Takkan nak tolak? Kalau kau nak tahu Hazel si cantik jelita tu belanja,” balas rakan sekelasnya, Adam yang menunding jari telunjuk ke arah Hazel yang sedang minum air milo ais.

Hazel yang perasan dirinya menjadi tumpuan mengibas rambutnya ala-ala model tengah catwalk di khalayak ramai.

“Ceh, perasan je lebih. Muka macam tepung gomak, ada hati nak tayang muka hodoh dia. Kononnya natural beauty. Pigida!” Fazrina menjeling tajam ke arah Hazel.

“Diam lah kau, Faz. Nanti Hazel cakar muka kau dengan kuku tajam dia, tak pasal-pasal berjangkit perangai gedik dia dekat kau. Cik ponti versi baru is Faz, guys. Hahaha!” balas Baheera.

“Shhh, diam manusia berjerawat!” semua pelajar di kantin menunjukkan isyarat tanda suruh diam kepada Baheera.

“Kenapa korang selalu tak puas hati dengan jerawat Heera? Kau orang ingat muka yang berjerawat tak cantik bila dipandang? Siapa cakap?”

“Kita orang yang cakap. Jangan cakap pandang, nak sebut pun kami jijik, tahu tak?” ucap seorang lelaki dari kelas lain.

Baheera tahu dia seorang saja manusia yang mempunyai jerawat terbanyak di sekolah itu. Mukanya tidak terlalu teruk tapi hanya penuh dengan benjolan jerawat batu saja. Bukannya dia tidak pernah terfikir untuk merawat dan memakai set penjagaan muka, dia mampu untuk membeli. Tapi, dia tidak mahu membazir wang dengan membeli kosmetik yang harganya cekik darah. Ada baiknya duit itu diberikan kepada fakir miskin atau sesiapa saja yang ada di kaki lima.

“Kenapa kau selalu bela perempuan talam dua muka ni? Faz, kau bukannya tak cantik. Cantik tau tapi sayang kau tersalah pilih kawan. Kau tak layak kawan dengan manusia yang tidak mempunyai rupa dan sanggup khianat kau dalam diam.” Hazel datang dekat pada Fazrina yang masih tercengang. Khianat apa yang Hazel maksudkan?

“Talam dua muka? Cakap belakang apa kau ni? Gila?” Fazrina membalas.

“Kau tak tahu ke manusia hodoh ni sedang memperbodohkan kau?”

Fazrina membatu.

“Apa?” soal Fazrina.

Hazel mengambil telefon pintarnya dari kocek bajunya. Jari telunjuk Hazel tidak berhenti gerak di atas skrin telefon itu.

“Kau dengar ni!” Lalu disuakan telefon itu ke telinga Fazrina.

‘Apa pendapat kau tentang Faz?’

‘Pendapat apa yang kau maksudkan?’

Ya, suara kedua itu adalah suara Baheera.

Tetapi mengapa suara yang pertama itu suara Hazel. Tak silap, masa itu dia berborak dengan Adam dan pada masa itu, Adam menanyakan pendapat tentang Hazel bukannya Fazrina. Tetapi mengapa rakaman suara itu seperti telah dipotong dan ditokok tambah?

“Eh, Adam! Ni bukan ke yang kita borak tu? Kenapa ada suara Hazel?” Baheera menyoal lelaki itu. Adam hanya tersenyum sinis.

Rakaman suara itu masih terpasang. Dan yang paling memalukan, Hazel meletakkan satu pembesar suara atau speaker dan suaranya bergema di dalam kantin itu.

Dugaan apakah ini?

‘Ya la, muka dia macam mana? Perangai dia?’

‘Ooo.... Muka dia macam hantu kak Limah. Ada eyebag, muka tak ada lah cantik mana. Biasa je bagi aku. Yang paling teruk, dia boleh pakai bedak berlapis-lapis datang sekolah. Kau rasa bila dia buang bedak tu, apa yang kau nampak dulu?’

‘Nampak apa?’

‘Nambak kulat tengah menari-nari dalam lubang pori dia yang dah macam loji kumbahan. Yang aku tak boleh blah dia boleh pula tayang lurah dia sana-sini. Perangai macam perempuan low class tak bermaruah. Bukannya aku tak pernah nampak dia pergi kelab malam pakai baju tak cukup kain. Ada je tangan-tangan miang raba dia tapi dia buat derk je.’

Baheera tahu kata-katanya agak keterlaluan kerana pada masa itu dia terlalu tertekan dan selepas itu, dia mulai sedar kesalahannya. Dia tidak layak untuk menghina manusia.

Fazrina memandang tajam ke arah Baheera.

“Sampai hati kau menganjing aku, Heera? Tak cukup ke apa yang aku bagi kau selama ni? Tak cukup? Aku percayakan kau lebih daripada famili aku tapi kau mengata belakang aku? Kau cakap aku perempuan tak bermaruah? Sial lah kau!” Fazrina memaki hamun.

“Hazel tipu Faz. Aku tak pernah menganjing kau. Tak pernah. Sumpah demi Allah, Faz.”

“Rakaman suara tu apa? Kau nak cakap saka kau yang cakap? Sudahlah, aku penat jadi kawan kau selama ni. Orang mengata pasal kau tapi aku still lagi nak berkawan dengan kau. Menyesal aku berkawan dengan orang hodoh! Perangai pun macam syaitan! Mak bapak kau memang tak pandai didik anak!”

Pang!

“Aku tak peduli kalau kau nak hina aku tapi sekarang kau dah hina mak bapak aku. Kau silap banyak curahkan minyak ke api yang makin membara.”

“Aku benci kau sangat-sangat! Dasar hodoh tak kenang budi!”

“Muka kalau dah buruk, pasti dalaman pun kotor. Ada hati nak berkawan dengan orang cantik lagikan hati bersih. Pergi balik rumah buruk kau tu, tolong tengok cermin! Kalau sengkek sangat, cermin pun tak ada, tu cermin van jenazah ada. Jerawat banyak, tak pasal-pasal mati tak sempat nak bertaubat sebab asyik picit jerawat!” herdik Hazel.

Fazrina mengambil mangkuk mee kuah lalu di tuangkan ke atas kepala Baheera. Sekelip mata kepala Baheera penuh dengan mee dan kuah yang berminyak itu.

“Sampai hati kau, Faz. Isk...isk...” Baheera menangis di situ.

Fazrina memandang pelajar lain dan menyuruh lakukan sesuatu dengan arahan mata.

Bunyi kerusi ditolak ke belakang.

Seorang pelajar perempuan India menapak ke arah Baheera sambil memegang mangkuk mi kuah. Sampai saja di hadapan Baheera, pelajar itu menuang mi itu di atas kepala Baheera. Kali kedua dia diperlakukan begitu.

Sekali lagi bunyi kerusi ditolak.

Baheera tahu, Fazrina menyuruh mereka. Seorang demi seorang datang kepadanya. Entah kali ke berapa, mangkuk yang dipenuhi mi dituang ke atas kepalanya. Kepalanya terlalu penuh dengan mi sampaikan terjuntai di dahinya. Tersedu-sedan Baheera menahan diri daripada menangis.

Baheera berlari ke tandas. Yang lain mentertawakannya.

Dia sanggup percayakan manusia yang selama ini membenci aku kerana kekurangan aku. Sampaikan aku yang dia kenal hampir 20 tahun sanggup dibenci, diherdik, dihina oleh dirinya sendiri. Dan yang paling teruk aku ditinggalkan. Bisik hati Baheera.

Sejak peristiwa itu, Fazrina dan Baheera tidak bertegur sapa lagi. Kini Fazrina sudah menjadi geng minah diva itu, iaitu Hazel. Fazrina sudah berubah seratus peratus. Dulunya, tidak suka merendahkan diri orang lain, kini dengan senang hatinya menghina, mencaci golongan yang tidak setaraf dengan dia. Itulah, salah pilih kawan seperti Hazel. Sanggup menghasut Fazrina sehingga Fazrina semakin membenci Baheera. Apa yang Baheera boleh lakukan? Yang dia tahu, sabar saja selagi mampu.

Umur Baheera sudah menjangkau angka 25 pada tahun ini. Dia teringat kisahnya dengan Fazrina. Bila dikenang balik, itu semua kenangan pahit dalam hubungan persahabatan. Mukanya sudah licin dan bersih dari jerawat. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Fazrina pula melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hubungan mereka kembali rapat setelah sekian lama berperang mulut dan menyakiti hati masing-masing. Satu saja peringatan buat dirinya yang Baheera sentiasa ingat.

Jangan percayakan orang lain lebih daripada diri sendiri. Kita tak tahu isi hati seseorang. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Di mana pun kita berada, kita perlu berhati-hati kerana tak semua orang suka dengan kita. Ada saja perkara yang menyebabkan timbul perasaan iri hati dan dengki. Harap-harap kita semua dijauhkan daripada perasaan itu dan daripada perbuatan yang mampu menyakiti hati orang lain termasuk diri sendiri.

Hanya satu saja yang masih melekat di hati Baheera iaitu parut yang dulunya LUKA.


- Tamat -

Hi Assalamualaikum. This is my short story. Kalau ada typo, kesalahan tatabahasa di mana-mana bahagian, tolong tegur ya. Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience