Kalau ‘Tersalah’ Jodoh?

Other Completed 1462

Ramai orang salah faham, yang mana bila dah bercerai, mereka merasakan jodohnya telah ‘tersalah’. Ditambah pula jodohnya itu ‘jahat’, lagilah kuat sangkaannya merasakan tersalah jodoh.

            Saya nak beritahu, jodoh yang Allah telah tetapkan TAK PERNAH SALAH. Punca cerai saya dah huraikan ke bawah. Setiap orang yang kita telah bernikah dengannya, itulah jodoh. Tetapi, saat sudah bercerai, maka ‘tamatlah’ jodoh itu. Jodoh boleh ‘tamat’?

            Ketahuilah, tiada yang kekal di dunia ini, semuanya ada ‘expired date’, termasuklah mati, kecuali Allah Rabbul Jalil. Allah sahaja Maha Hidup dan tidak akan mati mahupun ‘expired date’ selama-lamanya.

Kalau kau berkahwinan dengan orang yang ‘buruk’, boleh jadi itu berpunca daripada ;

-       Amal dan persediaan jodoh kau yang buruk, atau,

-       Allah nak meningkatkan martabat iman kau dengan cara suruh kau bersabar, atau,

-       Allah nak ampunkan semua dosa-dosa kau, atau,

-       Dan seumpamanya.

Kalaulah jodoh yang buruk itu dikatakan jodoh yang salah, maknanya Nabi Nuh dan Nabi Luth mendapat jodoh yang salah la ya? Sebab isteri mereka khianat dan engkar perintah Allah dan suaminya. Begitu juga Asiah, kerana mendapat suami Firaun yang maha ‘Buruk’.

I don’t think so.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience