Inspektor Ariana mengerut dahinya.Sukar dibayangkan suasana disini.Ariana merupakan salah seorang anggota polis yang begitu terkenal di ibukota kerana berjaya menyelesaikan beberapa kes pembunuhan berprofile tinggi dan beberapa kes yang rumit.Kejayaannya menumpaskan kartel dadah terbesar di negara ini adalah antara pencapaian terbaik sepanjang kariernya.
Ariana berjalan di sekeliling kawasan rumah dan melihat keadaan di sekitar situ.Bahagian ruang tamu agak selerak.Mungkin mangsa kelam kabut untuk menyelamatkan diri sebelum dibunuh.Matanya begitu teliti memerhati setiap objek pada setiap sudut rumah tersebut yang mungkin dapat membantunya dalam menyelesaikan kes berkenaan.
Sikap Ariana yang selalu memerhati semua objek di sekeliling tempat kejadian dan ditambah pula dengan daya pemikiran yang tajam sering membantunya menyelesaikan setiap kes yang diberikan kepadanya.
Ini adalah kes ketiga membabitkan rogol dan bunuh.Sasaran penjenayah,artis wanita di dalam industri hiburan tanah air.Kes ini menyebabkan industri hiburan tanah air kecoh dan gempar.
Kes yang ketiga ini pastilah akan lebih menggemparkan lagi kerana sehingga kini pembunuh masih bebas dan pelbagai pihak mula mempersoalkan kewibawaan pihak polis dalam menanganinya.
"Koperal Hashim," Ariana memanggil seorang anggota polis yang sedang memeriksa mayat Marshila.Koperal Hashim antara orang kepercayaan Ariana walaupun baru beberapa bulan ditukarkan ke unitnya tetapi cekap dan rajin dalam menunaikan tanggungjawabnya jika diarahkan.
Si Koperal Hashim,berumur lingkungan lewat 50an,menghampiri waktu persaraan.Lekuk wajahnya nyata dan jelas dimakan usia.Garis-garis penuaan jelas terukir diwajahnya namun kudratnya masih gagah dan sentiasa komited pada perkhidmatan.
Orangnya sederhana tinggi,berkulit gelap,walaupun garis kedutan terserlah diwajahnya namun urat dilengan masih jelas terlihat.Masih tampak gagah.Rambut dan misainya nipis tetapi dilitupi uban-uban yang halus.
Susuk tubuh Koperal Hashim masih lagi tegar dan tegap walaupun menginjak waktu persaraan,beliau tetap rajin dan gigih bekerja dalam bidang yang diminatinya sejak dari awal perkhidmatan ini.
Walaupun masih baru bekerja dibawah Ariana,namun Koperal Hashim cepat menyesuaikan diri dengan corak kerja yang dikehendaki oleh Ariana.
Perlahan Koperal Hashim yang menyedari dirinya dipanggil terus bingkas bangun dan menghampiri Ariana yang sedang berdiri berdekatan situ.
"Ya, Puan. Ada apa, Puan?" jawab si Koperal Hashim selepas memberi tabik hormat.
"Beritahu saya semua maklumat yang awak dapat setakat ni," pinta Ariana.
Koperal Hashim pun menyeluk kocek baju.Dikeluarkan semula buku catatannya yang digunakan untuk menulis segala maklumat yang diperolehinya setakat ini.
"Dari laporan awal terdapat kesan pada badan mangsa,disyaki mangsa dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh..namun tiada tanda pencerobohan pada pintu masuk atau tingkap.Teori awal mungkin suspek dijemput masuk oleh mangsa,mungkin kenalan.Saya syak suspek adalah antara kenalan rapat." ujar Koperal Hashim.
"Kamu ada nama suspek yang disyaki?" soal Ariana.
"Puan, setakat ni kita tidak mempunyai apa-apa maklumat yang boleh membantu kita secara terus dalam menjejaki suspek. Apa yang kita ada cuma perkataan yang terukir pada tangan mangsa,mangsa sebelum ini tiada tanda seperti ini,Puan" jelas si Koperal Hashim .
"Terukir pada tangan?" soal Ariana kerana bingung dengan apa yang diperjelaskan kepadanya.
"Ya, Puan. Kami dapati terdapat kesan ukiran tulisan pada tangan kanan mangsa, atau lebih tepat lagi kulit mangsa telah disiat," jelas si Koperal Hashim lagi.
Mendengarkan penjelasan pembantunya itu, Ariana berasa sedikit terkejut kerana tidak pernah lagi beliau berhadapan dengan kes pembunuhan yang mana pembunuhnya meninggalkan kesan atau mesej di tempat kejadian.
Namun, mesej itu harus Ariana tafsirkan nanti.Ada sesuatu disitu.
"Apa perkataannya?" tanya Ariana sambil matanya merenung mayat Marshila yang masih terbaring di situ.
"Err... perkataannya tertulis ialah 'Mr.T''," jawab si Koperal Hashim.
"Mr. T? Itu saja perkataannya?" soal Ariana kehairanan.
"Ya, Puan. Itu je" jawab Koperal Hashim
Ariana mengangguk perlahan.
"Kalau macam tu tak apalah. Kamu dan anggota yang lain boleh teruskan siasatan. Jangan lupa ikut mayat mangsa ni ke hospital untuk dibedah siasat secepat mungkin.Kita perlukan laporan forensik segera.." ujar Ariana.
"Satu lagi,keluarga mangsa mahu segera mayat dikebumikan.Awak tolong yang mana patut. Family mereka dah desak nak kebumikan mangsa segera " jelas Ariana mengeluarkan arahannya.
"Baiklah, Puan," kata si Koperal Hashim sambil membuat tabik hormat.
Ariana pun melangkah keluar dari rumah tersebut. Sebaik sahaja dia keluar daripada pita amaran 'Garisan Polis', dirinya terus dikerumuni dengan pihak media yang setia menunggunya di situ untuk Ariana memberi sedikit ulasan mengenai kes berkenaan.
"Puan, boleh tolong jelaskan serba sedikit mengenai kes pembunuhan ini," pinta seorang wartawan mewakili mereka yang lain.
"Buat masa sekarang pihak polis tidak mempunyai apa-apa maklumat yang khusus dalam menjejaki suspek. Memandangkan kes ini masih lagi dalam proses siasatan, saya tidak ada maklumat yang banyak untuk diberitahu kepada pihak media.Sekiranya pihak kami mendapat petunjuk terbaru mengenai kes ini, anda semua akan dimaklumkan mengenai perkara tersebut. Buat masa sekarang, itu sahaja kenyataan yang saya boleh berikan," jelas Ariana dan terus mengangkat kaki untuk beredar dari situ.
Pada ketika itu, terdapat beberapa orang wartawan yang masih lagi ingin bertanyakan beberapa soalan kepada Ariana, tetapi tidak dihiraukan segala pertanyaan tersebut dan kakinya dihayun melangkah pergi.
Namun tanpa Ariana sedari, salah seorang daripada kumpulan manusia yang hadir pada hari itu adalah suspek yang telah membunuh Marshila. Si pembunuh telah menyamar sebagai salah seorang wartawan disitu.
Wajahnya sinis tersenyum melihat Ariana.Dirinya yakin mustahil untuk disyaki dan tuhuannya menghadiri sidang media tersebut mahu mengetahui perkembangan siasatan polis mengenai kes yang telah dicipta oleh dirinya sendiri.
Si pembunuh masih lagi tersenyum sinis sambil memerhati Ariana yang sedang melangkah keluar dari tempat kejadian. Setelah itu, dia terus berlalu dan meninggalkan kerumunan manusia tersebut.Bijak sungguh dia menyamar!
Ariana merasakan adalah lebih baik untuk dia pulang ke pejabat dan menyelesaikan tugasannya berbanding menjawab soalan yang dia sendiri tidak tahu akan jawapannya.
Lebih kurang 30 minit selepas itu, kereta polis yang dinaiki oleh Ariana bertolak dari tempat kejadian dan diekori oleh sebuah van ambulans yang membawa mayat Marshila.
Ahli keluarga Marshila turut mengekori van tersebut kerana mereka telah diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian.
Ahli keluarga Marshila telah dimaklumkan bahawa mereka dibenarkan untuk menuntut jenazah setelah mayat Marshila selesai post mortem.Pihak hospital akan memandikan dan mengkapankan jenazah sebaik sahaja pihak forensik selesai menjalankan bedah siasat terhadap mayat tersebut.
Suasana di hospital agak padat dengan orang awam,dan beberapa kenalan Marshila juga telah tiba.
Sementara menunggu hasil laporan bedah siasat mayat Marshila,Ariana bertemu dengan pengurusnya yang mengekori jenazah.Ariana bertanya kepada pengurus Marshila,dikenali Anita kerana dia merupakan orang terakhir yang berhubung dengan Marshila sebelum pelakon wanita itu dibunuh.
"Boleh saya tahu, kenapa awak call Marshila pada pagi tu?" tanya Ariana sambil diperhatikan oleh seorang anggota polis yang bertanggungjawab mencatat semua yang keluar daripada mulut Anita, iaitu si Koperal Hashim.
"Pagi tu saya call dia sebab dia dah terlambat nak datang ke lokasi shooting," jawab Anita ringkas.
Tangan si Koperal Hashim pantas mencatat apa yang diperkatakan oleh pengurus muda itu.
"Dia terlambat? Bukan ke sepatutnya awak datang ke rumah dia terlebih dahulu sebelum awak pergi ke lokasi penggambaran. Yalah, kan kebanyakan pengurus artis akan buat macam tu," soal Ariana lagi.
"Pada kebiasaan, memang saya selalu datang ke rumah Marshila dulu sebelum bertolak pergi ke lokasi penggambaran bersama-sama.Tapi, pada malam sebelum kejadian, dia call dan minta saya untuk terus pergi ke lokasi penggambaran tanpa perlu saya datang ke rumah dia. Sebab itulah saya tak singgah ke rumah dia pagi tu," jelas Anita lagi.
Si Koperal Hashim dan Ariana menganggukkan kepala dengan penjelasan tersebut.
"Ada dia cakap pada awak kenapa dia minta awak untuk terus pergi ke lokasi penggambaran tanpa perlu awak datang ke rumah dia?" tanya Ariana lagi.
"Dia tak cakaplah pulak, Puan," jawab Anita ringkas.
Si Koperal Hashim terus menyalin semua perkara yang disebutkan oleh Anita. Pada masa yang sama, Ariana masih bertanyakan soalan dan Anita pula hanya memberi kerjasama baik dengan menjawab soalan-soalan yang diajukan kepadanya.
"Dalam log panggilan yang ada dalam telefon bimbit mangsa, awak merupakan orang terakhir yang membuat panggilan telefon kepada mangsa pagi tu. Boleh awak jelaskan, apa yang awak bualkan dengan mangsa pada masa tu?" tanya Ariana lagi.
"Macam yang saya cakap tadi, saya call dia pagi tu sebab dia dah lambat ke lokasi. Saya yang kejutkan dia daripada tidur pada pagi tu. Saya minta dia untuk cepat bersiap dan datang ke lokasi penggambaran sebab semua krew dah tunggu dia. Dia just jawab OK.OK.Itulah last panggilan saya kepada dia " jelas Anita.
"Tak lama selepas tu, saya terima satu mesej bergambar daripada telefon Marshila sendiri. Bila saya buka mesej tu, saya ternampak gambar mayat Terus saya call Marshila dan dijawab seorang lelaki.Lelaki itu cuma kata "mampus",ketawa dan panggilan dimatikan. Selepas daripada tu, saya terus membuat laporan polis di balai polis yang berdekatan. Setakat tu sajalah yang saya tahu," jelas Anita dengan panjang lebar.
Ariana meneliti setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Anita dengan begitu teliti kerana dia tidak mahu terlepas sebarang maklumat penting yang mungkin dapat membantunya dalam menyelesaikan kes pembunuhan itu.
Si Koperal Hashim yang berada di situ masih menyalin setiap maklumat penting yang diperoleh daripada kenyataan Anita.
"Cik Anita, kami ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana cik sudi memberikan kerjasama," ucap Ariana dan bersalam dengan Anita.
"Sama-sama. Saya memang nak beri kerjasama dan berharap sangat pembunuh segera diberkas, Puan," balas Anita berhemah.
"Yes.We try our best.Kalau macam tu tak apalah, Cik Anita boleh pergi sekarang," ujar Ariana sambil tersenyum.
"Baiklah, saya minta diri dulu," kata Anita sambil mengambil beg tangannya dan terus berlalu dari situ.
Ariana hanya memerhati setiap langkah Anita yang sedang berjalan keluar daripada hospital tersebut sambil pemikirannya melayang kerana memikirkan sesuatu.
Si Koperal Hashim pula hanya berdiri di samping Ariana sambil membaca catatannya.
"Puan, macam mana dengan kenyataan Cik Anita tadi?" tanya si Koperal Hashim.
Ariana mendiamkan diri buat seketika.
"Kenyataan dia memang panjang lebar. Tapi, tak banyak membantu dalam siasatan kita untuk kes ni," balas Ariana.
"Eh, takkanlah tak banyak membantu? Bukan main panjang lagi Cik Anita beri kenyataan tadi. Takkan sikit aje maklumat yang berguna?" tanya si Koperal Hashim kebingungan sambil menggaru-garu kepalanya.
"Yalah, cuba awak fikir. Dalam kenyataan dia yang panjang lebar tu, cuma satu aje maklumat penting yang saya dapat, iaitu pembunuh tu seorang lelaki. Itu saja" jelas Ariana yang ada logiknya.
"Betul jugak tu. Jadi, apa kita nak buat sekarang, Puan?" balas si Koperal Hashim sambil bertanya lagi.
Ariana mendiamkan diri buat seketika untuk memikirkan langkah seterusnya dalam penyelesaian kes pembunuhan kejam tersebut. Si Koperal Hashim pula hanya berdiri di samping Ariana memandangkan wanita itu lebih berpengalaman dalam hal sedemikian.
Koperal Hashim merasakan pengalaman yang ada pada dirinya yang dalam dunia penyiasatan polis lebih banyak berguna setelah ditukarkan ke unit ini.
"Kita balik ke balai dululah," kata Ariana.
"Puan tak nak tanya apa-apa pada ahli keluarga mangsa? Mungkin mereka dapat membantu kita," si Koperal Hashim memberi cadangan.
"Tak, kita akan tanya mereka lain kali. Sekarang ni semua ahli keluarga mangsa tengah bersedih, takkan saya nak jumpa mereka dan tanya macam-macam soalan. Saya rasa mereka takkan dapat beri kerjasama kerana sedih dan sibuk dengan urusan pengebumian jenazah. Betul tak?" Ariana memberi jawapan yang sangat relevan.
"Hmm... betul jugak. Kalau macam tu, lebih baik kita balik ke balai dulu," ajak si Koperal Hashim pula.
"Kita pergi ke bilik bedah siasat tu dulu.Saya nak dapatkan full forensic report.Lepas tu, baru kita balik ke balai," balas Ariana.
"Baiklah, Puan." Koperal Hashim mengangguk.
Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke bilik bedah siasat. Apabila sampai di depan pintu bilik tersebut, hanya Ariana yang masuk ke dalam, sementara si Koperal Hashim pula hanya menunggu di luar kerana diarah untuk berbuat demikian oleh Ariana.
"Puan Inspektor, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya salah seorang doktor bedah yang berada di dalam bilik tersebut.
"Macam mana doktor" soal Ariana.
"Mangsa mati akibat pendarahan teruk pada banyak organ dalaman.Kejam.." jawab doktor itu.
Ariana terdiam
"Boleh tak nanti awak tolong hantar laporan lengkap mengenai bedah siasat mangsa kepada saya? Saya nak secepat mungkin," pinta Ariana.
"Boleh, Puan. Saya akan siapkan laporan tu dan terus hantar kepada Puan secepat mungkin," jawab doktor tersebut.
"Hmm...Okeylah. Saya pergi dulu. Terima kasih," ucap Ariana.
"Sama-sama, Puan." balas doktor itu.
Ariana pun keluar dari bilik bedah siasat tersebut dan mengajak si Koperal Hashim untuk pulang ke balai polis.Mereka akan menjalankan siasatan selanjutnya mengenai kes pembunuhan kejam terhadap pelakon wanita terkenal, Marshila setelah mendapat maklumat yang cukup.
Apabila sampai di parkir kereta, Ariana dan si Koperal Hashim pun masuk ke dalam kereta polis dan terus beredar dari situ. Sepanjang perjalanan, mereka berdua berbual sesama sendiri mengenai kes yang menjadi liputan hangat pihak media pada ketika itu.
"Puan, saya nak tanya sikit, boleh?" kata si Koperal Hashim yang sedang memandu kereta.
"Awak nak tanya apa?" Ariana berbalas pertanyaan.
"Hmm... Apa yang saya nak tanya ni bukan bermaksud nak mempertikaikan kredibiliti Puan. Saya cuma nak tahu. Agak-agak tuan, Puan dapat selesaikan tak kes pembunuhan ni?" tanya si Koperal Hashim.
Ariana tergelak kecil.
"Soalan ni memang mempertikaikan kredibiliti saya," kata Ariana.
"Saya tanya aje, Puan," balas si Koperal Hashim tersengih-sengih.
Pada ketika itu, Ariana mendiamkan diri buat seketika sebelum beliau menjawab pertanyaan si Koperal Hashim.
"Insya-ALLAH saya akan dapat selesaikan kes ni. Cuma, kes ni berbeza sedikit dengan kes-kes yang pernah saya selesaikan sebelum ni," jawab Ariana.
"Berbeza? Apa yang berbeza?" tanya si Koperal Hashim kerana bingung.
Ariana terdiam lagi.
"Bagi saya, kes ni memang agak berbeza berbanding dengan kes pembunuhan yang pernah saya sebelum ni. Sebab, 2 kes yang sama sebelum ni tak pernah lagi saya jumpa penjenayah tinggalkan kesan di tempat kejadian. Tapi, kali ni penjenayah tu tinggalkan satu perkataan yang ditulis dengan menyiat kulit tangan mangsa.Ditandanya.Bagi saya, kes ni memang mencabar dan cuba bermain teka-teki dengan pihak polis," jelas Ariana.
Koperal Hashim mendiamkan diri sambil menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan kata-kata Ariana. Ini juga merupakan kali pertama dia berhadapan dengan kes sedemikian sepanjang kariernya sebagai anggota polis.
Sekalipun dia hanya berpangkat 'Koperal ', dia juga banyak mengikuti Ariana ke mana sahaja apabila berlakunya kes pembunuhan.
Si Koperal Hashim juga mengakui bahawa kes yang diterimanya pada kali ini memang sangat-sangat berbeza.
Apabila kereta yang dipandu telah memasuki ke dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Bukit Damai, Koperal Hashim terus memandu perlahan kereta tersebut dan diletakkan di petak parkir kereta yang telah disediakan.
Kemudian, Ariana dan si Koperal Hashim terus keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam pejabat polis tersebut. Mereka berdua berjalan menuju ke bilik Ariana untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai kes pembunuhan kejam yang terjadi kepada pelakon wanita popular, Marshila.
Share this novel