Bab 4 'Maafkan aku... '

Drama Completed 1588

Raisya yang terkejut dengan kedatangan kakaknya secara tiba tiba berdiri dan berlari keluar daripada rumah Puan Adriana.

Tania yang melihat kejadian itu mengejar adiknya. Dia merasakan bahawa Raisya amat marah kepadanya.

“Raisya! Raisya! Tunggu dulu! biar kakak jelaskan!” Kata Tania sambil berlari mengejar adiknya. 3 Tahun bukannya sebentar sahaja, Tetapi itu agak lama bagi 2 orang adik beradik yang menyayangi satu sama lain.

Bagi Raisya, Penantian adalah satu penyiksaan. Akhirnya kerana sudah lama menunngu kakaknya yang tidak pulang itu,Dia mula perlahan lahan membenci kakaknya. Adakah wajar tindakannya itu??!!

“Raisya! Tunggu kakak! ”Sambung Tania lagi.

Raisya tiba tiba berhenti, Dan akhirnya bersuara

“Kau! Kakak aku?! Selepas bertahun tahun kau tinggalkan aku! Sekarang kau mengaku yang kau tu kakak aku! ”

Marah Raisya. Dia sepertinya tidak mahu mendengar apa yang mahu Tania sampaikan.

“ Kakak minta maaf Raisya, Apa yang kakak buat ni bersebab! ”

Balas Tania kerana mahu mempertahankan hubungan mereka dan dirinya.

“Sebab apa?! Sebab kau memang tak anggap aku sebagai adik kau lagi kan ?!”

Marah Raisya lagi.

“Raisya! Sebenarnya kakak sakit Raisya! Kakak perlu ke Kuala Lumpur sebab nak rawat penyakit kakak! Lagipula kakak belajar dekat sana!”

Terang Tania. Kalau nak tunggu sampai adiknya betul betul tenang memang sampai ke esok pun tak akan!

“Apa?! ”Soal Raisya terkejut.

-----

“Raisya macam mana? sihat? ”Soal Tania.

Setelah 5 minit mereka berdiam diri. Akhirnya Tania menjadi orang yang pertama berbicara. Kalau tadi duduk di Tepi jalan, Kini Tania mengajak Raisya ke taman untuk berbual.

“Sihat.... Kakak kata kakak sakit.... Kakak sakit apa ya sebenarnya? ”Soal Raisya. Hatinya kita berasa tenag sedikit.

“Cancer usus....”

Balas Tania.

“Tahap berapa sekarang ni...?! ”Soal Raisya.Dia sebenarnya berasa agak terkejut.

“Tahap 4,Kakak mungkin dah tak lama dah... ” Balas Tania. Suaranya mula kedengaran serak.

“Apa yang kakak kata ni?! kenapa kakak kata macam tu?! ”Raisya memarahi kakaknya kerana berkata demikian. Baginya, Hilang buat sementara tidak mengapa lagi. Tetapi kalau hilang buat selama lamanya rasanya dia tidak sanggup.

“Raisya, Yang hidup pasti akan mati....”Balas Tania mengingati adiknya tentang hidup dan mati.

“Jomlah kita balik! Kita sambung berbual dirumah ya!”

Sambung Tania lagi.

Sewaktu mereka mahu bergerak keluar daripada taman, Tania tiba tiba berasa seperti mahu pitam!

“Kakak! ”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience