Chapter 4

Fanfiction - KPOP Series 1971

"Good morning," ucap aku riang sambil mencium pipi omma dan appa. Duduk dilabuhkan di hadapan omma. Appa pula duduk dipenjuru meja.

"So Yeon, nampak gembira hari nie!" ujar appa

"So Yeon gembira hari-hari lah appa! Kenapa sebelum nie So Yeon monyok je lah?!" ujar aku manja. Dalam manja tu terselit jugak nada merajuk.

"Abang nie! Tengok dah merajuk dah anak tunggal kite!" celah omma sebelum sempat appa bersuara. Appa hanya tergelak apabila diasak oleh kedua-dua wanita kesayangannya.

"Bukanlah... hari nie So Yeon nampak terlebih happy! Ade apa-apa ke?!" soal appa dalam tawa yang masih bersisa.

"Dahlah jangan merajuk lg, kan dah tak cantik anak perempuan appa ni," sambung appa sebelum sempat aku nak jawab.

Sempat appa cuit hidung aku sambil tersenyum. Aku pun turut tersenyum. Suka bila dimanjakan macam tu. Lagi-lagi bila appa selalu sibuk kebelakangan ni. Biasalah aku kan anak tunggal.

"Tak de pape pun appa. Saja bersemangat nak ke sekolah." Soalan appa yang belum terjawab, aku jawab setelah lama berdiam diri.

"Aik! Lain mcm je ni..." balas omma setelah mendengar jawpan aku. Sedikit mengusik wajah omma.

"Mana ade!" jawab aku dengan muncung di bibir.

"Sudah, jom breakfast! Nanti lambat nak ke sekolah pula!" celah appa.

Aku hanya mengangguk sambil tangan mula mencapai roti dan jam strawberry

***

Bersemangat aku nak pergi sekolah hari ni sebab masalah semalam aku dah lupakan selepas mendengar nasihat Min Ah.

"Morning Min Ah!" Riang aku melembai kepada Min Ah selepas ternampak kelibatnya di pintu masuk sekolah. Kami parking basikal bersama-sama di tempat letak basikal yang disediakan.

"Hoi! Happy semacam je? Semalam bukan main lagi sedih, berdramalah... ape lah," ujar Min Ah dengan muka toya. Sempat lagi tu dia perli aku. Sabar je lah.

"Disebabkan mood aku baik hari ni, aku lepaskan kau!" balas aku sambil tersenyum. Tak apa, mana boleh marahkan orang yang dah tolong aku.

"Kau nie kenapa?! Seram sejuk pulak aku tengok perangai kau... tersenyum-senyum. Kau demam ke? Tak pun kau dah...!" kata Min Ah dengan muka curious dia tu. Tapi dalam masa yang sama tangannya naik memusingkan jari telunjuk di kepala. Aku dah pandang semacam. Ha!! Aku baru faham.

"Kau nk cakap aku gila ke apa?!" jerit aku dengan muka menaham geram.

Min Ah hanya gelak. Kurang asam punya kawan!

"Sorry la," mohon Min Ah namun still juga tayang muka tak bersalah.

"Aku tak terasa pun. Dah la, jom masuk kelas. Nanti kena marah kat Cikgu Sun Woo pulak," balas aku sambil membayangkn muka bengis Cikgu disiplin yang digeruni majoriti pelajar King Welton Highschool.

Min Ah pandang aku pelik, hairan mungkin dengan perangai aku. Mana tidaknya, aku ni jenis berkira orangnya tahu. Aku just buat bo layan je dengan reaksi dia tu. Mood aku tengah happy hari ni. Sebabnya...

'Mestilah sebab my crush, Jinyoung' jerit aku dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience