BAB 1

Fantasy Completed 339

Di satu kampung bunian Pari, terdapat seorang bunian Pari bernama Melati. Dia tinggal di bawah pohon Jati, yang akarnya kuat mencengkam tanah, tanda ia sudah lama hidup di situ. Orang kampung gelarnya Bu Melati sahaja.

Hebatnya Melati kerana dia menjadi penjaga kepada perpustakaan terbesar di kampung Bunga. Dia suka jika kanak-kanak kampung Bunga datang membaca di perpustakaan jagaannya itu. Rupanya yang peramah memang disukai oleh mereka.

Di zaman serba moden ini, pasti dia juga tidak ketinggalan mempunyai blog. Oh blognya tidaklah popular tetapi dia suka berkongsi tentang buku yang dibacanya. Walaupun dia hanya menulis sinopsis persis apa yang diminta pada buku projek NILAM kanak-kanak, tetap ia mendapat sambutan ramai.

Hatinya kembang kempis apabila ada yang memberi komen di blognya itu.

Pasti dia akan terbang dari bawah pohon Jati sehinggalah ke puncaknya sebagai tanda dia gembira ada orang komen di blognya itu. Kaum bunian Pari bukanlah kaum yang kurang didengar oleh manusia. Cuma ia kurang dipopularkan oleh mereka. Mereka bersaiz genit persis seperti patung orang Puteh berjenama Barbie. Apa yang membezakan hanyalah sayap yang ada di belakang mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience