Chapter 3

Fanfiction - KPOP Series 1971

"Saya dah balik," ucapku sambil letak kasut dekat rak. Sudah memang adat begitu, setiap kali masuk rumah kena bagitahu–'saya dah balik' atau 'saya dah sampai'.

"Kamu dah makan, So Yeon? nak omma siapkan makanan?!" laung omma di dapur. Sesekali terdengar periuk dan sudip berlaga, tanda omma tengah sibuk memasak.

"Kejap lagi lah." Aku bermalas-malasan di sofa bagi menghilangkn lelah mengayuh basikal dari sekolah.

"Okey! Nanti nak makan bagi tahu ya!"

"Ya omma!!"

'Ah penatnya!' keluh aku dalam hati. Remote di atas meja dicapai lalu ditekan punat 'on'. Tv terbuka memaparkan siaran memasak, agaknya omma yang baru menontonnya. Aku menukar siaran, mencari channel kesukaan.

"So Yeon! macam mana sekolah hari nie?" Soal omma ketika dia sedang mengelap meja.

Ala omma nie! Tanya pasal hal sekolah la pulak. Tak ada soalan lain ke? Tanya la aku belajar apa kat kelas tadi ke, aku makan apa masa rehat tadi, tak pun tanya kenapa aku comel sangat hari ni. Okey mengarut.

Aku dah lah baru je nk lupakan hal yang berlaku di sekolah tadi, boleh pulak omma ingatkan balik! Tapi itu lah nak salahkan omma pun tak boleh, dah memang tugas dia nak selalu tanya hal sekolah bila aku balik.

"Okey je!" Disebabkan tak nak omma risau dan tanya dengan lebih lanjut, aku hanya memberi jawapan seperti sedia kala. Lagi pula, bukan hal besar pun. Aku je yang terlebih sensitif. Hmm...

"Omma! mana appa?" soal aku kemudian selepas tidak nampak langsung kelibat appa. Selalunya appa akan ada kat beranda, membaca surat khabar atau buku. Itulah hobi appa bila ada masa terluang. Appa kata baca buku ni dapat meluaskan ilmu pengetahuan.

"Appa pergi jumpa kawan dia. Petang baru balik. Kenapa?"

"Ouh! Saja tanya. Rindulah pulak rasanya," ujar aku manja.

"Macam-macamlah kamu ni." Omma tergelak kecil. Pelik barangkali dengan jawapan aku.

"Omma, So Yeon masuk bilik dulu lah ye," pamit aku seraya berdiri. Malas nak tonton tv, citer yg membosankan je ada. Tidur lagi best. Dah terbayang katil aku tu. Hahaha..

Omma hanya mengangguk, tanda dengar apa yang aku bagitahu.

***

Bile masuk bilik, terus aku baring atas katil. Mata aku terkebil-kebil menatap shilling rumah yang berwarna putih. Tadi rasa mengantuk nak tidur, tapi alih-alih sekarang rasa tak nak pulak! Kalih kanan, kiri still tak boleh lelap jugak!

Aku melilau mata ke segenap bilik. Bilik dihiasi dengan warna purple, warna kegemaran aku. Warna yang lembut dan tenang. Tapi entah kenapa aku pulak yang sekarang rasa tak selesa.

Sambil baring, aku terimbau kembali kejadian di library sekolah tadi. Hae Young tu ingat dia bagus sangat? Cantik sangat? Tapi memang ya pun, Ah! tak kisah la semua tu tapi yang aku kisahkan sekarang, Jinyoung tu.

Apa hubungan diorang? aku cuba perah otak memikir tapi makin fikir, makin fikir, makin buat aku benci dan meluat!!

Ah! Bencinya aku bila teringat kejadian tadi! Aku lantas menutup muka dengan bantal seraya meniarap.

Malas lah nak fikir! Tidur lagi bagus.

***

"Omma, So Yeon keluar jap," beritahu aku kepada omma sambil tuntun basikal keluar dari garaj.

"Ha! nak pergi mana tu?"
tanya omma tanpa berkalih dari menyiram bunga-bunga kesayangannya.

"Nak jumpa Min Ah sekejap!"

"Bawak basikal elok-elok! Jangan balik lewat. Ingat tu"

"Beres boss!" balas aku sambil mula mengayuh.

***

Di taman

Selepas meletakkan basikal di tepi pokok, aku duduk di bangku yang disediakan. Menghirup udara yg segar time petang. Memang best lepak kat taman petang-petang macam ni. Sunyi, tenang dan damai. Sesuai untuk beriadah atau berehat sambil menghilangkan stress.

"Mana pulak Min Ah ni?" gumam aku sambil menilik jam di pergelangan tangan. Sudah sepuluh minit lewat. Nak kata rumah jauh, memang tak lah. Rumah dia dekat je dengan kawasan taman ni. Rumah aku yang jauh ada la.

"So Yeon!!" Dari jauh aku dah nampak kelibat Min Ah. Suara dia memang kuat. Aku kat sini pun boleh dengar.

"Ha asal lambat?!" Aku terus soal Min Ah, bila dia sampai kat tempat aku duduk.

"Ala lek la! Aku baru lewat 10 minit. Ni semua salah kau jugak, " ujar Min Ah.

Ewah-ewah minah ni! Dia yang lewat aku pulak yang dipersalahkan. Apa kes!

"Asal pulak salah aku?!" tempelak aku geram.

"Ye lah salah kau! Yang kau gi telefon time aku tengah dating tu apasal?! Payah tau aku nk explain kat Jaebum," ujar Min Ah. Aku perasan dalam suara Min Ah tu, terselit rasa tak puas hati dan rasa kecik hati dengan apa yang aku cakap tadi. Mungkin.

"Ala... Sorry lah, sorry ae!!" pujuk aku sambil peluk lengan Min Ah sambil buat muka cute. Tergelak Min Ah dengan reaksi aku tu. Aku pun tergelak sama.

Yes! Min Ah dah tak merajuk. Senang je nak pujuk dia. Haha

"Tapi kau untung lah kan ada orang suka kau," celah aku tiba-tiba dengan suara sayu tambah jelouse. Raut muka pula sudah sedih semacam.

"Kenapa ni? Ada apa-apa jadi ke?" tanya Min Min Ah prihatin.

"Entahlah... Aku rasa nak buang je perasan aku kat Jinyoung," ujar aku sambil tundukkan kepala dan bermain dengan jari. Daun yang berguguran jadi santapan mata.

"Kenapa tiba-tiba cakap macam ni? Cuba kau citer kat aku." Jelas terkejut suara Min Ah. Ya lah tak ada angin, tak ada ribut, tetiba benda ni keluar.

"Tadi kat sekolah... bukan kat library sekolah. Aku ternampak Hae Young dengan Jinyoung tapi bukan diorang jelah kat situ, ada geng Hae Young sekali. Tapi... Aku tengok cara Jinyoung berbual dengan Hae Young mcm rapat, mesra. Macam mana ya aku nak explain, diorang nampak macam... macam.. couple... ha! Macam couple! aku tak suka diorang rapat!"

Aku dah meraung dekat situ. Tak kisahlah ada orang pandang ke tak!

Terdiam Min Ah lepas dengar cerita aku. Mungkin sedang analisis apa yang aku baru je bagitahu dia tadi.

"Jadi disebabkan tu, kau nak buang rasa sayang kau kat Jinyoung? Kau terlebih jeles kot."

Aku pandang Min Ah geram. Aih, sempat lagi sindir aku.

"Okeylah! Katakan lah diorang ade hubungan atau nampak mesra or rapat, what everlah. Takkan kau nak buang perasaan kau yang dah tujuh tahun kau pendam. Nak buang macam tu je, kau boleh ke buang perasan tu?

Aku geleng kepala, memberi jawapan. Min Ah petik jari. "Dah tu, kau kena lah pikir positive sikit."

"Tapi aku rasa Jinyoung tak ada perasaan kat aku pun. Aku bertepuk sebelah tangan." Aku mencelah dengan mimik muka sedih

"Dia ada perasaan kat kau atau tak, itu tak penting" Aku pandang Min Ah pelik.

"Yang penting ade lah perasaan kau"

Perasaan aku?

"Takkan kau nak putus asa macam tu je. Kau pun tak pasti lagi kan apa hubungan Jinyoung dengan Hae Young. Macam mana kalau diorang tak ada apa-apa hubungan. Kau jugak yang rugi."

Aku mengangguk, betul jugak cakap Min Ah!

Min Ah diam seketika, seolah sedang berfikir. "Apa kata, Kau cuba lah tackle dia, cuba rapat dengan dia. Jangan rasa rendah diri. Kawan aku ni kan cantik!"

Aku tersenyum kelat. Tackle Jinyoung? Oh no, nak tackle si beku ais tu? Jalan ke? Muka aku dah pucat. Tu baru fikir je, tak buat lagi.

"Aku nak pesan jangan cepat sangat putus asa! mana So Yeon yang aku kenal dulu? Yang tak kenal erti putus asa. Yang bila jatuh, dia cepat bangun semula. Yang sentiasa berusaha untuk dapat apa yang dia nak."

Ya! Aku tak boleh putus asa. Akhirnya senyuman mula terukir di wajah aku.

"Ha, macam tu lah. Dah jangan sedih-sedih lagi. Tak comel dah kawan aku ni," usik Min Ah sambil peluk aku.

"Thanks Min Ah!" ucap aku sambil membalas pelukan Min Ah. Sedikit lega mendengar kata-katanya tadi.

"Sama-sama. Kau kena berusaha dapatkan cinta Jinyoung. Kalau kau dah penat kejar cinta dia, datang kat aku. Aku ni kawan kau sampai bila-bila. Ingat tu!"

"Ya...." balas aku sambil tersenyum. Lega dah aku. Lepas ni tak payah fikir dah. Min Ah, kau mmg BFF aku. Sayang kau Min Ah.

Mulai esok, aku akan cuba rapat dengan Jinyoung. Jadi kawan pun tak apa. Lepas tu baru, kita pergi ke step seterusnya....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience