BAB 3

Fantasy Completed 339

Internet di kalangan jin ini rumit. Ia tidak seperti Internet manusia. Mungkin kerana mereka telah lama hidup berbanding manusia membuatkan Internet mereka sungguh maju sehinggakan tidak perlunya wayar atau pemancar. Ia boleh diakses dengan pancaran mata mereka sahaja.

"Bu Melati, boleh Bu terangkan saya tentang buku cinta?"

Tanya seorang anak-anak bunian Pari.

Bu Melati sedikit terkejut dengan soalan itu. Anak kecil sudah tahu bercinta ya, fikir Bu Melati.

"Oh, banyak buku-buku cinta yang saya tuliskan di blog saya. Kamu pergi sahaja di situ dan cari."

"Tapi saya mahukan penerangan daripada Bu sendiri. Bukankah Bu sering membaca?"

"Kamu boleh membaca buku karangan Indera bertajuk "Si Dia Cinta", karangan Ratna, "Merpati Putih Sejoli", karangan Puri, "Jiwa Bertemu Hati" dan lain-lain lagi."

"Tapi Bu."

Bu Melati endahkan persoalan itu dan berlalu pergi ke rak-rak buku yang lain. Walaupun bertugas sebagai seorang perpustakawan di Pustakawan Besar Kampung Bunga, nyata Bu Melati sibuk mempromosikan sinopsis di blognya berbanding beramah mesra dengan kanak-kanak yang datang berkunjung.

Kanak-kanak itu berlalu keluar dari perpustakaan denga raut wajah hampa. Setelah beberapa tahun berblog, makin lama makin ramai yang tahu akan kewujudan blog Bu Melati. Mata Bu Melati semakin rambang dengan jumlah statistik yang meningkat di blognya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience