Completed
1588
“Sebenarnya...... Tania dah balik ke sini.... ” Kata puan Adriana.
“Apa?! Kenapa awak tak beritahu saya?! ” Balas Puan Aminah. Itu adalah anaknya yang ditunggu tunggu olehnya! Kenapa perlu disorokan sebegitu?! (Marah)
“Aik, kenapa tu? ”Raisya yang terlihat percakapan itu tertanya tanya apa yang sudah berlaku.
“Tania yang suruh saya sorokan ini daripada awak....” Balas puan Adriana.
“Habistu! Mana dia sekarang nie!! ”Soal Puan Aminah sambil menjegilkan matanya kepada Puan Adriana
“Dia keluar, Katanya nak ambil angin....”
Balas Puan Adriana.Takut juga dia apabila melihat Puan Aminah menjegilkan mata kepadanya.
“Awak jemputlah makan dahulu...Kalau nak marah selalunya orang makan.... Awak makanlah ya... Raisya! Marilah makan sama sama! ”Sambungnya lagi. Ada nada seperti mahu memujuk.
Beberapa Minit Kemudian....
“Assalamualaikum....”
Sedang sibuk Puan Aminah,Puan Adriana serta Raisya makan,Tiba tiba ada orang memanggil salam.
“Waalaikummusalam...”
Lantas itu, Puan Aminah dan Puan Adriana menjawab. Manakala Raisya hanyalah menjawab dalam hati. Mereka kemudianya menoleh.
“Tania!! ”
Akibat terkejut melihat Tania, Puan Aminah yang sedang makan lantas berdiri dan menuju ke arah Tania.Lalu memeluknya
“Ibu...”
Tania juga membalas pelukkan Ibunya.Manakala Raisya hanya duduk di kerusi. Riak wajahnya juga kelihatan terkejut.
Apakah yang akan terjadi seterusnya?!
Share this novel