Rate

BAB 1

Drama Completed 462

PAGI itu cuaca agak dingin.Hujan telah membasahi bumi Ketengah pada malam hari.Tanah masih berlecah.Jalan berliku menuju ke sekolah itu kini berselut.Sudah seminggu cuaca sebegini melanda.Biasanya, apabila daerah ini didatangi hujan dua atau tiga hari berturut-turut,suasana pagi dilitupi kabus tebal.Sungguh dingin dan nyaman.

Pagi itu cuaca agak dingin.Hujan telah membasahi bumi Ketengah pada malam hari.Tanah masih berlecah.Jalan berliku menuju ke sekolah itu kini berselut.Sudah seminggu cuaca sebegini melanda.Biasanya, apabila daerah ini didatangi hujan dua atau tiga hari berturut-turut,suasana pagi dilitupi kabus tebal.Sungguh dingin dan nyaman.

Memang begitulah keadaannya, apabila musim hujan, murid-murid datang agak lewat ke sekolah.Mungkin ada kaitannya dengan kedinginan yang mencengkam.Bagi murid yang datang berjalan kaki,kasut mereka dicomoti tanah selut kuning.Ada juga yang menggunakan selipar.Itulah padahnya jika kasut diletakkan ditangga rumah semalaman.

Cikgu Muhaimin membelek diari hariannya dan menandakan tarikh untuk diadakan mesyuarat panitia. Kemudian dia bergegas ke bilik darjah Satu Cempaka.Cikgu Muhaimin melangkah dengan pantas,maklumlah cikgu muda dan bersemangat.Kehadirannya di dalam bilik darjah disambut dengan ucapan salam secara serentak oleh anak muridnya.

“Salman, tolong buka lampu.Saya tidak nampak awak semua,”Cikgu Muhaimin bersuara. Bilik kelas itu yang ketiga di aras bawah.Cuaca yang redup membuatkan kelas itu agak gelap.Salman segera bertindak, tubuhnya yang agak tinggi memudahkannya mencapai suis lampu.

“Opi mana?” tanya Cikgu Muhaimin mengharap sesiapa yang tahu.Biasanya kelibat anak murid yang dianggap istimewa itu sentiasa berlegar dalam bola matanya.Opi tidak duduk diam. Ada saja kerenahnya.Pantang cikgu tiada di dalam kelas, dia akan mengusik rakan sekelas.Paling tidak pun, dia akan meninggalkan kerusinya untuk mengintai suasana di luar kelas.Tiada yang menjawab. Cikgu Muhaimin meninjau di luar tingkap.

“Opi masih tidurlah cikgu,”Atikah bersuara. Atikah jiran Opi,mungkin dia mudah mengetahui keadaan Opi di rumah.Sudah dua hari Opi tidak hadir.Mungkin demam lagi, Cikgu Muhaimin meneka dalam hati.

Ahmad Shaufi, itulah nama yang ada dalam benak Cikgu Muhaimin apabila mengenangkan kerenah anak muridnya.Murid ini istimewa. Bukan kerana kecerdikannya atau kerajinannya.Shaufi ialah anak murid hiperaktif.Dia sering bertindak luar kawalan dan kadangkala mengganggu rakan lain. Ramai yang tidak selesa berkawan dengannya malah Shaufi sendiri lebih suka bersendirian.

“Cikgu, Ahmad Shaufi ini, saya letakkan dalam kelas cikgu buat sementara waktu sahaja. Oleh sebab ibunya baru meninggal,bapanya pula terpaksa ke ladang setiap pagi. Bapanya beritahu,Shaufi ni agak nakal. Saya harap cikgu boleh uruskannya,” pinta Guru Besar memohon komitmen.

“Saya akan ambil tanggungjawab ini cikgu,” ringkas jawapan Cikgu Muhaimin . Jawapan itu penuh dedikasi dan penuh kebertanggungjawaban.Sikap yang menerbitkan rasa bangga guru besar terhadap cikgu muda ini.Bahkan penduduk kampung turut memperkatakan tentangnya.

“Saya amat bangga melihat Cikgu Muhaimin . Boleh dikatakan berjaya juga dia mendidik Shaufi,anak Che Soh itu. Sedikit pun tidak merungut bila mendapat tugas,”puji Ustaz Ismail kepada imam dan ahli jawatankuasa masjid ketika minum petang setelah selesai bermesyuarat. Ustaz Ismail yangmengajar di sekolah yang sama dengan Cikgu Muhaimin merupakan Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid.

“Ya, saya lihat juga cikgu ini sering datang bersolat Maghrib dan Isyak di masjid kita.Peramah orangnya,” tambah bilal.

“Dengar cerita Cikgu Muhaimin itu cikgu baharu, susah juga hendak mengajar anak Che Soh seorang tu.Bolehkah cikgu muda itu uruskan?” Pak Imam bersuara minta kepastian.

“Saya lihat Che Soh sendiri tidak sanggup melayan Si Opi itu,” celah Syukur,setiausaha masjid. “Hari ini pun, Che Soh dah dua kali tidak dapat hadir dalam mesyuarat kita,”tambahnya sambil jari-jarinya mengusap janggut.

Melihat situasi tampak melencong, Pak Imam menyampuk“Si Che Soh itu kan baru kematian isteri. Ada banyak urusanlah dia nak buat. Yang dulu itu pun sibuk ke hospital sebab isterinya sakit.”

“Setakat ini saya lihat Cikgu Muhaimin dapat jalankan kerja dengan baik sekali.Si Opi itu saya lihat tidak pula timbulkan masalah besar.Memanglah pada mulanya rasa kekok cikgu muda itu urus murid macam itu.Masalahnya,Si Opi itu yang lasak tak bertempat.Sudahlah orang tidak faham apa yang dicakapkannya,sekolah itu dibuat macam rumah dia sahaja.Hendak masuk kelas, hendak keluar kelas ikut suka hati dia sahaja,” jelas Ustaz Ismail.

“Jarang ada cikgu lelaki yang lembut dan sabar dengan budak-budak bermasalah macam Opi itu.Kalau nak banding dengan saya ini, memang cepat-cepat saya mengalah.Cepat sangat suara dan tangan naik jika geram dengan anak-anak yang nakal atau tidak dengar kata.Lainlah kalau nak banding dengan Si Syukur yang penyabar orangnya,” gurau Ustaz Ismail sambil menjeling kepada Syukur yang sedang mengetap bibir.Yang lain ketawa serentak tanda geli hati melihat gelagat kedua-duanya yang kemudian saling tersengih selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience