BAB 5

Fantasy Completed 339

Bu Melati mungkin dahulu boleh melayan baik pengunjungnya, kini kerana sibuk dengan blog pinjam bukunya itu, dia lupa. Terus lupa. Terus hanyut dengan nada sinisnya apabila ada yang datang berkunjung di blognya itu.

Pasti dia akan membalas dengan mengatakan si pengkritik itu tidak baca lebih daripada apa yang dia baca. Ah! Sungguh biadab sikap Bu Melati itu sehinggakan blognya mendapat kritikan habis daripada blogger lain.

Oh ya, blogger ini semestinya seorang yang menulis blog. Lupa untuk dinukilkan bahawa dunia Internet manusia dan makhluk lain saling berkait rapat. Cuma kelebihannya pada dunia Jin. Mereka ada pilihan untuk membuka jaringan Internet mereka sama ada manusia boleh melihat dan membacanya atau membiarkan sahaja ia di kalangan mereka.

Ramai kaum Jin lebih suka jaringan mereka bersatu antara mereka sahaja. Mereka tidak gemar campur tangan manusia yang mudah melenting di dunia Maya. Menggunakan bahasa-bahasa kesat atas alasan tidak berjumpa.

Walhal di luar punyalah kelihatan alim. Pergi ke surau katanya.

Ah! Manusia. Kerana itulah kaum-kaum Jin tidak gemar membuka laluan Internet mereka kepada makhluk yang mudah lupa itu.

Bu Melati pula lain. Dia membuka seluas-luasnya akses ke blognya tanpa mengira sesiapapun dia. Peliknya dia hanya menerima komen yang positif di blognya. Ternyata kritikan atau komen yang seakan tidak sebulu pasti
ditekan habis.

Pernah satu ketika seorang hamba Allah datang meninggalkan komen di blognya. Mungkin pada awal Bu Melati gembira. Tetapi tidak kemudiannya apabila dia rasakan manusia itu berlebih-lebihan dalam komennya itu. Mengkritik blognya yang dikatakan persis sinopsis projek NILAM anak-anak manusia.

Dihentamnya. Dikritiknya. Dihumbannya jauh komen itu agar si manusia itu pergi jauh tidak kembali ke blognya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience