BAB 9

Romance Series 3650

"Assalamualaikum, saya doctor Rohaizat."

"Waalaikumussalam. Saya Mika, suami Wardina." Aku tergamam.

Tangan aku sejuk. Lutut aku longgar. Dada aku naik turun macam tak cukup
oksigen.

"Erm.. So macam mana dengan keadaan isteri encik dua tiga hari ni?"

"Macam nilah doc , masih tak sedar. Saya dah tak larat nak menunggu.
Saya redha dengan apa yang dah jadi." Aku senyum nipis. Tahan air mata
dari keluar. Aku tunduk sekejap untuk redakan diri aku. Tarik nafas
sedalam mungkin sebelum sambung cakap.

"Banyakkan bersabar. Maaf kalau saya bertanya, saya baru dapat kes ni,
macam mana kemalangan tu berlaku? Encik terlibat sama ke?"

"Isteri saya dalam perjalanan nak ambil anak kami di sekolah, entah
macam mana ada lori rempuh dari tepi, kereta yang dia bawak terbabas
then terbalik. Saya waktu tu dekat pejabat." Aku angguk.

Anak?

Kau balik Malaysia atas alasan keluarga. Tinggalkan aku, dan bina
keluarga kau? Apa yang kau cuba buktikan kat aku Wardina?

"Anak encik macam mana? Dia okay?" Aku tanya sekadar nak ambil tahu.

"Dia masih trauma, taknak makan. Nakkan ummi dia." Ya Allah. Berapa lama
hati ni boleh bertahan?

"Takpelah kalau macam tu, saya harap encik banyakkan bersabar,
inshaAllah puan Wardina akan sedar jugak atas doa encik sekeluarga." Aku
salam dengan dia, terus keluar. Dekat luar, aku bersandar dekat dinding.

Isteri? Ummi?

Ya Allah. 4 tahun. 4 tahun kau ambik dia dari aku, sekarang kau hantar
aku pada dia, untuk rawat dia? Pada saat aku kena rawat dia, dia toreh
hati aku perlahan lahan tanpa dia sedar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience