Bab 5 'Tania'

Drama Completed 1588

Raisya terkejut tatkala melihat kakaknya sudah jatuh terbaring di atas tanah. Orang ramai yang melihat kejadian itu menolong Raisya.

-------

“Macam mana boleh jadi macam ni??! ”

Soal Puan Aminah.

“Tak.... Raisya tak tahu.....”

Balas Raisya. Nadanya seperti mahu menangis. Risau jikalau apa apa perkara buruk terjadi kepada kakaknya.Puan Aminah juga begitu.

Beberapa minit kemudian.....

Seorang jururawat datang menuju ke arah Puan Aminah dan Raisya.

“Siapa ibu bapa pesakit kepada Tania batrisya Binti Razali? ”

Soal jururawat itu.

“ Saya ibu pesakit! ”

Balas puan Aminah sambil mengangkat tangannya.

“Sila ikut saya berjumpa dengan doktor.”

-------

Sebaik sahaja Puan Aminah memasuki bilik doktor tersebut, Terlihat ada seorang wanita senyum kearahnya.

“Itu pasti doktornya.. ”

Bisik Puan Aminah dalam hati. Dia tahu, pasti ada benda yang kurang baik akan diberitahu dari doktor itu. Tak kisahlah baik atau buruk, Apapun dia harus tetap menerimanya.

“Sila duduk... ”

Doktor itu menyuruh Puan Aminah untuk duduk dahulu.

“Seperti yang Puan tahu, Tania sememangnya mempunyai Kanser Usus tahap 4 dan....Kami dapat melihat yang kuman di dalam badan Tania merebak dengan cepat.... ”

Terang doktor itu.

“Jadi macam mana sekarang ni doktor? Sudah tidak adakah cara untuk merawat dia? ”

Soal Puan Aminah secara risau.

“Kemungkinan besar memang dah tak ada. Tania sudah banyak kali melalui pelbagai rawatan....Dan kemungkinan besar....Dia dah tak lama lagi di dunia ini... ”

Terang doktor itu lagi.Puan Aminah yang terkejut mendengar penjelasan doktor itu menekup mulutnya sambil menitiskan air mata.

----------

“Alaaaa... Kakak makanlah sikit, Nanti barulah cepat sihat!”

Kata Raisya kepada Tania. Tania yang kurang berselera pada hari itu dipaksa makan bubur oleh adiknya.

“Ya, kejaplah.Dalam mulut kakak pun tak habis lagi....Nanti kalau kakak muntah macam mana? ”

Balas Tania.Sengaja mahu bergurau senda dengan adiknya, kerana dia merasa, Hidupnya mungkin sudah tidak lama lagi....

“Kakak muntah sajalah! Adik tak kisah pun! ”

Kata Raisya riang.

Disamping itu, Puan Aminah yang melihat kejadian antara dua beradik itu terasa bahagia.

Malamnya....

“Malam ni Raisya teman kakak tidur ya... ”

Kata Raisya kepada Tania. Puan Aminah pula kini tidur di atas sofa hospital.

“Baiklah”

Tania menjawab singkat. Kemudian tersenyum melihat adiknya.

Pada malam itu, mereka semua tidur nyenyak, Masing masing sudah mendapat kebahagiaan.

keesokan harinya....

Raisya bangun pagi itu untuk solat subuh setelah dikejutkan oleh Puan Aminah. Kemudia, Dia mengejutkan kakaknya pula.

“Kakak... Kakak...”

“.....................”

Langsung tidak ada apa apa respon daripada kakaknya. Kemudian dia memberitahu Puan Aminah yang kakaknya tidak bangun. Puan Aminah kemudiannya mengejutkan Tania lagi.

“Tania..Bangun solat subuh dulu.. ”

Kata Puan Aminah. Tetapi juga tiada respon dari Tania. Puan Aminah yang tirut risau langsung terus memeriksa adakah masih ada denyutan nadi di lehernya.

“.............”

Sah! Sudah tiada nadi !

Puan Aminah yang terkejut akan kejadian itu terus memanggil jururawat dan doktor.

Raisya yang baru sahaja selesai mengambil wudhuk terkejut apabila puan Aminah memanggil jururawat dan doktor.
Lalu dia menyoal,

“Kenapa ibu?! ”

“Kakak! ”

Doktor dsn jururawat sampai ke dalam wad.Sebaik sahaja sampai, Doktor memeriksa nadi Tania.Apabila tiada sebarang denyutan, Akhirnya doktor mengesahkan

“Maaf Puan, Tapi anak Puan sudah tiada lagi... ”

Mandengar ucapan doktor tersebut, Puan Aminah langsung menekup mulut dan menangis.Raisya juga begitu.

-----------

Pada hari sabtu, Tania sudah dimakamkan. K-elihatan hanya Raisya yang berada di pusara milik kakaknya.

“Raisya, mari balik..”

Ajak Puan Aminah.

“Ibu baliklah dulu.. Nanti Raisya balik... ”0

Balas Raisya. Sambil melihat pusara milik kakaknya.

“Kakak... Tak sangka kakak akan pergi dengan cepat.... Kita baru sahaja berbaik... Adik minta maaf jikalau adik pernah sakiti kakak.... Kakak tenanglah ya... ”

Raisya akhirnya mengakhiri ucapannya. Walaupun tanpa kakaknya, Di masih boleh berbahagia dengan siapa siapa sahaja. Terutama sekali adalah dengan Puan Aminah.


Tamat ~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience