Percintaan yang sejati itu memang susah untuk dicari dan percintaan yang dijalinkan perlu ada titik noktah samada perpisahan atau penyatuan sebagai suami isteri.
cinta juga boleh membuatkan kita buta sehinggakan sukar untuk memilih.
Inilah kisah permulaan aku mendapatkan cinta sejatiku.
************
Aku ni, semua dah ada dari pekerjaan, harta dan lain-lain, tapi aku ni kurang satu je iaitu pendamping hidup atau lebih tepat isteri, hmm..
memang aku ni ada kekasih tapi dia macam tak pentingkan relationship ni. sehinggakan aku macam dah nak pening fikirkan tentang hubungan aku dengan dia, macam nak pu....
tok ..tok..
"masuk Salmi", arah Tuan Syazwan
"maaf tuan, ini ada jemputan ke hotel night dream", Salmi menyerahkan kad tersebut
"Alright terima kasih Sal", ucap tuan Syazwan
"sama-sama tuan", ucap Salmi pula
sambil memicit kepala
"siapa yang aku nak bawa kat majlis nanti, tarikh pula minggu depan ", adu tuan Syazwan
kring..kring ..kring
"hai bb", panggilan tuan Syazwan berjawab
"hai b, i nak tanya ,minggu depan you free tak?
"opps.. sorry b, minggu depan jadual i penuh dengan modelling. kalau free pun hari Sabtu dan Ahad, why you tanya?"
"tak b, minggu depan hari selasa malam nanti i ada dinner kat hotel ingatkan nak ajak you, tapi you busykan, it's ok, next time kita keluar ok.
"ok b, bye muah".....
masa mula Janna nak bercinta dengan aku dia cakap yang dia akan berikan sepenuh perhatian kepada aku dan dia juga akan kurangkan aktiviti modelling dia,
than what sekarang see......
why she still choose modelling for number 1, why not me Janna...why... ,
kalau dia masih pilih model sebagai nombor 1, aku perlu lepaskan dia, biarlah dia tahu untuk menjaga hubungan percintaan daripada kerjaya modelling tu. kerana setiap perhubungan cinta itu, melibatkan dua orang yang menyulam cinta hingga ke perkahwinan".
*************
Dua hari selepas itu,
semalam adalah hari aku lepaskan Janna,
"aku memang tak boleh nak pertahankan hubungan kita Janna, i am sorry, kita putus, we are over now.
"But why Syazwan, kita bercinta dah 5 tahun, takkan you nak lepaskan i macam tu je.
"Yes, i terpaksa, you tahu semua ni berlaku berpunca dari you juga. For you information bercinta melibatkan dua orang yang berkasih sayang, tapi you penting kerjaya you berbanding i sebagai kekasih you, apa perlu I buat selain putus dari you Janna".
"ok , Syazwan kalau you dah cakap macam ni , you jangan harap i akan kembali pada you lagi.
"Janna meninggalkan Syazwan di situ".
dan itulah kali terakhir aku melihat Janna, yang akan menjadi kisah silam yang amat sukar untuk aku lupakan buat selamanya.
Ini adalah penulis pertama saya, harap semua boleh menerima penulisan saya ini. Jika ada kesilapan sila komen dan saya akan memperbaiki lagi penulisan saya pada masa akan datang. selamat membaca semua.
Share this novel