BAB 1

Horror & Thriller Completed 4239

Kriuk Kriuk bunyi kunyahan dari mulutnya. Buah epal merah ranggup itu digigit lagi dengan rakus. Kali ini rasa marahnya benar-benar dilepaskan pada sebiji epal merah itu. Cebisan epal yang masuk ke rongga mulutnya dikunyah kasar dan laju agar epal itu lebih lumat untuk memudahkan ia melalui esofagusnya. Sesekali bibirnya yang merekah itu tergigit hingga berdarah

Paras rupa wanita dalam foto yang tergantung di dinding bilik direnung tajam. Pantas, pisau yang tadinya digunakan untuk mengupas kulit epal dicapai. Ringan sahaja tangannya melontarkan pisau itu dan pisau itu tepat mengenai hidung Rania. Diambil semula pisau tersebut dan sekali lagi dia melontarkan semula pisau itu dan kali ini sasaran mengena tepat ke dada Rania.

Helaan nafasnya yang semakin menggila cuba diredakan. Rayyan berjalan mundar-mandir. Cintanya hanya untuk Rania. Dan cinta Rania hanya untuk dirinya, Rayyan. Hanya Rayyan. Tidak boleh ada nama insan lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience