Kalau Cerai Pula Macam Mana?

Other Completed 1462

Cerai pula adalah TAKDIR dan PILIHAN.Kenapa saya kata macam itu? Cerai adalah takdir kerana cerai ini di bawah pengetahuan Allah, Dia tahu penceraian akan berlaku. Sebab itu Allah ceritakan dalam Al Quran, dan Rasulullah pun cerita dalam banyak hadis apa syarat bercerai, bagaimana boleh bercerai, apa berlaku kalau sebut talaq, bagaimana nak rujuk, berapa tempoh iddah, dan sebagainya. Allah dah tahu penceraian akan berlaku, sebab ia di bawah takdir Allah.

Cerai juga adalah pilihan sebab seperti yang saya beritahu dalam bab persediaan maut, “Pengetahuan Allah TIDAK akan MEMAKSA untuk hambaNya lakukan apa yang diketahuiNya.” Bercerai adalah pilihan manusia, dan manusia juga ada pilihan untuk tak bercerai. Sebab itu Rasulullah beritahu bahawa penceraian ini adalah perkara halal yang DIBENCI Allah.

“Sesuatu yang halal tapi dibenci Allah adalah perceraian"

(Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan al Hakim)

            Dalam Islam, penceraian adalah JALAN TERAKHIR pilihan suami isteri tersebut. Sebab itu dalam al Quran banyak ceritakan apa yang kena buat kalau suami isteri bergaduh, atau kalau isterinya nusyuz (derhaka) macam mana nak denda, dan sebagainya. Saya tak nak terangkan di sini, sebab ini bukan buku fiqh munakahat. Tetapi saya nak beritahu bahawa, penceraian juga adalah PILIHAN.

            Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. Allah tahu bahawa akan berlaku penceraian di kalangan hambaNya. Kalaulah Allah haramkan bercerai secara mutlak, mesti berlaku banyak kerosakan dalam dunia ini sebab tangan-tangan manusia. Dan salah satu sebab itulah Allah membenarkan cerai, tetapi sebagai langkah terakhir, dan juga perkara yang Allah benci.

            Kau ada pilihan untuk mempertahankan rumahtangga, dan kau juga ada pilihan untuk bercerai. Kalau kau pertahankan rumahtangga kau, itu di bawah takdir Allah. Kalau kau bercerai pun, itu juga di bawah takdir kau. Sebab itu antara perbualan Saidina Umar r.anhu yang sangat mashyur, satu hari Umar dengan sahabat nak pergi ke Syam.

            Sebelum sampai ke Syam, mereka dapat berita bahawa di sana ada merebaknya penyakit taun. Mereka akhirnya bermesyuarat, dan Umar mencadangkan supaya balik ke Madinah. Itu yang kemudiannya seorang sahabat, Abu Ubaidah Amir al Jarrah r.anhu tanya kepada dia,

            “Wahai Amirul mukminin, kenapa tuan ingin kembali ke Madinah dan lari dari qadar Allah?”

Kemudian Umar pun cakap,

“Kami lari dari qadar Allah kepada qadar Allah.”

Ingat, jodoh tidak pernah salah orang!

Wallahu’alam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience