Chapter 1

Fanfiction - KPOP Series 1971

Kringgg!!

Selimut ditarik menutupi seluruh badan, dari kepala sampai kaki. Bantal di sisi diambil dan ditekupkan ke telinga, mengahalang bingitnya jam loceng yang berbunyi. Tangan menggagau mencari jam loceng untuk ditutup.

Uh! Malasnya nak bangun.

"So Yeon, bangun! Nak pergi sekolah dah ni! Nanti kamu lewat lagi!"

Telinga dipekakkan. Suara omma yang sudah tiga kali memanggil, aku hiraukan. Rasa malas la pulak nak pergi sekolah. Mata kembali dipejamkan. Bestnya tidur!

"Ish, budak! Orang suruh bangun boleh pulak dia sambung tidur! Bangun So Yeon!" rungut Puan Kim. Digoncang bahunya anaknya itu bangun tapi masih sama, tetap juga seperti tadi. Tak berkutik langsung! Nak kena ni!

Lantas tanpa membuang masa, tangannya naik memulas telinga anak daranya itu. Terdengar rengekan kesakitan. Tahu pun sakit! Liat sangat nak bangun.

"Auch! Omma sakitlah!" rungutku sambil bangun duduk di atas katil. Mukaku cemberut dengan tangan naik mengusap telinga yang terasa perit.

"Tahu pun sakit. Omma suruh bangun buat tak endah lagi. Cepat siap, nanti lewat. Lepas tu turun makan."

Puan Kim berlalu ke arah pintu. Sempat dia berpaling ke arah aku dan memberi pesanan penaja. "Jangan nak sambung tidur balik! Omma siram kamu dengan air pulak kalau kamu tak turun lagi!"

Aku hanya mengangguk akur. Tak nak la kena siram. Mahunya nanti aku kena mandi atas katil! Aku lantas bangun mengemas katil. Semua bantal disusun dengan rapi. Tuala di ampaian dicapai dan berlalu ke bilik air.

***

Rambut yang panjang paras pinggang disisir rapi. Pin berbentuk bunga dikepitkan di atas kepala. Hari ini rambut digayakan bebas.

Uniform sekolah yang cantik tersarung dibetulkan. Jam di atas meja solek dipakai di pergelangan tangan. Perfume jenama 'playgirl' dicapai dan disembur sedikit ke seluruh badan.

Oh ye! Aku belum kenalkan diri bukan? Okey, nama aku So Yeon. Umur aku 17 tahun, tahun akhir persekolahan. Aku belajar di King Welton Highschool, Seoul. Sekolah yang boleh dikira berprestij tinggi di kawasan bandar. Bukan senang nak masuk sekolah tu tau.

Aku yang masuk ni pun sudah dikira bernasib baik. Result menengah rendah pun cukup-cukup lepas je. Aku pergi ke sekolah pula dengan berbasikal. Agak jauh juga dari rumah, kira-kira 15 minit perjalanan tapi aku lebih gemar mengayuh basikal, boleh memerhati pemandangan kota raya Seoul.

***

Kerusi meja makan ditarik lalu duduk dilabuhkan. Aku memerhati sarapan yang disediakan omma di atas meja. Wah sedapnya! Daripada atas sudah boleh terbau masakan omma. Memang terbaik!

"Appa mana?" tanyaku kepada omma yang sedang membasuh pinggan. Kimbap disaluti telur kuning, aku kunyah perlahan. Hanya aku seorang yang menjamu selera kerana aku adalah anak tunggal. Dan pastinya omma sudah bersarapan dengan appa.

"Appa kamu dah ke pejabat pagi lagi. Ada hal katanya."

"Ouh." Mulutku membentuk huruf 'o' .

"Cepat makan! Dah pukul berapa dah ni!"

***

Di sekolah

Aku menyanyi kecil sambil berjalan menuju ke kelas 5A2. Kelas kedua dalam tingkatan lima. Walaupun kelas kedua, prestasi pelajarnya dalam pembelajaran setanding dengan kelas 5A1.

Tengah syok-syok aku menyanyi boleh pula tetiba terlanggar orang. Badan yang aku langgar lebih besar dariku, menyebabkan aku jatuh terduduk. Dah macam nangka busuk rupa aku sekarang. Sangat memalukan.

'Adoi!! sakitnya punggung' rungutku dalam hati. Hati mendidih menahan marah. Siapa yang langgar aku ni? Tak nampak orang ke? Mata letak mana masa berjalan? Sakit pulak hati den ni!

"Are you okey?"

Satu suara maskulin bertanya. Badannya dibongkok sambil tangan menanggal earphone dari telinga. Dipandang wajah gadis yang terlindung dibalik rambutnya yang panjang.

Aku mendongak ke atas untuk melihat gerangan yang bertanya. Muka aku jelas terkejut bila mata bertembung dengan mata yang redup itu, yang serasa sejak tadi memandang.

Alamak! Jinyoung la. Aku menelan air liur. Aku yang tadi nak marah pun tak jadi lepas tengok muka dia yang hensem itu even tanpa secalit pun senyum yang terukir di wajah dia.

"Yes, I'm okay!" jawabku sambil bangun dengan lagak ayunya. Rambut yang sedikit serabai dek terjatuh tadi dibetulkan. Wajah Jinyoung tidak lepas dari pandangan aku. Secalit senyuman diberikan.

"Okey then," balas Jinyoung lantas berlalu pergi.

Dia blah macam itu aje? Itu je dia jawab? Aku terlopong tidak percaya. Bukan mahu meminta maaf. Mahu berbual dengan aku apatah lagi! Kau tak payah berangan la So Yeon. Dia kenal kau pun tak! Ada hati nak berbual! Huh!

Tak apalah! Dapat cakap dengan Jinyoung sekejap pun jadi la. Lagi-lagi dapat dengar suara dia yang sangat la susah nak keluar, bagai ada emas sahaja dalam mulut. Nampaknya malam ini termimpi-mimpikan Jinyoung lah.

Aku terus berjalan ke kelas dengan senyuman sampai telinga. Bunga-bunga hati rasanya. My first conversation dengan Jiinyoung, walaupun pendek tapi still bermakna buat aku.

Dan tanpa aku sedar itu lah permulaannya. Permulaan kisah antara aku dan Mr.Iceberg.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience