Rate

BAB 2

Drama Completed 462

Tengah hari itu Cikgu Muhaimin tidak turun ke kantin.Ada kerja yang perlu diselesaikan segera.Surat panggilan mesyuarat perlu disiapkan dan diedar lebih awal.Biasanya masa sebegini dia akan berada di kantin bersama rakan-rakan guru. Di samping menghilangkan dahaga setelah sepagian mengajar, guru-guru akan berbual-bual menceritakan apa sahaja isu.

Ketika sedang asyik membuat kerja, suara murid-murid agak riuh diluar.Cikgu Muhaimin memberhentikan kerjanya.Dia memasang telinga.Suara riuh semakin jelas. Beberapa orang guru perempuan yang ada di bilik guru bangun serentak dan beredar ke koridor bangunan.Wajah mereka kelihatan penuh tanda tanya.

Cikgu Muhaimin bangun. Dia cuba mengundurkan kerusinya ke belakang sebelum berdiri dari tempat duduk.Dia melihat Cikgu Aliram berlari ke arahnya.Wajahnya cemas.

“Cikgu Aimin , Cikgu Aimin ,” Cikgu Aliram memanggil sambil berlari.“Ya, ya, ya,” Cikgu Muhaimin tertanya-tanya.Dia juga mula berasa cemas.Apa yang berlaku masih belum diketahuinya namun dia faham bahawa situasi memang mengejutkan.

“Cikgu Aimin ,Opi Cikgu Aimin ,Shaufi Cikgu Aimin ,” suara Cikgu Aliram tergetar.

“Aduhai Opi,” bisik hati Muhaimin .Cikgu Aliram memberi isyarat agar Cikgu Muhaimin mengekorinya.Muhaimin faham dan secara spontan juga dia berlari anak mengekori Cikgu Aliram .Fikirannya masih tertanya-tanya.Dadanya berdegup kencang. “Apa yang terjadi?” tanya Cikgu Muhaimin .

Cikgu Aliram tidak menjawab bahkan semakin cepat berlari.Muhaimin terus mengekori menuruni tangga. Seolah-olah kakinya tidak memijak ke bumi. Suasana riuh semakin terdengar kuat.

Murid-murid dan guru dilihatnya sedang mengerumuni sebuah kereta putih.Di situ, terdapat Guru Penolong Kanan Satu dan beberapa guru yang lain sedang berdiri dan berbincang sesuatu.Dua tiga yang lain sedang memarahi murid-murid agar tidak mendekati kawasan tersebut.Suasana amat kelam kabut.

Cikgu Muhaimin kini telah memintas Cikgu Aliram yang tubuhnya agak berisi itu.Kawasan itu semakin dihampiri.Jelas dilihatnya beberapa orang guru dan pekerja sekolah sedang menahan kereta tersebut daripada tergelongsor jatuh kebawah cerun.Hati Muhaimin terus berdegup kencang.

“Cikgu Aimin , Cikgu !” Tempik Cikgu Wan Abdul Wahab, Guru Penolong Kanan Satu.

“Tolong Cikgu Aimin , tolong saya.Kereta saya ini,Shaufi buat hal ni,”terputus-putus suara Cikgu Wahab meminta tolong.

Di dalam kereta putih itu,Opi sedang kuat memegang stereng.Wajah menyeringainya menandakan dia amat seronok.

“Macam mana boleh jadi begini cikgu?”

“Saya yang silap.Kunci kereta tidak sedar tertinggal dalam kereta.Masalahnya,Si Shaufi ini sudah menekan semua butang pintu,”keluh Cikgu Wahab.

“Saya risau kalau dia cuba menghidupkan enjin kereta sebab kunci ada di situ,”tambahnya.

“Puas dipujuk. Puas disuruh Si Shaufi tidak mahu juga keluar,Cikgu Aimin ,” sampuk Cikgu Aliram pula yang baru sampai sambil termengah-mengah.

“Kita kena cepat bawa Opi keluar,dia sudah tarik handbreak.Kereta sudah mula menggelongsor menuruni cerun,” jerit pekerja sekolah yang berada di depan kereta.

Cikgu Muhaimin mengetuk cermin kereta beberapa kali.Semua cermin kereta diketuknya.Nama Shaufi dipanggil agak kuat.Yang lain turut meneriak. Ada juga menepuk kereta putih itu dengan keras tanpa menyedari tuan kereta tersebut turut berada di situ berkerut dahi dan menggaru-garu kepala tanda serba salah.

Wajah Shaufi gembira sahaja.Seolah-olah tiada keributan langsung.Wajah gembira itu membuat sesiapa sahaja tidak ketahuan dan semakin buntu.Tubuh kecil di dalam kereta itu terlompat-lompat memegang stereng seperti sedang memandu gaya pelumba kereta.Ke kiri dan ke kanan stereng itu dipulasnya.Setiap kali itu juga beberapa orang di hadapan kereta menahan kereta itu daripada terus mengelongsor.

“Tambah lagi batu pada tayar depan itu!” seorang guru lain bersuara.Suasana semakin panik.

Cikgu Muhaimin mengurut dada.Kumat-kamit bibirnya berselawat mencari ketenangan.Juga mencari ilham agar terbuka jalan dalam keadaan secemas itu.Pada ketika itu juga Cikgu Muhaimin menyedari jam di tangannya sudah menunjukkan waktu tengah hari.Kebiasaannya sebelum pulang sekolah,cikgu muda itu akan membelikan Opi beberapa batang keropok lekor goreng.Opi sangat menyukainya.

Cikgu Muhaimin berlari ke kantin.Dia mengambil beberapa batang keropok lekor dan mengisinya kedalam plastik kecil. Dibubuhnya sekali kuah colek berwarna merah cair. Mak cik kantin sudah memahaminya kerana dia tahu keropok itu untuk Opi. Muhaimin bergegas kembali ke kereta putih.

Keropok di dalam plastik kecil itu digoyang-goyangkan di tepi cermin kereta putih.Tangan kiri Cikgu Muhaimin pula tidak berhenti mengetuk-ngetuk cermin tingkap.Nama Opi dipanggil berkali-kali.Dipanggilnya dengan kuat dan disebut dengan nada panjang.

Opi berpaling. Dia melepaskan stereng kereta. Tangannya ingin mencapai keropok yang digoyang-goyangkan itu.Wajahnya ceria.Jelas, dia begitu gembira dengan pemberian cikgu kesayangannya itu.

“Opi, buka pintu ini,” pinta Cikgu Aimin .

“Opi, buka sayang,” pujuknya lagi.

Opi gelisah.Telapak tangannya melekap di cermin tingkap yang tertutup rapat.Dia mahu menurunkan cermin itu dengan telapak tangannya.Hanya tangannya menggelungsur jatuh.Dia cuba lagi.Gagal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience