Bab 1

Short Story Series 2426

MALAM yang hening sentiasa bertemankan tangisan hati Aura Baheera. Air mata sudah tidak mampu mengalir. Ini bukan kali ke berapa puluh dia menangis, tapi mungkin beratus atau berjuta? Baheera atau dikenali sebagai Heera sudah lelah untuk mengalirkan air mata. Baginya sakit didada tidak akan terubat. Matanya yang akan lebih sakit dan sembap.

“Ibu, Heera rindu ibu. Kenapa ibu tinggalkan Heera? Orang dekat sini jahat. Mereka selalu membuli Heera. Heera pergi sekolah untuk belajar bukan cari musuh, ibu. Heera penat jadi hamba abdi mereka. Jika Heera tidak lakukan semua itu, Heera akan diugut. Heera takut!”

Baheera merintih kesakitan memohon pertolongan dari-Nya supaya sakit didada berkurangan. Kepalanya sudah diserang migrain, kaki dan tangannya sudah kesejukan lalu menggigil. Baheera tahu dia berada dalam keadaan yang tidak stabil, lebih-lebih lagi penyakit Anxiety Disorder menyerangnya. Kadangkala dadanya seperti mahu meletup. Baheera mahu menjerit tetapi jeritan itu hanya mampu di dalam hati. Tidak terluah dari mulutnya.

Hati ini selalu disakiti penghuni bumi. Takut dan gelisah menghantui diri. Bila Anxiety menyerangku, usah dikata hati, mental turut didera tanpa henti. Bisik hati Baheera.

“Heera rindu ibu,” ucapnya perih sambil mengusap bingkai gambar wanita yang menjadi semangatnya untuk terus hidup.

“Heera rindu...”

Baheera memeluk erat bingkai gambar itu. Dibawa ke dada mencari sisa kekuatan agar dia lebih tenang. Tapi hampanya, Baheera semakin tidak keruan apabila kerongkongnya seakan ada sesuatu yang menyekat laluan pernafasan itu.

“Ah!”

Baheera kelam kabut seketika mengawal keadaan dan emosinya.

“Allah! Allah!”

Hembus dan tarik nafas. Berulang kali dia melakukan begitu. Akhirnya, semuanya kembali ke keadaan asal.

“Ya Allah, peritnya kehidupan aku. Aku tidak mampu lagi untuk hidup bersama makhluk ciptaan mu yang lain. Mereka menzalimi aku. Aku dan mereka ialah manusia tetapi kerana mereka melayan aku bukan seperti manusia?” rintih Baheera.

Adakah cara untuk meredakan sakit kehilangan orang yang tersayang? Baheera tahu ada, iaitu doa. Tapi, dengan siapa dia mahu meminjam bahu sedangkan hidupnya tidak lagi berteman dengan bebelan istimewa itu. Dengan siapa lagi dia mahu berkongsi kebahagiaan sedangkan manusia itu sudah pergi. Ingatannya kembali mengimbau kenangan pahit zaman kanak-kanaknya. Kembali meniti di bibir perkataan ayah. Gelaran yang pantas digelar untuk ketua keluarga.

“Ayah tak sayang Heera. Sampai sekarang dia tak munculkan diri. Heera selalu tertanya-tanya. Heera bukan anak dia ke, ibu? Kenapa dia tak jenguk Heera dari Heera masih bayi? Kalau betul ayah sayang Heera, masih anggap kewujudan Heera ialah nyata, mesti sekarang dia ada bersama Heera, ibu. Tapi kenapa sekarang dan dulu masih kekal sama? Ayah masih tidak ada disisi Heera.”

“Ibu, tolonglah muncul dalam hidup Heera walaupun sekejap. Tidak kisahlah beberapa saat sekalipun, asalkan ibu ada dengan Heera. Heera tak nak hidup seorang diri dalam dunia ini.”

Heera menyapu air mata yang tidak disangkakan akhirnya mengalir juga.

“Heera sayang. Sayang, mari sini.”

Adakah dia bermimpi? Suara yang sudah lama dia tidak dengari kembali kedengaran. Mustahillah orang yang sudah mati hidup kembali.

“Heera, ibu datang ni. Pandanglah belakang, sayang.” Suara itu tidak berhenti memujuk.

Baheera yang sedang duduk di meja belajar memusingkan tubuhnya ke belakang.

“Ibu! Isk...isk...”

Baheera memeluk tubuh dan mencium pipi wanita itu. Dia mengucup lembut dahi dan tangan yang dibawa ke mulut.

“Ibu, kenapa tinggal Heera. Heera tak nak hidup lagi. Heera nak ikut ibu.”

“Heera, jangan menangis. Nanti mata Heera dah tak cantik. Kalau Heera sayang ibu, Heera jangan menangis, nak.”

“Memang Heera tak pernah cantik, ibu. Semua orang caci Heera. Mereka kata Heera tak setanding dan sekaya mereka. Heera tak layak jadi kawan mereka, ibu. Muka Heera buruk penuh jerawat. Semua orang jijik dengan Heera. Kenapa nasib Heera teruk?” Baheera menyembunyikan wajahnya disebalik baju putih si pemakai yang sudah basah lencun.

“Heera, kita hidup bukan untuk dipuji. Kita hidup untuk diri sendiri, keluarga dan Ilahi. Kenapa Heera perlu menyoal ketentuan Allah? Semuanya sudah tertulis, sayang.”

“ Ingat pesan ibu, sayang. Jika diri kita dibuang, direndahkan dan diperbodohkan, bawa diri jauh daripada mereka. Bukan kerana kita lemah disebabkan perbuatan mereka tapi untuk elak diri dari menyimpan dendam. Dendam yang makin membara tidak akan menjamin kebahagiaan, Heera.”

“Ibu pergi dulu, sayang. Jaga diri Heera seperti ibu menjaga Heera. Belai rambut Heera dan anggaplah tangan ibu sedang membelai rambut Heera walaupun itu tangan Heera. Heera pewaris ibu. Nyawa ibu dunia akhirat. Jadilah gadis yang baik, sayang. Peliharalah aurat dan akhlak Heera. Sayang anak ibu, Aura Baheera. Selamat tinggal, sayang.”

“Ibu!”

Bayangan itu hilang disebalik dinding simen itu.

“Ibu! Sekali lagi ibu tinggalkan Heera! Allahu, aku tak kuat!”

Tubuh Baheera bergetaran menahan esakan. Dibawa kakinya rapat ke tubuh.

Ingat pesan ibu, sayang. Jika diri kita dibuang, direndahkan, dan diperbodohkan, bawa diri jauh dari mereka.

Kata-kata itu terngiang di telinganya.

“Terima kasih ibu muncul walaupun sekejap. Terima kasih Allah. Heera akan ingat pesan ibu tapi Heera tak janji Heera mampu jadi sekuat ibu.”

Malamnya terisi penuh dengan kekuatan dan semangat. Baheera kembali tenang dan reda dengan ketentuan Allah. Dia harus terima qada dan qadar.

Kebahagiaan itu akan dia kejar tapi tidak akan alpa dengan nikmat sementara itu. Yang sementara boleh dinikmati tanpa bermimpi lagi tapi jangan biar ia mengawal diri sehingga hati mati. Biar hidup dalam kesusahan tapi jangan hidup dalam kekayaan yang bukan seutuhnya milik kita. Biar kekayaan itu diiringi dengan keikhlasan dan keredhaan Allah.

Hi Assalamualaikum. This is my short story. Kalau ada typo, salah tatabahasa di mana-mana bahagian, tolong tegur ya. Terima kasih >_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience