BAB 3

Horror & Thriller Completed 4239

‘’Tak boleh jadi! Aku tak boleh berputus asa kanga da yang melepas! Ya aku akan plan benda lain! Teruskan usahamu!’’ bisiknya dalam hati.

Malam itu, sekali lagi Rayyan mengajak Rania keluar untuk menemaninya makan malam. Seperti biasa, Rania hanya menerima pelawaan Rayyan dan bersiap-siap untuk keluar. Lama juga mereka tidak keluar bersama sejak Rayyan sibuk dengan projek perumahan yang akan didirikan di Tampoi itu.

“Hai, sayang dekat mana ni? Dah siap ke belum?” soal Rayyan bertubi-tubi sebaik sahaja Rania menjawab panggilannya.

Rania tergelak kecil. Rayyan memang begitu. Suka benar menanyakan beberapa soalan dalam satu masa. Mujur dia sudah terbiasa begitu. Jadi, dia akan spontan menjawab satu-persatu pertanyaan Rayyan.

“Rania ada dalam bilik. Dah siap dah ni. Rayyan dah ada dekat bawah ke?” ujar Rania seraya mengintai disebalik langsir bilik tidurnya. Kelihatan kereta Perdana V6 bewarna silver sudah parkir di hadapan pintu rumahnya. Susuk tubuh seorang lelaki yang sasa dengan sedikit janggut menghiasi dagunya dapat dilihat sedang bersandar di kereta itu.

Rayyan dapat melihat langsir yang menutupi tingkap Rania terselak. Dia tahu pasti Rania sedang mengintainya daripada bilik. Rayyan tesenyum sendiri. Tangan yang tadinya memegang sesuatu disembunyikan di belakang badannya.

“Ada dah. Turunlah. Ingat Rayyan tak nampaklah Rania tengok daripada celah langsir tu,” ujar Rayyan dengan tawa. Rania juga ketawa lalu memutuskan talian. Sandal bertumit tiga inci itu disarungkan ke kaki. Pantas, tangannya mencapai tombol pintu dan membukanya. Setelah memastikan pintu rumahnya berkunci, Rania bergerak ke arah pagar. Rayyan sudah menanti dengan senyuman.

“Cantik,” komen Rayyan sepatah setelah Rania berdiri betul-betul di hadapannya.

“Untuk buah hati Rayyan yang cantik malam ini,” ujar Rayyan seraya memberi sebuah jambangan bunga ros merah kepada Rania. Rania menerima jambangan bunga itu dengan senyuman yang mekar di bibirnya. Dicium bau bunga itu yang benar-benar wangi. Rayyan hanya melihat buah hatinya itu dengan perasaan senang.

“Kalau Rania tak cantik, tak dapat bunga ke?” soal Rania sebaik sahaja pintu kereta ditutup. Rayyan hanya mencuri-curi memandang wajah Rania di sebelah. Jika Rania tidak cantik pun dia tetap akan memberikan bunga itu. Dia mencintai Rania bukan kerana kecantikkannya tetapi kerana dia cintakan gadis itu semenjak mereka di zaman sekolah lagi. Namun dia akui, kini, setelah mereka dewasa, Rania semakin cantik. Lagi-lagi malam ini. Dengan berpakaian dress labuh bewarna hitam berlabuci silver, Rania kelihatan sangat cantik. Rambutnya yang panjang itu disanggul kemas di kepala makin menambahkan kecantikan Rania.

“Kalau Rania tak cantik pun, bukan sahaja bunga, tapi Rayyan akan bagi Rania hati Rayyan tau,” ujar Rayyan bersungguh-sungguh.

Mendengar jawapan Rayyan tadi, Rania hanya mencebirkan bibirnya.

“Yalah tu,” ujar Rania sekadar mengusik. Dia tahu Rayyan amat mencintainya. Jika tidak, masakan lelaki itu sanggup menggertak mana-mana sahaja lelaki yang cuba mendekati dirinya. Kadang-kadang Rania sendiri rimas dengan Rayyan. Kerana terlampau cintakan Rania, Rayyan agak mengongkong hidupnya. Lelaki itu terlalu cemburu. Hal itu yang amat dirisaukan.

Kereta terus meluncur laju membawa Rania dan Rayyan ke tujuan mereka pada malam itu. Masing-masing diam melayan perasaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience