BAB 12

Romance Series 3650

"Rohaizat?" Mama Wardina baru sedar aku dekat situ. Aku tak expect dia
masih cam aku. Waktu dia sebut nama aku, terus ayah dia pusing menghadap
aku. Aku salam ayah dia dengan suami Wardina yang tengah duduk.

"Selama ni Rohaizat ke yang rawat Wardina?" Ayah dia tanya aku. Aku tarik
nafas dalam dalam.

"Bukan, sebelum ni doctor Hafeez, tapi dia ada hal, so kes Wardina,
haizat yang handle. Dah seminggu dah haizat cuba rawat dia, maafkan
haizat, haizat dah baut yang terbaik untuk dia." Aku tunduk.

"Bukan salah kamu. Dah ajal dia." Mama dia bersuara dalam tangis.

"Maafkan pakcik Rohaizat. Pakcik pisahkan kamu dan Wardina secara tiba
–tiba. Pakcik da...."

"Pakcik, saya nak kena dapatkan report untuk Wardina. Harap pakcik
sekeluarga dapat bersabar dengan dugaan ni. Saya mintak maaf, saya tak
dapat nak selamatkan nyawa anak pakcik, semuanya ketentuan Ilahi. Saya
akan maklumkan pada pakcik tentang pengurusan jenazah Wardina. Sekali
lagi, saya ucap takziah. Assalamualaikum." Aku capai tangan ayah dia,
salam. Cium tangan dia. Benda yang sama aku buat pada mama Wardina. Aku
pandang sekilas wajah terkilan suami Wardina sebelum aku keluar dari wad tu.

Kau yang terakhir buat aku Wardina, untuk suami kau. Kau jugak yang
terakhir untuk diri kau sendiri. Kau hilang dari aku, lama. Aku
ditemukan dengan kau lagi, dan untuk kesekian kalinya aku kehilanganmu. Barangkali di dunia ini kita tidak ditakdirkan bersama, Wardina aku sering mengimpikan untuk mendendangkan kau lagu-lagu cinta kegemaran mu yang sering ku dengar setiap kali kita bertemu, kau akan menyanyi sepenuh jiwa mu seolah aku tidak wujud di hadapanmu dan aku gembira melihatnya. Aku sering berangan untuk memetik gitar dan mendendangkan kau lagu-lagu itu buat kejutan kerana ku tahu betapa kau menyukai lirik dan melodinya, namun sayang aku tidak berkesempatan. Aku tidak akan putus mendoakan agar kau ditempatkan dikalangan mereka yang beriman, mulai dari saat ini terus menghadiahkan bacaan kalimah-kalimah suci untukmu sebagai rendisi lagu cintaku untukmu. Wardina, damailah dikau di sana sayangku…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience