Rate

BAB 3

Drama Completed 462

Dalam pada itu,ada juga suara guru yang agak keras meminta Opi menarik butang pada pintu kereta yang telah separuh terbenam.Ada juga yang mencadangkan supaya dipecahkan sahaja salah satu cermin tingkap kereta tetapi cadangan itu tiada sesiapa yang berani menyokong.Cikgu Wahab hanya mendiamkan diri.

Cuaca panas di ruang parkir itu semakin terasa.Semua bimbangakan nasib Opi yang sekarang sudah lencun bajunya dibasahi peluh. Keadaan kian bising.Semakin ramai murid berkumpul di luar kelas memerhati dari jauh.Kebanyakan guru pula berada di tempat kejadian kerana turut membantu menahan kereta daripada terus menggelungsur.

“Sudah beberapa kali saya tunjukkan butang pintu itu, tetapi tidak juga difahami oleh Si Opi Cikgu,” keluh Cikgu Muhaimin kepada Guru Besar.

“Nampaknya masalah kita ini makin rumit,” Guru Besar menggaru-garu kepalanya.

Di dalam kereta,Opi mula menangis.Mulutnya menyebut “Ekgu, ekgu” beberapa kali.Panggilan itu untuk cikgu kesayangannya.Cikgu Muhaimin buntu.Dia juga cuba menekap kedua-dua telapak tangan ke cermin untuk menurunkannya namun tidak berhasil.

Opi menangis semakin kuat namun suaranya tenggelam dalam ruang kereta.Mulutnya mencebik sedih seolah-olah manusia di luar yang mengurungnya.Dia seperti keliru.Tangannya masih menekap di cermin.Air mata tidak berhenti mengalir.

Dalam suasana kelam kabut itu,Cikgu Aliram menghampiri kereta putih Cikgu Wahab.Tangan kanannya dibaluti tuala.Dia bergerak mengelilingi kereta.Aksinya itu menunjukkan dia sedang memilih cermin tingkap untuk dipecahkan.Lagak Cikgu Aliram mendebarkan semua orang di situ.

“Betul Cikgu Wahab? Saya pecahkan, ya?” tanya Cikgu Aliram mohon kepastian daripada tuan kereta.

Daripada soalan itu,Cikgu Muhaimin yakin Cikgu Wahab sudah pun memberikan keizinan kepada Cikgu Aliram untuk bertindak.

“Jangan guna tangan cikgu,”tegah Pak Mat,pengusaha kantin yang turut berada di situ. “Kita guna besi pembuka nat tayar baru tangan tak luka,” jelasnya lagi.

“Ya, ya. Betul juga tu,” sokong Guru Besar.

“Pengalaman ini disimpan dalam kenangan,dikepal dalam ingatan.Opi adalah umpama hadiahpaling bermakna kerana menguruskannya telah mengajar erti ketabahan.”

Tugas mengetuk cermin diserah kepada Pak Mat. Pak Mat memilih cermin sisi yang kecil sebelah kiri.Besi pendek yang diambil dari bonet kereta Guru Besar di tangan Pak Mat kini.Hayunan pertama tidak meninggalkan apa-apa kesan.Mungkin terlalu berhati-hati dan menghormati tuan kereta yang turut memerhati dari dekat.Pak Mat mengangkat tinggi tangannya.Besi pendek itu digenggam erat.Giginya dikacip.Urat leher dan katupan bibir Pak Mat melambangkan kesungguhan.Pak Mat begitu nekad.Ada antara yang ada di situ menutup kedua-dua telinga seolah-olah ada sesuatu akan meletup.

Besi pendek bercekok itu tepat menghentam cermin sisi kereta.Bunyi kaca pecah berderai menguasai ruang.Semuanya mematikan diri menyaksikan peristiwa di luar jangkaan itu.Sisa-sisa cermin yang masih melekat ditepi bingkai dibersihkan dengan besi itu juga. Kemudian,tuala di tangan Cikgu Aliram dihamparkan di tepi bingkai tingkat kecil.Pak Mat memasukkan lengan dan jarinya mencapai butang pintu. Pintu dibuka.Sorakan dan tepukan gemuruh bergema seperti penonton selesai menonton pertunjukaan yang hebat.Itu berlaku secara spontan.

Opi tersengeh ketika Cikgu Muhaimin memimpinnya keluar dari kereta.Dia seperti pelakon hebat yang turun dari pentas.Semua yang ada di situ menunjukkan reaksi bercampur baur antara suka,sedih, lucu,simpati dan tidak kurang juga yang geram.Cikgu Muhaimin menyerahkan plastik kecil itu kepada Opi dan Opi mengambilnya sambil berlalu seperti tiada apa yang berlaku.Itulah Opi.

Bapa Opi berlari anak mendatangi kawasan parkir.Mungkin ada yang menyampaikan kejadian tadi kepadanya.Langkahnya sekejap deras sekejap perlahan.Matanya meninjau-ninjau.Dia masih cemas.Namun setelah terpandang Opi yang telah bersama beberapa rakannya menuju ke kelas,barulah wajahnya kembali tenang.Dia mengeluh panjang.

Guru Besar menemuinya. Ada sesuatu yang diperkatakan. Cikgu Wahab turut sama. Kemudian mereka bergerak bersama ke bangunan pentadbiran. Dalam pada itu,sempat juga bapa Opi mengangkat tangan kepada Cikgu Muhaimin .Wajahnya tersenyum manis.

Dia tahu, orang tua itu menghargai atas keperihatinannya terhadap anaknya yang tiada dosa itu selama ini.

Cikgu Muhaimin mendapat khabar Opi akan menerima rawatan khas dan akan ditempatkan di sekolah lain.Dia sedar, mungkin sudah tiba waktunya Opi berpisah dengannya.Dia sudah berusaha hingga saat yang mencemaskan itu. Bukan Opi sahaja,bukan sekolah ini sahaja,jika amanah yang sudah diberikan,dia pasti melaksanakannya dengan sedaya mungkin.Itu sudah janjinya.

Pengalaman ini disimpan dalam kenangan,dikepal dalam ingatan.Opi adalah umpama hadiah paling bermakna kerana menguruskannya telah mengajar erti ketabahan.Cikgu Muhaimin sedar,di hadapannya sentiasa terbentang liku-liku perjalanan yang pasti dijejakinya sebagai insan bergelar guru. Dia perlu belajar membina benteng tabah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience